1. Makan selepas pukul 8 malam menyebabkan kegemukkan.
Sebenarnya : Peningkatan ataupun pengurangan berat badan kita adalah sangat bergantung kepada perbezaan antara jumlah kalori yang diambil, jumlah tenaga yang digunakan serta kadar metabolisma badan. Kenyataan diatas mungkin boleh diterimapakai, namun tidak semua individu akan mengalami hal yang sama. Kita ambil contoh terdekat dengan melihat rakan-rakan, mahupun, ahli keluarga kita sendiri yang mungkin sering makan ketika larut malam. Sekalipun begitu, sesetengah mereka tetap tidak mengalami masalah berat badan.
Suatu kajian telah dilakukan oleh Pusat Nutrisi Dunn di Cambridge, dengan menggunakan beberapa sukarelawan. Dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diberikan makanan tengah hari yang berat dan makanan malam yang lebih ringan. Kumpulan kedua pula, diberikan makanan tengah hari yang ringan dan makanan malam yang berat. Dengan menggunakan ‘whole body calorimeter’ yang berfungsi untuk mengukur jumlah kalori yang telah digunakan dan disimpan, kesemua sukarelawan menunjukkan tiada hubungkait antara makanan berat pada waktu malam dengan pembentukan lemak.
Tidak kiralah, pukul berapa kita makan, apa yang menjadi penentu utama adalah jumlah kalori yang kita ambil dalam masa 24 jam perlulah selari dengan aktiviti fizikal yang kita lakukan.
2. Berlapar boleh membantu dalam mengurangkan berat badan
Apabila berpuasa, badan kita akan mula membakar lemak yang ada tersimpan untuk menghasilkan tenaga. Hasilnya berat badan kita akan turun seperti yang diharap-harapkan. Tetapi, menurut Claire MacEvilly, pakar nutrisi di MRC Pusat Kajian Nutrisi Manusia di Cambridge, “Berlapar atau berpuasa bukan sahaja membakar lemak, bahkan turut membuatkan pengecutan otot berlaku”
Sekiranya Pengecutan otot berlaku, ini membuatkan kadar metabolisma badan kita mula menurun. Kadar metabolisma ini merupakan kayu-ukur kepada kalori yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Apabila kadar metabolisma menurun, badan kita memerlukan kalori yang lebih kecil berbanding sebelumnya. Sekiranya kita berhenti mengamalkan rutin berlapar, dan mula makan seperti biasa. Justeru, kalori yang diambil sudah pasti lebih tinggi daripada keperluan badan, lantas kita akan cenderung untuk mengalami peningkatan berat badan.
Suka saya mengingatkan, untuk mengurangkan berat badan, kedua-dua entity ini harus ada – menjaga pemakanan dan melakukan aktiviti fizikal. Hal ini demikian kerana, apabila bersenam, kita akan membina otot, sekaligus mampu mengekalkan kadar metabolisma badan. Anda merancang untuk berlapar? Amalkan sekali dengan bersenam!
3. Makan kuantiti kecil dengan kerap boleh membantu dalam meningkatkan kadar metabolisma
Secara teori ramai yang percaya, dengan meninggikan kadar metabolisma, lebih banyak jumlah kalori yang boleh diambil. Sekiranya individu itu mengambil jumlah kalori yang sama (lebih rendah daripada kadar metabolisma), ini boleh menghasilkan penurunan berat badan. Tetapi adalah perlu diingatkan, jumlah mahupun kadar kekerapan pengambilan makanan, tidak memberikan sedikit impakpun kepada kadar metabolisma badan. Sebaliknya, apa yang mampu memberikan kesan adalah komposisi dan saiz badan.
Maka, sekali lagi adalah digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal. Dengan melakukan senaman berkala, sangat membantu dalam membina otot-otot dan seterusnya meningkatkan kadar metabolisma badan.
4. Minum ‘Coffee’ berperanan menurunkan berat badan
Mengamalkan minum kopi setiap pagi dianggap mengurangkan selera makan dan meningkatkan kadar metabolisma badan. Tetapi, sebenarnya kesan ‘tiada selera makan’ yang dicetuskan daripada minuman kopi ini hanya sementara dan tidak memberikan impak yang nyata dalam penurunan berat badan.
Mengamalkan kopi ini sebenarnya bukan sahaja mengakibatkan gangguan tidur, bahkan turut boleh mengakibatkan kegemukan. Kenapa? Sekurang-kurangnya dua kajian telah membuktikan individu yang mengalami gangguan tidur (salah satu faktor : mengamalkan kopi) cenderung untuk meghasilkan lebih banyak hormon ghrelin, hormon yang meningkatkan selera makan. Selain daripada itu, hormon leptin, hormon untuk mengurangkan selera makan, kurang dihasilkan. Justeru, individu tersebut semakin berselera untuk makan lantas menjadi punca kepada kegemukkan. Ini merupakan kajian yang dibuat di Universiti California.
5. Susu boleh mengurangkan berat badan
Secara teori, kalsium membantu mencernakan lemak dengan lebih cekap dan seterusnya mengurangkan berat badan. Tetapi, secara realitinya, susu tidak memiliki keajaiban seumpama ini. Banyak kajian telah dilakukan perihal teori ini, namun kajian-kajian ini mendapati keputusan yang pelbagai.
Untuk mendapatkan sumber kalsium, kita digalakkan untuk mengambil susu ataupun mana-mana produk berasaskan susu (dairy products) yang mengandungi rendah lemak dan rendah kalori. Selain itu, sumber kalsium juga boleh diperolehi daripada, sayur-sayuran hijau tua, soya, jus oren, dan ikan salmon.
Sumber: psipum
No comments:
Post a Comment