Showing posts with label Majalah. Show all posts
Showing posts with label Majalah. Show all posts

Friday, May 4, 2012

Majalah Pc Edisi Mei 2012



Assalamualaikum..

Salam Jumaat & Salam 1Malaysia

Macam biasa la, Majalah Pc setiap bulan tak akan dilupakan. Majalah yang wajib beli. Majalah Pc Edisi Mei 2012 ni cantik sangat cover dia. Mana tak nya, asalkan warna hijau mesti nampak cantik. Nak buat camna lagi dah kalo dah gila warna hijau.. huhu..

Special nya Majalah Pc Edisi Mei 2012 ni + ISTIMEWA untuk Hari Ibu: ada 30 web berguna & menarik..rasanya korang mesti dah familiar dengan web tersebut. Maklumlah pengguna internet yang tegar kan..huk.huk..termasuk lah aku tu..

Ni aku tolong senarai web nya ye:

1. http://www.starfall.com
2. http://www.tipsdanpetua.com
3. http://www.trymasak.my/
4. http://www.kesihatan.biz/
5. http://pama.karangkraf.com/
6. http://www.susuibu.com/
7. https://www.healthykids.org/
8. http://www.drumah.com/
9. http://www.senihias.com/v2/
10. http://doaharian.blogspot.com/

Dah cukup 10 web jer la..tak larat dah aku nak copy link..hihi.. nak lebih lagi, jangan lupa beli Majalah Pc Edisi Mei 2012.

Selain tu, ada lagi yang aku suka yakni ada pengenalan pasal Windows 8.. hah..mengelabah dah tu dengar jer Windows 8. ke ada lagi yang belum khatam Windows 7..benda baru yang boleh memberi manfaat harus diketahui & dipelajari.. ye tak?




Friday, April 27, 2012

Gambar Sazzy Falak Dan Anak Kembar



Muka depan majalah Wanita & Wawasan edisi Mei 2012 menampilkan Sazzy Falak dan istimewanya beliau turut disertai oleh 2 pasangan kembar iaitu Iman Lilly & Tiara Rose. Manakala pada 28 April 2012 ini adalah ulang tahun kelahiran pertama kedua-dua pasangan kembar ini. Selamat Hari Lahir buat Lilly & Rose, dua nama yang unik dan menarik tu.





Thursday, April 26, 2012

Diana Amir Penghias Muka Depan Majalah Hijabista Edisi Pertama




Salam 1Malaysia


Perkembangan Fesyen Tudung di Malaysia makin menjadi-menjadi dan bagaikan cendawan tumbuh. Kini, bermacam-macam fesyen dan gaya tudung yang digayakan oleh wanita muslimah. Berfesyen tidak salah selagi ia tidak melanggar garis panduan bertudung yang sepatutnya dalam Islam.
Sebelum ni memang tiada majalah yang diterbitkan khusus untuk gaya dan cara pemakaian tudung di Malaysia. Kini, Karangkraf telah menerbitkan Majalah Hijabista yang menampilkan Diana Amir menjadi penghias muka depan untuk majalah Hijabista edisi pertama ini. Bagi kaum wanita diluar sana, pasti teruja dan tak sabar untuk mengikuti fesyen-fesyen tudung terbaru. 
 
Bagi yang suka mengayakan pelbagai jenis tudung, sudah semestinya, Majalah Hijabista ni menjadi pilihan kan. Aku pun belum lagi berkesempatan untuk memilikinya.
 
 
 
 

Saturday, March 17, 2012

Majalah Anjung Seri Keluaran Mac 2012




Majalah Anjung Seri antara majalah yang wajib hubby aku beli setiap bulan dan akan beli kat kedai yang samalah kan, yang lucunya ada ke Auntie tu tanya "Awak ada rumah besar ekkkk". hahaha..hubby aku gelak & kata "duk rumah biasa jer tapi isteri saya mau rumah besar". Kurang asam betoi jawapnnya itu kan!

Ok la, aku nak kongsi skit kat sini, Majalah Anjung Seri keluaran Bulan Mac ni ada memberikan tip untuk sembunyikan pakaian kotor. Biasanya pakaian kotor kan duk bertimbun jer dalam bakul yang jarang dan kita boleh nampak isinya. Kadang-kadang akan menimbulkan rasa lemas & rimas lah plak nak menengok & memandang benda yg dah terpakai tu kat dalam bakul kain kan! 

