Presiden KAFA, Tan Sri Anuar Musa |
Umpama mendapat “durian runtuh” bagi pemain Pasukan Kelantan yang menjuarai Piala Presiden baru-baru ini yang mana bakal menerima bonus sebanyak RM 60,000 daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), apatah lagi sempena menyambut Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi memang sesuai.
Bonus itu adalah sebahagian daripada RM280,000 yang dikeluarkan persatuan kepada skuad itu setelah mengharumkan nama Kelantan di persada bola sepak Piala Presiden musim lalu menurut Tan Sri Annuar Musa. Sebelum ini, sebanyak RM25,000 telah diberikan secara berperingkat ketika kejohanan itu berlangsung. Nilai tersebut tidak termasuk RM500,000 lagi bonus yang disampaikan kepada skuad senior yang menjuarai Liga Super.
Bonus yang diberikan adalah sebagai rangsangan kepada pemain junior untuk bermain dengan lebih bertenaga ketika menghadapi perlawanan menentang pasukan lawan pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment