Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Sunday, December 15, 2013

Wanita Malaysia Belasah Kemboja



Belasah apa pulak dah? 
Teruja pulak aku nak citer pasal sukan kali ni...yerlah mesti orang wanita ni kurang skit nak baca bab-bab sukan ni, hihihi....

Malaysia mencipta rekod dunia lah semalam, apabila skuad hoki wanita negara membelasah Kemboja 36-0 pada perlawanan kedua pusingan awal dalam temasya Sukan SEA ke-27 di Myanmar. Alahai, sampai macam tu sekali iyer..?

Maskot Sukan Sea kali ni...comel je kan (takmo sebut macam trend sekarang nih)

Fakta:
- Skuad negara menjaringkan gol pada setiap purata dua minit (tercungap Hoki Myanmar tau...)
- 18 gol pada babak pertama dan 18 gol juga pada babak kedua pada perlawanan. (ai...main bagi sama rata pulak iyer?)
- Perlawanan selama 70 minit. (mujur tak sampai 90 minit macam main bola sepak)

Rekod Lama:
- Argentina menumpaskan Peru 26-0 pada Kejohanan Wanita Amerika Selatan di Santiago, Chile, pada 2003.

Apapun, semoga kecemerlangan sebagai Juara Bertahan dapat diteruskan dalam Sukan Sea kali ini. Hebat! (Hey!)...





Thursday, November 29, 2012

Penjaring Gol Malaysia dan Ramalan Menentang Indonesia


Penjaring gol Harimau Malaya meraikan gol masing-masing...
Selepas dikritik hebat, nampaknya Harimau mengamuk semalam. Perlu diingat, Laos berjaya mengikat Indonesia pada match sebelum tu 2-2, dan Malaysia pulak kalah 0-3 kepada Singapura. Tetapi Singapura pulak kalah 0-1 kepada Indonesia. Jadi macam mana agaknya kebarangkalian Malaysia vs Indonesia jika dicongak dari segi matematik?

Indonesia 2-2 Laos
Malaysia 0-3 Singapura
Singapura 0-1 Indonesia
Malaysia 4-1 Laos

Jaringan Malaysia - 4 gol
Jaringan Indonesia - 3 gol

Lain-lain statistik perlawanan rasmi tidak diambil kira.
Jadi sebagai kiraan mudah dengan formula sendiri (tanpa rumus kebarangkalian dan sebagainya) =
Malaysia akan seri dengan Indonesia

Jika seri, Malaysia perlu harapkan match pasukan lain untuk mara ke Semi Final...

p/s: Mungkin penyokong tak suka dengar seri ni, tapi kalau boleh kita semua nak menang...


Monday, November 26, 2012

Ultras Malaya Bola Sepak Kalah Cari Rajagobal


Jangan marah mereka. Merekalah yang menghidupkan stadium - Ultras Malaya
Jangan pandang serong dengan satu group besar penyokong bola sepak Malaysia yang tak pernah duduk diam di satu sudut stadium. Itu Ultras Malaya!

Cukup besar sokongan mereka. Tanpa mereka stadium pasti sunyi...bukan menafikan kehadiran group lain atau penyokong lain yang lagi ramai tapi Ultras Malaya ni unik. Tak kira hujan, tak kira panas, tak kira hari apa sekalipun friendly match..pasti ada. Boleh bergegar stadium kalau ada lagi 10 kali ganda penyokong di bawah panji Ultras Malaya ni.

Harimau Malaya kalah..mereka tetap bersatu hati, tetap meneruskan sokongan. Tunggu sampai balik.
Dah 2 tahun selepas menang AFF Suzuki Cup edisi lepas, mereka masih sabar dengan kekalahan atau seri yang tak sepatutnya apabila bermain dalam friendly match.

Memang padan pun kalau mereka minta penjelasan Rajagobal mengenai situasi pasukan selepas 2 tahun asyik bereksperimen. Dengan match sebenar menentang Singapore pun masih kena ratah lagi. Adoyai....!!!

Oleh: Papankey

Sunday, November 25, 2012

Malaysia vs Singapore Mesti Menang Malam Ni



Malam ni penentuan eksperimen Coach Rajagobal selama ini. Malas nak sebut keputusan friendly yang lepas-lepas. Rasanya peluang nak menang adalah cerah dengan sebab berikut:

1. Semua match ketika friendly sekadar pemanas badan, compare dengan pihak lawan seperti bersungguh.
2. Semasa friendly, semua takut tercedera, risau terlepas peluang nak bermain di AFF Suzuki Cup nanti.
3. Kalau masa friendly main sungguh-sungguh tapi kalah jugak, malu lah.
4. Kalau main lasak sangat pun sampai hilang player bagus-bagus pun bahaya juga.
5. So malam ni lah penentuannya, strategi Coach Raja bukan untuk menang ketika friendly tapi tungguuu...

Dengan kit baru kenalah bagi main mantap sikit...
Oleh: Papankey


AFF Suzuki Cup 2012: Thailand Menang Tipis


Pemain Thailand memang lasak...pemain kita agak lemah lembut
Malam tadi tak lah tengok sangat match AFF Suzuki Cup 2012 antara Thailand vs Philippines sebab bertentang dengan Masterchef di Astro Ria. Apapun dahsyat juga tengok match tu sebab Philippines pun memang makin naik sejak 2 tahun kebelakangan.

Apapun skuad Thailand yang merupakan juara 3 kali Piala AFF Suzuki ni menerima tentangan sengit sebelum menang tipis 2-1.

Apabila Vietnam seri 1-1 dengan Myanmar, jadi Thailand sekarang ni kira leading group dia dengan 3 mata.

Oleh: Papankey

 

Tuesday, November 13, 2012

Jersi Baru Harimau Malaya Tersilap Tahun


NIKE telah memperkenalkan jersi baru skuad bola sepak negara atau Harimau Malaya 
untuk dipakai semasa AFF Suzuki Cup 2012 nanti.

Ringkas design jersi ni, kit terbaru daripada NIKE. Harga RM299

Sesi memperagakan bentuk badan yang tegap dan ada yang dan mula memboroi...
Corak jersi ini menyerupai pasukan kebangsaan 
yang memenangi kejohanan Pestabola Merdeka pada tahun 1958

Memori 1958: Rasanya inilah jersi yang dimaksudkan, tetap apa yang samanya? Adakah tersilap tahun?


Monday, November 12, 2012

AFF Suzuki Cup 2012 Broadcast Partners


AFF Suzuki Cup 2012 Broadcast Partners
Penyiar Bersama Piala Suzuki AFF 2012


Jadi di Malaysia, RTM dan Astro akan menjadi penyiar rasmi kejohanan bola sepak yang dinanti-nantikan!


Wednesday, November 7, 2012

Bola Sepak Persahabatan Malaysia Longlai di Thailand


Farizal Marlias bolos dua kali
KECEWA lagi! Perlawanan persahabatan bola sepak sebentar tadi melihatkan skuad Malaysia beraksi longlai apabila tewas dengan 2 gol tanpa balas.

Safee Sali dan Norshahrul masih belum sesuai digandingkan.
Pertahanan pun tetap masih leka.
Tengah tanpa kapten sebenar.
Coach Raja mesti akan mengatakan sesuatu seperti biasa.
Harapnya ini bukan petanda buruk menjelang Piala AFF Suzuki tidak lama lagi.

Thailand 2-0 Malaysia...semoga setakat itu sahaja hiburan buat lawan!
Bangkitlah Malaysia, kita melawan di Piala AFF Suzuki 2012.


