Tetamu studio yang tersentuh emosinya |
Setiap hari Selasa, jam 10 malam, rancangan TV9 Halaqah Sentuhan Kalbu memang menyentuh hati dan kalbu bagi sesiapa yang menontonnya. Episod yang aku tengok tadi bertajuk 'balung ayam' ataupun lebih tepat lagi budaya punk yang memang menjadi trend dan budaya anak-anak muda di bandar-bandar besar. Halaqah Sentuhan Kalbu musin kedua ini banyak menyentuh kisah-kisah remaja.
Sangat bagus sekali apabila kisah-kisah remaja diberi penekanan kerana remaja kita sekarang sudah ramai yang makin sesat dan jauh menyimpang dari adat, budaya dan agama Islam. Sudah lumrah sikap remaja naluri ingin tahu nya amat kuat sehingga sanggup mencuba benda yang menyalahi tata cara kita sebagai orang Islam.
Justeru itu, sebagai ibu bapa, sama-samalah kita mendidik dan mengajak anak kita ke arah kebaikan dengan menunjukkan sikap dan teladan yang baik kepada anak-anak. Ibarat kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.
Begitu juga, pada bulan Ramadhan ni, semua umat Islam menunaikan ibadat puasa, tetapi tidak semua umat Islam menunaikan solat fardhu yang wajib bagi kita lakukan sebagai umat Islam. Renung-renungkan lah...
No comments:
Post a Comment