Thursday, August 11, 2011

Resepi Kek Lapis Oreo Cheese




Bahan-Bahan:

450g Mentega
180g gula halus
10 biji telur
1 tin kecil susu manis
100g horlicks(diayak)
180g tepung hongkong(diayak)
1 penutup botol esen vanilla
250g cream cheese
1 sudu makan ovelette
2 sudu besar nestle cream (optional - untuk moist kan lagi kek tu) 

2 bungkus Biskut oreo 
Pewarna hijau dan oren /atau warna pilihan


Cara-cara membuatnya:

1. Panaskan oven pada suhu 170c api atas bawah. Loyang dioleskan dengan mentega dan ditabur tepung.

2. Pukul mentega bersama cream cheese sehingga putih berkrim dan sekata.

3. Masukkan gula halus (sambil terus dipukul dengan kelajuan perlahan),masukkan pula telur satu persatu sehingga habis.

4. Kemudian masukkan esen vanilla, susu manis,horlicks,tepung hongkong,ovellette dan nestle cream (masih dpukul dengan kelajuan perlahan sambil memasukkan satu persatu bahan2 ini)

5. Padamkan mesin,dan dengan menggunakan senduk gaul adunan sehingga benar2 sebati.

6. Bahagikan kepada 2 bahagian: 1 warnakan hijau dan 1 lagi warnakan oren

7. Tuangkan satu cawan adunan berwarna hijau dan bakar menggunakan api atas bawah lebih kurang 7 minit atau sehingga permukaan keperangan(bergantung jenis oven)

8. Setelah itu keluarkan Loyang dari oven dan tekan menggunakan penekan kek (jika ada) barulah lapiskan lagi dengan warna hijau.

9. Setelah masak,barulah susunkan biskut oreo di atasnya,terpulang hendak susun penuh permukaan kek atau secara rawak sahaja.

10. Selepas habis menyusun biskut oreo,tuangkan lagi secawan adunan oren dan ratakan dengan menyenget2kan Loyang jika perlu.(isi ruang yg tidak terisi biskut)

11. Setelah itu,tekan lagi menggunakan penekan kek,utk lapisan yg kemas barulah lapiskan dgn lapisan seterusnya spt warna oren, biskut oreo, warna oren, biskut oreo dan seterusnya (boleh perhatikan gambar) atau ikut cara sendiri ye...

12. Apabila sudah habis melapis,dan setelah lapisan terakhir sudah keperangan dipermukaannya,tutup permukaan loyang kek dengan aluminium foil(untuk mengelakkan terlebih hangus),dan tukar semula kepada api atas bawah pada suhu 120c selama 15 minit.



Sumber Resepi: HaSue


 

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...