So, cadangannya sembunyikan pakaian kotor dalam bekas yang bertutup. Camno tu ehhh..jika duduk di bandar-bandar besar pastinya senang untuk mencari bakul kain yang bertutup ni dengan pelbagai gaya dan corak. Lihat la contohnya kat gambar tu untuk korang bayangkan. hehe..ada juga yang menonjolkan karekter kartun. Idea ni sangat bagus dan praktikal untuk menjadikan suasana bilik lebih kemas dan tersusun rapi, sedap jugak mata memandangnya. Kerja pun jadi mudah kerana bakul ni ringan dan mudah nak dialih ke mana sahaja. Bukan itu saja fungsinya, bakul ni juga akan mengindahkan lagi ruang dengan pelbagai corak dan gaya yang ditonjolkan.



Gambar: kredit gambar kat genicute

Wednesday, March 14, 2012

Gambar Comel Izara Aishah



Sejak tengok drama Vanilla Coklat tu, timbul minat la plak tengok Izara Aishah ni..Comel sangat tengok dia ni tapi keseksian nya sangat2 la mengoda rasanya kan. Bagi sape2 yang minat dengan Naib Juara Dewi Remaja 2009/2010 ni boleh la dapatkan Majalah By'U keluaran April 2012. 

Izara Aishah juga berani mengaku yang dia dah berpunya, ala dah ada boyfriend la maknanya. Tahniah Izara, semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin.





Majalah PC Edisi Mac 2012 - Pintasan Papan Kekunci



Majalah PC adalah antara Majalah ke-2 yang wajib dibeli oleh My Hubby.. membacanya jika ada masa terluang, yang penting membelinya dulu supaya tidak ketinggalan setiap keluaran.

So, untuk edisi bulan Mac 2012 ni aku nak kongsi sket benda yang menarik & berguna, iaitu pintasan papan kekunci yang boleh meningkatkan produktiviti kita sebagai pengguna samada Notebook ataupun PC. Sebenarnya, dengan menggunakan jari jemari jer kita boleh menjadi 'Tuan' yang hebat kepada Komputer kita, mungkin ramai yang mengetahuinya tapi praktiknya jer tidak kan..

Antaranya:

Kunci komputer - Windows + L
Bina folder baru - CTRL + SHIFT + N
Lebih banyak pilihan Send To ( Fail atau Folder) -  SHIFT + Right Click
Bantuan (Help) - F1
Salin (Copy) - CTRL + C
Potong (Cut) - CTRL + X
Tambah (Paste) - CTRL + V
Ulang (Undo) - CTRL + Z
Tebal (Bold) - CTRL + B
Garis (Underline) - CTRL + U
Italic - CTRL + I
Font - CTRL + D
Select All - CTRL + A
Go To - CTRL + G
Tutup program - ALT + F4
Padam item secara kekal - SHIFT + DELETE
Refresh tetingkap semasa - F5
Kecilkan tetingkap serentak - Windows M
Rename - F2
My Computer - Windows + E
Caps Lock - Windows + S
Buka Fail - CTRL + O
Simpan (Save) - CTRL S

Selamat mencuba.. memang menyeronokkan jika kita mahir dengan shortcut sebegini..



Tuesday, January 17, 2012

[Gambar] Baddrol Bakhtiar Cover Majalah By'U


Bagi peminat Baddrol Bakhtiar pasti akan mendapatkan Majalah By'U keluaran Februari 2012, sebuah majalah yang berinformasi, trendy dan sensasi.



Saturday, August 20, 2011

Lisa Surihani Cover Majalah Jelita Edisi September 2011


Sunday, August 7, 2011

Majalah Anjung Seri Edisi Ogos


Dapatkan Majalah Anjung Seri bulan ini, saya dahhhh....hasil dari dua tiga kali belek membelek majalah ni, aku nak kongsi sket lah apa yang menarik dalan edisi Ogos ni iaitu 100 PANDUAN supaya rumah sentiasa Rapi, Sihat dan Selamat. 

Antaranya:
1. Simpan beg plastik dan guna semula ketika membeli-belah. Aku rasa yang ini memang patut sangat-sangat kita amalkan demi menyelamatkan bumi kita, selain mengurangkan sisa-sisa yang susah reput.
2. Sediakan Tabung syiling untuk mengelakkan anak meyempah duit di merata-rata, secara tak langsung menggalakkan mereka menabung.
3. Sediakan dapur pakaian kotor di setiap bilik supaya dapat mendidik anak-anak dan ahli keluarga berdisiplin.

4. Bekas kiub ais yang tidak digunakan dan botol makanan bayi boleh dijadikan tempat menyimpan pemadam, dawai kokot, klip kertas, paku tekan, manik, labuci dan aneka barangan kecil.

5. Pastikan anda kerap memeriksa tong gas untuk memastikan tiada bocoran. Gas bocor mengandungi karbon monoksida yang boleh mengganggu pernafasan dan boleh membawa mudarat.

Banyak lagi info-info menarik dan dapatkannya hari ini.

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...