Teh Bunga yang boleh menghilangkan dahaga waktu berbuka |
Ni cerita pasal juadah nak bukak puasa la ni. Balik dari shopping baju raya budak2 ni, kami singgah beli lauk pauk kat Baazar Ramadhan Jitra, dekat dengan Taman Suria & Hospital Daerah (kalau tak silap la). Dah 4 kali kami ke sini, best lah jugak, macam2 juadah yang ada, semuanya membuka selera. Kawasannya pun tak lah terlalu sesak n padat, coz gerainya memanjang sepanjang jalan, tak berpusat macam sesetengah tempat. Nak parking pun senang, area situ jalan pun luas. Kami suka sangat beli teh bunga tuh..sedap..Puding & agar2 pun banyak pilihan kat baazar ni, tp hubby aku tak snap la gambonya.
Pelbagai jenis ikan bakar, antaranya - ikan kembung, pari, terubuk, siakap, ikan tongkol dan ikan keli. Kami satu family memang peminat ikan keli bakar.
Masa ni aku tengah berkenan nak beli pajeri nenas & pajeri terung. Tengok rupa macam best jer, coz dia ada letak bilis sket. Pajeri ni mesti mau ada kerisik baru sedap. Nasib la aku pajeri yang aku beli ni best rasanya. Beli ni untuk bersahur. Nampak tak budak sebelah tuh..Aku ingatkan gerai dia, rupa2 nya dia pun nak beli nasi kat situ jugak. Adehhh..bukan main lagi aku cakap gan dia nak pajeri nenas tuh. Patut lah dia tengok aku cam wat bodo jer. Rupa-rupa dia peniaga gerai lain.
No comments:
Post a Comment