Thailand vs Malaysia Live Stream Online


Thailand vs Malaysia Live Stream Online


vs


Malaysia akan menentang Thailand pada 7.00 malam ini di Stadium Rajamangala, Bangkok.
Bagi penyokong bola sepak yang ingin menonton online sila ke link berikut:

Thailand vs Malaysia Live Stream Online, dan Pilih Link 1 atau seterusnya.
(Link akan dibuka pada 7.00 malam ini)


Wednesday, August 8, 2012

Azizulhasni Awang Kalah Sebab Dia Pendek


Ya dia pun bangga dengan keupayaan dia walaupun pendek
The Pocket Rocketman
Tahniah, walaupun gagal membawa sebutir pingat, apabila menduduki tempat keenam dalam acara keirin individu lelaki Sukan Olimpik 2012 baru-baru ini. Itu acara kegemarannya.

Apapun sukan ini bukan untuk atlit lelaki yang tinggi sepertinya...
Fizikal sepertinya...

Dia paling rendah di kalangan pelumba basikal trek di Malaysia
Dia juga paling rendah di kalangan pelumba China dan Korea Selatan...
Dia paling rendah di acara trek Olimpik London, rendah sangat-sangat...

Blogger sukan terkenal, Rizal Hashim
Tapi dia sama tinggi (jer rupanyer) dengan blogger sukan tu (Rizal Hashim)...
Dia sama tinggi dengan isterinya...
Dia sama tinggi dengan Nicol David...
Dia sama tinggi (jer) keupayaan dengan pelumba-pelumba handalan dunia yang lain...itulah peliknya.

Azizulhasni Awang tetap pelumba basikal trek terbaik dunia, siapa nak bagi kita pelumba di kedudukan 6 terbaik dunia kalau bukan disebabkan usaha hebat dan luarbiasa daripada Azizul ni yang sememangnya terlalu rendah dan kecik di kalangan pelumba trek dunia. Tapi kekuatan luar biasa dan minda yang terkawal, emosi yang stabil menyebabkan dia yang terbaik di dunia dari segi fizikal! Dialah pelumba no 1 dunia jika perkiraan dan congakan matematik dilakukan (fizik dan biologi diambil kira).

Usah bersedih Azizul...
Usah bersedih dan kecewa rakyat Malaysia (dan penduduk Dungun)...
Sebab di Olimpik 4 tahun lagi dia baru berusia 28 tahun...






Lee Chong Wei Usah Bersedih Lagi



Tempoh bersedih telah berlalu bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan sukan badminton di Olimpik London tempoh hari. Aku pun masih terasa sedih dan pedih, kecewa tapi redha. Itulah adat pertandingan (betulkah?). Jaguh No. 2 dunia, Lee Chong Wei sebelum ini pernah mengumumkan bahawa Olimpik London adalah penyertaan terakhirnya dalam temasya sukan terbesar dunia dan dia bercadang untuk bersara pada 2014.

Apapun, Lin Dan memang bukan pemain badminton yang biasa kita jumpa di dunia. Dia memang seperti ada aura tersendiri, rekod dia dengan Chong Wei pun umpama langit dan bumi. Memang nampak Lin Dan seperti sombong, bersandiwara, lagak seorang hebat dan lain-lain yang mungkin seperti berlebih-lebih tapi itulah kehebatan Lin Dan. Bukan aku tak patriotik dan hilang sokongan dengan Chong Wei, tapi kenyataannya begitulah.

Maka Chong Wei ingin melunaskan dendam ke untuk kembali ke pentas Olimpik di Rio, Brazil 2016 andai kudratnya masih mengizinkan.


Laporan akhbar mengatakan Chong Wei sendiri bersedia menangguhkan persaraan demi memenuhi impian memburu emas pertama Olimpik dengan syarat tahap fizikal dan kesihatannya masih baik mengizinkan. 



Sunday, August 5, 2012

Final Badminton Sukan Olimpik London 2012


Pertembungan dahsyat badminton malam ni
Badminton Olimpik London hari ini, melibatkan pertemuan terpenting pemain perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei yang akan menentang Lin Dan dalam final acara badminton Sukan Olimpik London 2012 di Arena Wembley.

Inilah peluang Malaysia untuk mencatat rekod menang pingat emas pertama dalam sejarah penyertaan negara di Sukan Olimpik.

Di Olimpik Beijing empat tahun lalu, Chong Wei tewas 12-21, 8-21 kepada Lin Dan.
Manakala rekod Chong Wei tak begitu memihak kepadanya kerana hanya memiliki rekod menang 9 kali ke atas Lin Dan yang mengatasinya sebanyak 20 kali. 

Jom sokong Chong Wei yang membawa nama baik negara malam ni jam 8 malam waktu Malaysia. Siaran langsung pasti ada di RTM (bagi yang tidak melanggan Astro).


Sunday, June 10, 2012

Bapa Ahli Sukan Cuba Bunuh Diri Di Jambatan Pulau Pinang


BUKIT MERTAJAM - Polis hari ini menggagalkan dua cubaan membunuh diri bapa kepada seorang ahli sukan negara termasuk di atas Jambatan Pulau Pinang.

Lelaki berusia 59 tahun itu yang menetap di Butterworth pada mulanya dikatakan cuba membunuh diri berhampiran pusat beli-belah Queensbay, Bayan

Lepas awal pagi ini namun digagalkan pihak polis yang bertindak memujuknya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Azman Abd Lah berkata pihak polis menerima maklumat lelaki itu sedang menangis di tepi laut berhampiran pusat membeli belah Queensbay kira-kira pukul 4 pagi ini.

"Pasukan peronda dihantar ke tempat kejadian dan bertindak memujuk beliau agar pulang ke rumahnya.

"Anggota kita mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memujuknya sebelum dia mahu pulang dengan baik," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pasukan peronda polis itu juga bertindak mengiringi bapa ahli sukan itu yang memandu kereta bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

"Sebaik tiba di kilometer dua Jambatan Pulau Pinang kira-kira pukul 7.45 pagi, dia memberhentikan kereta di tepi jambatan dan keluar serta cuba terjun ke laut. Bagaimanapun hasil tindakan pantas polis, kita berjaya menyelamatkannya," katanya.

Azman berkata lelaki itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

"Berdasarkan keterangan awal, beliau mendakwa menghadapi masalah keluarga kerana anggota keluarganya tidak mempedulikannya," katanya. - Bernama

Friday, June 8, 2012

Jersi Pasukan EURO Dikesan Mengandungi Toksik



Tengah malam nanti akan bermula perlawanan pembukaan melibatkan tuan rumah Poland vs Greece di Stadium Nasional, Warsaw, Poland pada 12 pagi, 9 Jun waktu Malaysia...tapi jangan silap jadual pulak..kiranya tengah malam ni lah tu, sementara tu tengoklah siaran langsung pembukaan jam 11 malam ni.

Apapun bukan itu isunya, jeng..jeng..jeng.., tetiba ada pulak kajian kata 9 jersi pasukan kebangsaan yang berentap dalam EURO kali ni mengandungi bahan bertoksik. Wah, dah nak mula dah...

LONDON 7 Jun - Satu penyelidikan yang dijalankan pertubuhan pengguna di Eropah menunjukkan jersi sebilangan pasukan yang bersaing dalam Euro 2012 bertoksik.
Kaji selidik terhadap bahan kimia yang digunakan untuk membuat jersi pasukan Poland, Sepanyol, Jerman, Rusia, Ukraine, Itali, Perancis, Belanda dan Portugal itu mendapati jersi kesemua sembilan pasukan kebangsaan itu mengandungi tahap bahan kimia yang membimbangkan. - AGENSI


Wednesday, June 6, 2012

EURO 2012: Bandar di Ukraine Bersedia


Persediaan Ukraine hebat
Maskot Ukraine dan Poland bersatu hati
Sedikit mukadimah aku susun untuk memperkenalkan negara penganjur bersama untuk EURO 2012 kali ini. Ukraine, sebuah negara yang bersempadan dengan Russia, manakala pengajur bersama EURO 2012 iaitu Poland pula terletak di barat negara ini. Kiev ialah ibu negara kepada Ukraine. Populasi negara ini ialah sekitar 46 juta penduduk yang menjadikan bola sepak sebagai sukan tersohor di negara bekas anggota Kesatuan Soviet itu.

Piala yang menjadi rebutan menjelajah bandar di Ukraine
Stadium di Kharkov, Ukraine
Gubahan landskap menarik
EURO 2012 sana sini
Menarik di Ukraine

Cantiknya Stadium di EURO 2012


Klik untuk perbesarkan
Stadium-stadium yang menjadi gelanggang perlawanan hebat EURO 2012 nanti telah diwakili oleh 'maskot stadium' yang menyerupai icon pada desktop komputer kita...cantik kan untuk dibuat wallpaper. Imej di atas boleh di save untuk dijadikan wallpaper.

Jadual EURO 2012 Waktu Malaysia


Maskot EURO 2012 melibatkan negara Poland dan Ukraine


Kejohanan bola sepak terunggul melibatkan negara-negara Eropah hampir tiba. EURO 2012 pastinya menjadi acara sukan bola sepak yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia yang meminati sukan ini di restoran-restoran Nasi Kandar, di serata kedai makan (yang buka hingga lewat malam) yang ada ASTRO terutamanya, bilik-bilik TV di kampus pelajar IPTA dan kediaman masing-masing. 
===================================================

Mulai 8 Jun 2012 sehingga 1 Julai 2012

Kedudukan Kumpulan EURO 2012

Group A - Poland, Greece ,Russia, Czech Republic
Group B - Netherlands, Denmark, Germany, Portugal
Group C - Spain, Italy, Republic of Ireland, Croatia
Group D - Ukraine, Sweden, France, England

Jadual Perlawanan UEFA EURO 2012 (Waktu Malaysia)

8 Jun 2012 - PERLAWANAN PEMBUKAAN**
11:55pm Poland vs Greece (Group A)

9 Jun 2012
2:45am Russia vs Rep Czech (Group A)
11:55pm Belanda vs Denmark (Group B)

10 Jun 2012
2:45am Jerman vs Portugal (Group B) - Perlawanan tumpuan
11:55pm Sepanyol vs Itali (Group C)

11 Jun 2012
2:45am Ireland vs Croatia (Group C)
11:55pm Perancis vs England (Group D) - Perlawanan tumpuan

12 Jun 2012
2:45am Ukraine vs Sweden (Group D)
11:55pm Greece vs Rep Czech (Group A)

13 Jun 2012
2:45am Poland vs Russia (Group A)
11:55pm Denmark vs Portugal (Group B)

14 June 2012
2:45am Belanda vs Jerman (Group B) - Perlawanan tumpuan
11:55pm Itali vs Croatia (Group C)

15 Jun 2012
2:45am Sepanyol vs Ireland (Group C)
11:55pm Ukraine vs Perancis (Group D)

16 Jun 2012
2:45am Sweden vs England (Group D)

17 Jun 17 2012
2:45am Greece vs Russia (Group A)
2:45am Rep Czech vs Poland (Group A)

18 Jun 2012
2:45am Portugal vs Belanda (Group B) - Perlawanan tumpuan
2:45am Denmark vs Germany (Group B)

19 Jun 2012
2:45am Croatia vs Sepanyol (Group C)
2:45am Itali vs Ireland (Group C)

20 Jun 2012
2:45am Sweden vs Perancis (Group D)
2:45am England vs Ukraine (Group D)



Sepanyol Bakal Hapuskan Sumpahan EURO



Spain pertahan kejuaraan?
Sepanyol bakal memulakan kempen Euro 2012 berbekalkan reputasi hebat selaku juara dunia dan juara bertahan kejohanan.
Namun, sekiranya mereka berhajat untuk menyinar di Poland dan Ukraine, pasukan itu harus melakukan keajaiban yang tidak pernah terjadi sebelum ini atau dalam kata lain, melepaskan diri daripada ‘sumpahan Euro’.
Sebabnya sampai sekarang ni tiada lagi pasukan yang berjaya mengekalkan kejuaraan dua kali berturut-turut sejak kejohanan diperkenalkan pada 1960. Malah, kebanyakan juara ditimpa nasib malang pada edisi berikutnya.
Menarik atau tak, itu bukan soalnya. Cuma apakah nasib Sepanyol kali ini? Mungkinkah masanya sudah tiba untuk Sepanyol membuang sumpahan Euro ? Inilah suatu yang bakal menjadi tumpuan utama apabila kempen dibuka , Jumaat ini. Sepanyol diletak dalam Kumpulan B bersama Itali, Ireland dan Croatia. - Ubahsuai dari Agensi


EURO 2012: Bandar di Poland




Warna-warni di Poland
Sedikit intro aku mengenai negara ini. Poland ialah sebuah negara republik iaitu sebuah negara yang terletak di tengah Eropah dan berjiran dengan kuasa bola sepak Jerman di sebelah baratnya, Republik Czech serta Slovakia di selatannya. Manakala Ukraine, Belarus dan Lithuania di sebelah timur negara pengajur EURO 2012 itu. Jangan lupa ya, Ukraine juga penganjur bersama kejohanan kali ini. Poland ni merupakan negara ke 9 terbesar di Eropah dengan populasinya 
mencecah 38 juta penduduk. 
Bola sepak memang merupakan sukan nombor 1 di Poland.

Old Port Gdansk, Poland
Gdansk
Krakow
Poland bersedia untuk EURO 2012
Promosi dengan maskot EURO 2012 sana sini, meriah sungguh
Seorang penunggang basikal melintasi penghadang dengan grafik UEFA EURO 2012
EURO situ sana sini...
Landskap pun tidak terkecuali mendapat sentuhan EURO 2012

Tuesday, May 29, 2012

(PANAS) Penyokong England Akan Mati Di EURO 2012


Theo Walcott yang cute...
Kenal Sol Campbell? Pemain yang bertubuh sasa ni cukup sinonim dengan Arsenal beberapa ketika dulu. Dia dah melaungkan amaran 'keras' kepada penyokong Three Lions (England) supaya tidak berkunjung ke Euro 2012 kerana mereka ‘mungkin pulang dalam keranda’. Memang dahsyat sungguh amaran dia ni. Sebab apa?

Bekas bintang Arsenal dan Tottenham itu percaya kunjungan ke Poland atau Ukranie berisiko tinggi berikutan ancaman keganasan dan perkauman di kedua-dua negara itu.

Sol Campbell, kalau main game FIFA Soccer best pilih dia ni...
Campbell, yang memiliki 73 cap untuk England mengeluarkan kenyataan berani mati dengan menegaskan adalah menjadi kesilapan besar apabila UEFA menganugerahkan hak penganjuran kejohanan kepada dua negara tersebut.

Dalam usia Campbell, 37, dia belum lagi nyanyuk atau terdesak untuk mendapatkan publisiti murahan. Tapi apabila dia memberitahu BBC Panorama: “Lebih baik duduk di rumah, tonton menerusi televisyen. Jangan mengambil risiko... kerana anda mungkin pulang tidur dalam keranda". Rasanya itu pasti mengundang kemarahan ramai, khususnya di pihak UEFA dan tuan rumah (penganjur).

Terdapat dakwaan, ahli keluarga kepada beberapa pemain berkulit hitam seperti Theo Walcott, Joleon Lescott dan Alex Oxlade-Chamberlain tidak merancang untuk pergi kerana khuatir akan kemungkinan dicemuh perkauman.

*Nak main bola bila dicemuh perkauman memang mental akan terjejas, emosi terganggu, keseluruhan perlawanan akan menjadi buruk.Walaupun pemain semua profesional, namun hal perkauman memang sangat sensitif!



Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...