Friday, August 12, 2011

Resepi Teh 3 Layer

Bahan-bahan (2 gelas)

3 ucang teh
3 keping gula melaka
1/2 tin susu cair
Sedikit air
Ais










Cara-cara
  1. Bancuh teh uncang dengan air panas dan biarkan seketika.
  2. Cairkan gula melaka dalam periuk dengan sedikit air. Kacau hingga gula melaka hancur dan sebati.
  3. Masukkan air gula melaka ke dalam gelas dan sejukkan seketika.
  4. Masukkan ais ke atas lapisan gula melaka. Kemudian masukkan susu cair dengan perlahan-lahan.
  5. Masukkan air teh dengan perlahan-lahan. Siap untuk diminum!
Bagi yang tak suka manis sangat, boleh kurangkan gula melaka. Gula Melaka juga boleh digantikan dengan Madu. 

 

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...