Sunday, August 7, 2011

Majalah Anjung Seri Edisi Ogos


Dapatkan Majalah Anjung Seri bulan ini, saya dahhhh....hasil dari dua tiga kali belek membelek majalah ni, aku nak kongsi sket lah apa yang menarik dalan edisi Ogos ni iaitu 100 PANDUAN supaya rumah sentiasa Rapi, Sihat dan Selamat. 

Antaranya:
1. Simpan beg plastik dan guna semula ketika membeli-belah. Aku rasa yang ini memang patut sangat-sangat kita amalkan demi menyelamatkan bumi kita, selain mengurangkan sisa-sisa yang susah reput.
2. Sediakan Tabung syiling untuk mengelakkan anak meyempah duit di merata-rata, secara tak langsung menggalakkan mereka menabung.
3. Sediakan dapur pakaian kotor di setiap bilik supaya dapat mendidik anak-anak dan ahli keluarga berdisiplin.

4. Bekas kiub ais yang tidak digunakan dan botol makanan bayi boleh dijadikan tempat menyimpan pemadam, dawai kokot, klip kertas, paku tekan, manik, labuci dan aneka barangan kecil.

5. Pastikan anda kerap memeriksa tong gas untuk memastikan tiada bocoran. Gas bocor mengandungi karbon monoksida yang boleh mengganggu pernafasan dan boleh membawa mudarat.

Banyak lagi info-info menarik dan dapatkannya hari ini.

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...