Popia Mini ranggup |
Cara Membungkus Kulit Popia
- Kulit popia dipotong atau bahagi 4, letakkan isi serunding ikan ditengah-tengah, kemudian lipat atau gulung seperti popia biasa saja.
- Goreng guna minyak yang banyak. Kalau bungkus cara popia biasa, masa menggoreng api kena perlahan. Kalau tak popia akan liat di bahagian dalam. Api sederhana tapi kena jaga2 sebab mudah hangus.
- *Tip: tutup kulit popia yg blm dibungkus dengan kain utk elakkan kulit popia jadi keras.
Serunding ikan yang betol-betol garing & kering |
Bahan2 : (semua bahan ni boleh agak2 je nk byk mana)
10 ekor ikan (direbus,dibuang tulangnya dan dikisar)-ikan ape pun boleh..ikan bilis pun boleh
5 ulas Bwg putih -dikisar
10biji Bwg merah – dikisar
2 biji Bwg besar -dikisar
2 btg serai Serai – dikisar
1 inci halia -dikisar
1 inci lengkuas -dikisar
5 sudu besar serbuk ketumbar
5 sudu besar serbuk jintan
3 sudu besar serbuk kunyit
5 sudu besar serbuk cili (guna cili kering pun boleh..kalau nk pedas tambah le lagi)
1 tin santan
Sdkt air asam jawa
Sdkt gula
Sdkt garam
Cara membuatnya :
-Masukkan semua bahan..masak hingga betul2 kering.Api jgn kuat sgt ye..kena selalu kacau sbb takut hangit. Pastikan betul2 kering baru serunding tahan lama.
No comments:
Post a Comment