'Ratapan Syawal' yang didendangkan oleh Fazli Zainal merupakan lagu ciptaan Hazami itu pada mulanya diminta untuk dijadikan lagu tema sebuah drama, namun pengarah Shuhaimi Lua meminta untuk dijadikan sebuah klip video.Klip video ini baru saja disiapkan pada awal Ramadhan lalu.
Penyanyi Fazli Zainal mengakui menitiskan air mata apabila pertama kali menonton klip video lagu Ratapan Syawal nyanyiannya dan sedikit sebanyak ada menyentuh kehidupannya sebagai anak yatim piatu yang menyambut Hari Raya tanpa kedua-dua ibu bapa.
Beliau turut tersentuh dan menangis ketika pertama kali melihat klip vidoe tersebut kerana ia menceritakan kisah seorang anak yatim piatu yang terkenang kehidupannya ketika ibunya masih ada. Sudah tentu klip video ini sedikit sebanyak menyentuh hati dan perasaan Fazli Zainal yang bakal beraya seorang diri tanpa kedua ibu bapanya. Semoga Fazli Zainal tabah dalam menghadapi dugaan yang bakal mendatang.
No comments:
Post a Comment