Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

Tuesday, October 7, 2014

Harga Lembu Korban Satu Bahagian


 
Gambar sebenar ketika suamiku menunggu lembu untuk korban

Ramai yang bertanyakan, berapakah harga satu bahagian (daripada 7 bahagian) lembu untuk ibadah korban.

Fakta:
Lembu RM550 setiap 1 bahagian (untuk Qurban/ Aqiqah).
Tahun lepas (2014), cuma RM450/ bahagian (wah naik mendadak yer...)
Lokasi untuk harga sebegini: Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah dan Kampung Tradisi, Chnaglun.

Lain-lain kawasan di Kedah, saya jangkakan harga adalah sama atau tak jauh berbeza.


Wednesday, February 6, 2013

'Spider-Man' Panjat Hotel di Cuba


'Spider-Man' Panjat Hotel di Cuba
 
HAVANA - Seorang warga Perancis yang digelar Spider-Man, Alain Robert memanjat bangunan Hotel Havana Libre di sini kelmarin tanpa menggunakan tali sebagai tanda sokongannya kepada pemimpin revolusi negara ini, Fidel Castro.

"Memanjat adalah satu cara untuk mendalami sesebuah negara atau budaya," kata pelagak ngeri Perancis itu sebelum menamatkan aksi pertamanya di Cuba.

"Ini tanda sokongan padu saya kepada Castro," tambahnya.


Apabila ditanya sama ada dia akan menemui Castro ketika berkunjung ke sini, Robert berkata: "Saya tidak pasti sama ada beliau akan berjumpa dengan saya."

Castro yang berusia 86 tahun itu menyerahkan teraju pemerintahan Cuba kepada adiknya Raul pada tahun 2008.

Dibuka pada 1958, hotel tersebut pernah menjadi ibu pejabat sementara untuk Castro.

Robert mula memanjat bangunan tersebut dari tingkat empat dan sampai ke tingkat 26 hotel setinggi 70 meter itu dalam tempoh cuma 26 minit.

Polis menghentikan lalu lintas ketika Robert melakukan aksi ngeri tersebut yang disaksikan sekitar 2,000 penonton. 


Sumber: Kosmo


UTM Tawar Biasiswa RM400,000 Kepada 10 Kakitangan Akademik Islamic University of Gaza (IUG)


UTM Tawar Biasiswa RM400,000 Kepada 10 Kakitangan Akademik Islamic University of Gaza (IUG)


Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menawarkan biasiswa bernilai RM400,000 kepada 10 kakitangan akademik dari beberapa universiti di Gaza untuk pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD).

Naib Canselornya, Prof Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata, biasiswa itu, adalah dalam bentuk pengecualian pembayaran yuran bagi melanjutkan pengajian untuk tempoh tiga tahun di universiti itu.

"Kita telah pun bagi dua biasiswa itu kepada kakitangan akademik Islamic University of Gaza (IUG) pada awal tahun ini, yang selebihnya kita akan bagi dalam tempoh yang terdekat nanti," katanya pada sidang akhbar di UTM cawangan Kuala Lumpur di sini, semalam.

Turut hadir delegasi IUG diketuai presidennya, Dr Kamalain Shaath dan isteri serta Penyelaras bagi Hal Ehwal Antarabangsa IUG, Dr Wesam Ahmed Almadhoun.

Zaini berkata, penawaran biasiswa itu sebagai menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersetuju menawarkan 100 biasiswa pengajian tinggi kepada penduduk Gaza semasa lawatan beliau ke wilayah berkenaan, baru-baru ini.

Zaini berkata, Palestin memerlukan lebih ramai modal insan yang terlatih untuk membangunkan semula ekonomi negara yang terjejas teruk akibat konflik Palestin-Israel.

"Bidang yang ditawarkan antaranya, teknologi pembinaan, sistem kumbahan dan bekalan air dengan bidang-bidang itu mampu membangunkan semula kemudahan asas rakyat Palestin khususnya di Gaza.

"Bukan yang musnah saja kita bangunkan, bahkan yang tak ada pun kita akan adakan," katanya.

Beliau berkata, UTM memberi keutamaan kepada teknologi pendidikan dan maklumat untuk membolehkan rakyat Palestin mendapat pendidikan dan kemudahan perhubungan maklumat yang lebih berkualiti.

Zaini berkata, dalam pada itu UTM turut menawarkan skim pembantu tenaga pengajar kepada 10 pelajar PhD yang membabitkan elaun sebanyak RM1,600 sebulan untuk tempoh empat tahun.

"UTM akan memberi pengecualian yuran pengajian kepada enam pelajar PhD, 10 sarjana dan 13 sarjana muda dari Palestin yang sedang mengikuti pengajian di UTM yang membabitkan kos RM1.3 juta," katanya.

Selain itu, Zaini berkata sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin dengan penderitaan penduduk Palestin, iaitu Aqsa Sharif, akan bekerjasama dengan UTM menawarkan tiga biasiswa lagi di peringkat sarjana dan PhD. - Bernama

Saturday, February 2, 2013

Resepi Nasi Ayam Salai Lemak Cili Api, Air Tangan Datuk Dr Fazley

Nasi AYam Salai Lemak Cili Api Dr. Fazley yang berharga RM 8.70

Nasi Ayam Salai Lemak Cili Api, Air Tangan Datuk Dr Fazley

Peminat yang mengimpikan untuk merasai resipi daripada air tangan Juara Masterchef Selebriti Malaysia, Datuk Dr Fazley Yaakob boleh memenuhi impian berkenaan selepas beliau menghasilkan menu terbaharu iaitu Nasi Ayam Salai Lemak Cili Api.

Menurut Fazley, menu itu digabungkan dengan masakan Negeri Sembilan yang dihidangkan dalam bentuk ayam salai bersama masak lemak cili api, sambal merah dan sambal terung hijau, sup serta beberapa ketulan nasi yang di gumpal seperti bebola.

“Ia adalah masakan berbeza yang saya ilhamkan sendiri dalam usaha saya untuk mengangkat makanan Negeri Sembilan ke peringkat antarabangsa,” kata Fazley selepas majlis memperkenalkan menu itu di restoran My Mom's Chicken Rice (MMCR) milik pengacara Linda Onn cawangan Ampang di sini pada Khamis.

MMCR satu-satunya restoran yang menyediakan menu berkenaan hasil kerjasama Fazley dan Linda untuk tempoh tiga bulan. Ia dijual dengan harga RM8.70 sepinggan.

Menariknya, ayam untuk resipi tersebut dipanggang terlebih dahulu manakala kuah masak lemak yang dimasak berasingan akan dituang di atasnya ketika hendak dihidangkan.

Resepi Nasi Ayam Salai Lemak Cili Api ini sebagai memenuhi impian peminatnya yang sering meluahkan hasrat untuk menikmati makanan daripada air tangannya sendiri selepas beliau menjadi juara dalam pertandingan Masterchef Selebriti.

Buat masa ini beliau melakukan kolaborasi dengan menyediakan resipi berkenan di restoran milik Linda Onn cawangan Ampang dan akan meneruskan ke restoran-restoran terpilih tidak lama lagi dengan resipi berbeza.

Selain itu Fazley akan menghasilkan sebuah buku masakan iaitu Dari Rembau ke Padang pertengahan Jun depan yang turut menyediakan aplikasi video bagi pengguna telefon pintar. Pemilik telefon berkenaan boleh mengimbas menu-menu terpilih untuk melihat bagaimana beliau menyediakan resipi berkenaan dalam bentuk video suara.


mStar

Aznil Nawawi Dapat Datuk Sempena Hari Wilayah


Aznil Nawawi Dapat Datuk Sempena Hari Wilayah

Pengacara terkenal tanah air, Aznil Nawawi menjadi antara individu yang menarik perhatian daripada 283 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat, dalam istiadat penganugerahannya yang disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara sempena Hari Wilayah Persekutuan.

Beliau merupakan antara 41 individu dikurniakan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) sekaligus membawa gelaran Datuk.

Lepas ni tak boleh panggil Pak Nil dah la, kena panggil Tuk Nil..haha..
 
 
 
 

Friday, February 1, 2013

Kerajaan Negeri Mana Berhutang Lebih RM80 billion



* Ini bukan posting politik tau...

Jangan ingat semua free walaupun diperintah oleh kerajaan yang sama bulu dengan Kerajaan Pusat. Bisnes tetap bisnes, pinjam meminjam ni tetap dikira sebagai hutang. Cuma mungkin kaedah nak meluluskan pinjaman tu tak sama bagi negeri yang diperintah oleh pihak lain. 


Hutang itu adalah pinjaman yang disalur kepada kerajaan negeri bagi membiayai projek pembangunan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Contoh terbaik ialah projek bekalan air, perumahan awam kos rendah, projek pembetungan dan penyediaan tapak infrastruktur industri. Kalau dikira dari 2006 hingga sekarang rasanya sudah mencecah hampir RM85 billion.


Tahun Melawat Malaysia 2014

Visit Malaysia 2014


Tahun 2013 masih ada 11 bulan lagi, tetapi dengan usaha Kementerian Pelancongan maka bersiap sedialah kita menerima kedatangan pelancong asing ke Malaysia ini.

Seperti kata Perdana Menteri kita, "Saya mahu Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 dijadikan misi nasional yang membabitkan peranan semua pihak bagi mencapai sasaran kunjungan 28 juta pelancong tahun depan. Untuk rekod, tahun ini, kita dah terima 25.03 juta pelancong. Hampir sama jer dengan negara jiran seperti Thailand yang dikatakan mempunyai produk pelancongan jauh lebih hebat dari Malaysia.

DS Najib juga kata "Kemudahan infrastruktur saja tidak cukup, tetapi kemesraan, keceriaan, kesopanan serta sikap ingin membantu pelancong dapat meninggalkan kesan yang mendalam kepada pelawat dari luar negara."

Antara Duta Kecil bagi produk pelancongan kita ialah:
Pemandu Teksi dan Penarik Beca



Mereka inilah yang menjadi pemandu pelancong sebenarnya. Selain daripada Tour Guide sebenar (seperti dalam bas atau feri). Rata-rata pakcik atau abang pemandu teksi di Malaysia boleh bertutur dan menulis dalam basic English. Di pekan kecil sekalipun, tetap bukan satu masalah besar untuk bekomunikasi dalam bahasa dunia itu. Secara tidak langsung itulah kelebihan Malaysia berbanding dengan Thailand atau Indonesia. Saya pernah ke dua-dua negara ini, jadi bukan sekadar perbandingan yang tidak realistik. Pelancong asing khususnya akan lebih terasa dialu-alukan apabila kita pandai bertutur basic English.

Kalau ke Thailand, nak berkomunikasi dengan 10 orang peniaga dan pemandu Tuk-tuk, boleh dikatakan kesemuanya tidak dapat berkomunikasi dalam sepatah dua bahasa dunia itu. Pelik jugak kan? Ya itulah negara yang meletakkan bahasa kebangsaannya sangat tinggi sehingga tidak dapat tidak, kita kena pandai berbahasa 'isyarat' yang tidak rasmi untuk bertanyakan arah atau membeli sesuatu.

Sebenarnya bukan Thailand sahaja, Jepun, Korea, China, Jerman, Itali dan juga Perancis pun sama, kerana Malaysia meletakkan English sebagai antara 'bahasa rasmi' atau bahasa kedua yang sering digunakan.

Apapun sasaran negara ialah untuk menerima 36 juta pelancong ke Malaysia menjelang 2020.

-KasihSalina-



Jersi Kuning RM 2 Juta



KERAJAAN negeri Terengganu mengumumkan penajaan Jersi Kuning kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 berjumlah RM2 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, penajaan tersebut membuktikan sokongan padu kerajaan Terengganu terhadap penganjuran kejohanan lumba basikal paling berprestij di benua Asia itu.

"Pada masa sama, penajaan itu menepati hasrat kerajaan negeri untuk mempromosikan Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013 yang jatuh pada tahun ini.

"Ia seiring dengan komitmen negeri untuk terus melahirkan jaguh basikal dalam kalangan anak negeri (Terengganu).

"Jersi Kuning (LTdL) kali ini memaparkan tema Tahun Melawat Terengganu dengan jelas dan ia memberi penjenamaan yang meluas untuk negeri ini di persada antarabangsa," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis penyerahan replika cek tajaan berjumlah RM2 juta untuk LTdL 2013 kepada Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur LTdL, Datuk Abd. Jalil Abdullah di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Kerajaan negeri mahu menggunakan sepenuhnya peluang untuk mempromosikan Terengganu menerusi LTdL kerana ia diakui antara acara sukan berbasikal yang besar di pentas antarabangsa.

Katanya, penajaan Jersi Kuning tersebut pasti akan memberi ruang penjenamaan TMT 2013 dengan lebih meluas, terutamanya dalam promosi televisyen antarabangsa.

"Selain daripada penjenamaan logo TMT 2013 di kesemua stesen televisyen serta media cetak menerusi LTdL, pihak penganjur juga memberikan tiga peringkat perlumbaan untuk diadakan di negeri ini.

"Ini bukan sahaja akan memberikan ruang promosi selama tiga jam kepada stesen TV domestik dan antarabangsa tetapi turut membuka peluang kepada semua rakyat Terengganu untuk menikmati limpahan ekonomi dari segi hotel serta perniagaan kecil selain berpeluang menonton aksi perlumbaan itu," katanya.


 
 

Thursday, January 17, 2013

Garam Bukit Halagel


Garam merupakan bahan yang paling penting dalam masakan seharian kita. Kalau takde garam tak sedap la masakan kita kan. Aku biasanya guna garam bukit halagel ni, tapi kadang-kadang tu susah juga nak dapat garam ni. Teringat plak kat farmasi selalunya stok sentiasa ada.

HADIS TENTANG GARAM 

Dari Abdullah Bin Umar 
"Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api, air dan garam"

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda 
"Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam". Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam "

Hadis riwayat Al – Bazzar
 

Rasulullah pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali minum & makan. Baginda berkata

"Sesiapa yang memulakan minum & makan dengan memakan secubit garam ALLAH akan hindarkan 330 jenis penyakit , yang paling kurang ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh ALLAH sahaja."
Sedikit info:

Garam Bukit (keluaran Halagel) adalah garam yang berasal dari kawasan Gunung Himalaya dan berada dalam bentuk asalnya. Ia adalah garam organik yang paling tulen, berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geometrik kristal yang amat sempurna.

Suatu ketika dahulu garam bukit dikenali sebagai “Raja Garam atau emas putih” kerana ia hanya dihidangkan kepada golongan diraja sahaja. Elemen garam yang amat kecil memudahkan sel badan kita untuk menyerap unsurnya. Ia tidak cerna dalam badan malah ia tidak mengandungi kalori merbahaya.

Malaysia Paling Popular dan Destinasi Pelancongan Mesra Pelancong Islam


Malaysia Paling Popular dan Destinasi Pelancongan Mesra Pelancong Islam
 
Malaysia menduduki kedudukan nombor satu daripada 50 buah negara untuk menjadi destinasi pelancongan mesra pelancong Islam menerusi satu kaji selidik yang disiarkan semalam.

Firma perunding pelancongan di sini, Crescentrating, mengendalikan kaji selidik itu.

Ia memberikan penarafan kepada negara-negara berkenaan berdasarkan layanan yang disediakan kepada pelancong-pelancong Islam seperti makanan dan perkidmatan halal.

Kaji selidik itu menggunakan beberapa kriteria seperti tahap keselamatan sesebuah negara, kemudahan mendapatkan makanan halal, mengerjakan solat dan sama ada hotel-hotelnya dapat memenuhi keperluan para penginap beragama Islam.

Berdasarkan skala satu hingga sepuluh, Malaysia menduduki tempat pertama dengan memperoleh gred 8.3.

 
 

Friday, January 11, 2013

Mydin Baru Dibuka di Kuching


Berita baik untuk orang Kuching yang suka shopping di Mydin apabila datang ke Semenanjung di mana Mydin Mohamed Holdings Bhd akan membuka dua lagi pasar raya besar Mydin tidak lama lagi, masing-masing di The Kuching Isthmus dan Bandar Samariang sebagai sebahagian daripada rancangan peluasannya di Sabah dan Sarawak.

Agaknya Mydin tak mahu mengalah dengan pasar raya Giant yang sudah pun memasuki Sarawak. Lepas ni, adakah Roti Gardenia pula yang akan memasuki pasaran di Sarawak? Teringat jugak aku, kalau balik ke Kuching jangan di cari roti Gardenia, memang tak kan jumpa, nanti kena gelak dengan orang sana pulak.

Rantaian pasar raya Malaysia itu akan memeterai perjanjian dengan para pemaju hartanah, CMS Land Sdn Bhd dan Projek Bandar Samariang Sdn Bhd, pada hari Isnin.

CMS Property Development, anak syarikat Cahya Mata Sarawak Bhd dalam satu kenyataan berkata Menteri Perumahan dan Pelancongan, Amar Abang Johari Tun Abang Openg akan menyaksikan majlis berkenaan.

Mydin memang terkenal membawa masuk produk tempatan dan seberang laut pada harga yang berpatutan kepada populasi Malaysia dengan para pengguna tempatan mendapat pilihan meluas - barangan dapur, produk perkakasan, peranti elektrik, alat tulis, tekstil dan pakaian di bawah satu bumbung. - Bernama
 
 
 
 

Wednesday, January 9, 2013

Kelantan Tuan Rumah Tilawah al-Quran Kebangsaan

Kelantan Tuan Rumah Tilawah al-Quran Kebangsaan

Buat julung-julung kalinya Kelantan akan menjadi tuan rumah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-56 yang berlangsung selama 5 hari bermula 2 sehingga 6 Mei depan.

Majlis yang akan diadakan di Kompleks Balai Islam, Lundang itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Manakala upacara penutupan majlis tilawah berkenaan akan disempurnakan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata, seramai 30 qari dan qariah dari seluruh negara akan mengambil bahagian pada majlis berkenaan. 

Monday, January 7, 2013

Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013 Sasarkan 4 Juta Pelancong



Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013 Sasarkan 4 Juta Pelancong

Rasanya mesti dah ramai yang tahu 2013 merupakan
Tahun Melawat Terengganu (TMT). Apa kata cuti sekolah tahun ni kita pakat-pakat gi jalan-jalan di Teganu pulok deh..

Kerajaan Terengganu yakin sasaran empat juta pelawat mengunjungi negeri itu sepanjang Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013 dapat dicapai berdasarkan ketibaan pelancong di destinasi menarik tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata Abdul Rahin berkata jumlah pelawat ke Tasik Kenyir misalnya, meningkat kepada 379,908 orang setakat November tahun lepas berbanding 275,241 bagi tempoh sama pada 2011.

Taman Tamadun Islam pula telah menerima 4.436 juta pengunjung sejak dilancar pada 2008, manakala Taman Monumen mencatatkan kehadiran 830,570 pelawat dan 150,454 pula menggunakan perkhidmatan 'River Cruise' setakat ini, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun.


- Bernama
 
 
 
 

Sunday, December 30, 2012

Rebat RM200 Smartphone


Berikut ialah contoh model-model telefon pintar yang boleh dibeli.

Samsung Galaxy Mini 2
HTC Wildfire S
Sony Xperia Tipo
LG Optimus L3 E400
Gambar di atas merupakan 4 model yang lebih baik dan boleh dimiliki dengan bajet RM500. Agak-agaknya mana satu pilihan hati bagi mereka yang layak mendapat rebat RM 200 Smartphone.

  1. Samsung Galaxy Mini 2
  2. HTC Wildfire S
  3. Sony Xperia Tipo
  4. LG Optimus L3 E400

Permohonan Rebat RM200 Smartphone

Pada Bajet 2013 yang dibentangkan sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan pemberian rebat sebanyak RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G untuk golongan belia di Malaysia. Maka Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan iklan khas berkenaan syarat-syarat serta cara memohon rebat RM 200 ini.

Siapa yang layak memohon:
  1. Warganegara Malaysia yang berumur antara 21 tahun sehingga 30 tahun.
  2. Mempunyai pendapatan bulanan RM3000 ke bawah.
  3. Model telefon pintar 3G yang dibeli akan diluluskan jika tidak melebihi harga RM500.
  4. Hanya layak menerima sekali sahaja rebat RM200 untuk setiap telefon pintar 3G.
  5. Pelanggan jalur lebar mudah alih sedia ada atau pakej internet baru. 
  6. Penyedia talian seperti Maxis, UMobile, YES YTL, Celcom, Digi & Tune Talk sedia menunggu anda sebagai “pelanggan baru mereka” dan dijangka telefon pintar 3G ini sendiri akan diedarkan oleh Senheng dan SenQ
Cara Memohon:
Bagi yang layak dan memenuhi syarat-syarat umum di atas dan berminat untuk mendapatkan rebat RM200 bagi pembelian smartphone ini boleh memohon melalui portal Suruhanjaya Komunikasi Malaysia di laman web www.skmm.gov.my
Tarikh permohonan: 1 Januari 2013 sehingga 31 Disember 2013. 

Friday, December 28, 2012

Kalsium Tinggi Dalam Krimer Manis Susu F&N


Kalsium Tinggi Dalam Krimer Manis Susu F&N
 
Nampak gayanya lepas ni kena tukar la susu krimer manis dan bukannya beli susu pekat manis. Tentang kesihatan ni kena jaga betol-betol dan risau takut terkena kencing manis walaupun bukan keturunan yang ada sejarah kencing manis dan penyakit tiga serangkai ni.

TEH tarik boleh dikatakan minuman kegemaran rakyat Malaysia. Ia merupakan komposisi teh dan susu yang diadun sempurna secara menuangnya dari bekas bancuhan ke dalam cawan dari jarak tinggi berulang kali sehingga menghasilkan buih.

Namun, rasanya yang manis lantaran sering menggunakan susu lemak penuh krim menyebabkan ia sering dikaitkan dengan penyakit kencing manis.

Pengeluar susu F&N Dairies (M) Sdn. Bhd. telah melancarkan satu lagi rangkaian produk terbaharunya iaitu krimer manis kalsium tinggi F&N baru-baru.

Krimer manis kalsium tinggi F&N itu merupakan produk baharu pertama yang dikeluarkan di kilang F&N Dairies baharu di Pulau Indah, Klang. Menyedari keperluan kandungan nutrisi dalam pengambilan makanan, produk terbaharu itu mengandungi tiga kali kalsum berbanding susu lemak manis yang lain.

Diperkaya dengan vitamin D3 bagi membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dalam badan.

"Semua tin diisi dengan kuantiti cecair nitrogen yang berpatutan untuk memastikan kesegaran produk kekal dalam tempoh yang lama," katanya ketika majlis pelancaran krimer manis kalsium tinggi F&N.

Sama seperti rangkaian susu yang lain, Krimer manis kalsium tinggi F&N juga sesuai untuk minuman teh, kopi, coklat dan malt.
Kosmo



Wednesday, December 26, 2012

Pelajar UUM Maut Dihempap Papan



Dengar berita kemalangan ni memang sedih dan menakutkan. Di
Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam ni memang banyak lori besar, pelajar UUM pun memang suka ke Danok. Gambar di atas merupakan papan partikel yang menghempap kereta Perodua Kancil sehingga menyebabkan seorang pelajar UUM terbunuh dalam kejadian berhampiran Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam

Manakala tiga rakannya cedera dalam kejadian pada pukul 8 malam itu mengorbankan Tan Chuan Ta, 20, manakala pemandu kereta Perodua Kancil, Wang Zong Ching, 24; Khoo Kah Wai, 22, dan Yong Hoi Siong, 23, hanya cedera ringan.

Chuan Ta berada di tempat duduk belakang pemandu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketika kejadian, empat penuntut universiti itu dalam perjalanan pulang ke kampus UUM yang terletak di Sintok dekat sini selepas menikmati makan malam di pekan Danok, Thailand.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohd. Yusoff berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila sebuah treler yang membawa papan partikel terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

Moral: Ni yang membuatkan aku takut nak ke Danok dan sememang Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam ni sentiasa sibuk, apatah lagi musim cuti sekolah ni sesak memanjang jer..
 
 
Sumber: Kosmo



Sunday, December 23, 2012

Sumber Inspirasi: Berkat Sekilogram Tepung


Sumber Inspirasi: Berkat Sekilogram Tepung

Aku suka membaca kisah hidup orang-orang yang berjaya supaya dapat menjadi pemangkin semangat dan sumber inspirasi untuk diri aku. 9/10 daripada rezeki itu datangnya daripada pernigaan. Ummi Siti Amanah Sidek ni menjual pelbagai jenis kerepek, lebih lanjut sila ke FB Simply Aneka Kerepek UMMI
SIAPA sangka di sebalik kejayaan wajah tua ini tersimpan seribu satu kenangan pahit yang pernah di tempuhinya dahulu?

Segalanya bermula dengan pantas sekitar tahun 1997 semasa Malaysia mengalami masalah kegawatan ekonomi yang teruk.

Kesusahan hidup yang dialami Siti Amanah Sidek, 57, membuatkan dirinya nekad untuk berkecimpung dalam dunia perniagaan.

“Kehidupan di Tanah Rancangan Felda memang terlalu susah pada waktu itu. Memang tidak sama dengan apa yang kita lihat sekarang.

“Dahulu hendak mandi pun kena angkut air di perigi atau sungai berdekatan. Rumah pula hanya beratapkan zink dan berdindingkan kayu cukup sekadar untuk berlindung daripada hujan dan panas.

“Tetapi sekarang semua sudah berubah. Pendek kata, buka mata sahaja siaplah semua,” katanya memulakan bicara.

Membuka cerita mengenai kisah kehidupan silamnya, wanita yang selesa dipanggil Ummi itu berkata, dia memulakan perniagaan kerepek dengan hanya bermodalkan sekilogram tepung dan minyak sahaja.

Perniagaan yang diceburinya itu bermula dengan niat untuk membantu menjana pendapatan keluarga memandangkan suaminya hanya mengusahakan kebun kecil di belakang rumah.

Legasi perniagaan

Anak-anaknya pula pada waktu itu masih dalam alam persekolahan yang memerlukan perbelanjaan besar untuk membeli kelengkapan sekolah.
“Secara jujurnya, saya tiada asas dalam pembuatan kerepek. Saya belajar melalui pemerhatian terhadap kawan-kawan yang menjalankan perniagaan kerepek.

“Kemudian bila balik sahaja rumah, saya praktikkan apa yang saya nampak dan olah sedikit demi sedikit sehingga rasa kerepek itu ada,” katanya kepada Jurnal.
Melalui fasa naik dan turun sama seperti pengusaha-pengusaha yang lain, dia mengakui bukan mudah untuk bertahan sehingga ke hari ini. Lebih-lebih lagi bagi insan sepertinya yang bukan datang daripada keluarga senang.

Malahan, penglibatannya dalam perniagaan kerepek ibarat bidan terjun yang hanya bermodalkan sekilogram tepung dan minyak.
“Dahulu masa baru-baru mula berniaga susah untuk saya dapatkan pelanggan. Sehari pun belum tentu ada kerepek yang terjual.

“Mana tidaknya, saya hanya menjual kerepek tepung biasa yang disira sambal. Orang lain pula bermacam-macam jenis dan rasa kerepek yang dijualnya,” katanya.
Lima tahun kemudian kerepeknya mula mendapat sambutan, tetapi dia pula berdepan dengan masalah pengeluaran produk.

Ini kerana kerepek-kerepek tersebut dihasilkan tanpa penggunaan mesin ataupun tenaga kerja yang lain.

Namun segalanya berubah tiga tahun kemudian apabila dia mula mendapat bantuan daripada Jabatan Pertanian.

Bantuan tersebut membolehkan Ummi untuk mendapatkan bantuan dari segi perkakas membuat kerepek.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa tahu. Siapa sangka, kesabaran menggunung Ummi membolehkannya melebarkan legasi perniagaannya. Daripada kerepek yang dibungkus menggunakan plastik lutsinar tanpa nama tetapi kini namanya menjadi jenama produknya.

Perusahaan Makanan Ummi kini merupakan satu produk makanan berasaskan kerepek yang dikenali di seluruh negeri Johor dan Singapura.
“Dahulu saya hanya mampu untuk menghasilkan sejenis kerepek sahaja dengan menggunakan tepung dan kemudian disira dengan sos pedas.

“Tetapi kini saya mampu menghasilkan pelbagai jenis kerepek seperti kerepek tiram, pagoda, ubi pedas dan cakar ayam,” ujarnya.
Tambahnya, perniagaan yang bermodalkan sekilogram tepung itu membuahkan hasil apabila dia mampu menghasilkan beberapa jenis kerepek yang lain seperti kerepek bawang, ubi pedas, jejari pedas, selayang manis serta selayang pedas.

Perniagaan yang dahulunya hanya dilakukan di rumah berdindingkan papan dan beratapkan zink telah berakhir. Kini, ummi mempunyai kilang memproses kerepeknya sendiri dengan perkakas-perkakas canggih untuk tujuan perniagaan.

Jika dahulu dia membanting tulang seorang diri dan kadangkala dibantu oleh anak-anaknya, kini setelah hampir 15 tahun Ummi meneruskan legasi perniagaannya dengan mengupah seramai tujuh orang pekerja.


Sumber: Kosmo


Tuesday, December 4, 2012

Kate Middleton Mengandung



Kate Middleton Mengandung

Demam di waktu pagi yang sering dialami Kate Middleton semenjak kebelakangan ini ternyata membawa kepada berita gembira apabila isteri kepada Putera William itu disahkan mengandung oleh Hospital King Edward VII di London, seperti yang diumumkan oleh Istana St. James pada hari ini.

Berita kehamilan Kate sudah tidak boleh dibendung lagi apabila beliau menghadapi Hyperemesis Gravidarum, iaitu demam teruk yang hanya dianggarkan dihidapi oleh seorang daripada 50 wanita mengandung.

Beberapa sumber menambah bahawa buat masa ini, Kate masih lagi belum mencecah minggu kehamilan yang ke-12.

"Memandangkan jangka masa hamil beliau masih lagi berada di peringkat awal, Kate dijangka untuk berada di hospital selama beberapa hari dan akan memerlukan masa rehat yang secukupnya," ujar kenyataan yang diberi oleh pihak istana.

Tambah pihak yang berkaitan, pasangan tersebut jelas kelihatan gembira dengan berita terbaru itu.

Tidak terkecuali dari berkongsi perasaan gembira adalah Perdana Menteri Britain sendiri, iaitu David Cameron dengan berkata, "Ini adalah sebuah berita yang menggembirakan dan saya pasti seluruh negara akan meraikan hal itu bersama mereka pada malam ini."
 
 
 
 
 
 

Sunday, December 2, 2012

Tahniah Izyan: Juara MasterChef Malaysia 2


Saat manis Izyan dinobatkan sebagai juara Masterchef 2

Tahniah Izyan: Juara MasterChef Malaysia 2

Akhirnya MasterChef Mlalaysia 2 sudah pun melabuhkan tirai dan sekali lagi tahniah buat Izyan, 25 yang merupakan seorang Pegawai Geoligi merangkul gelaran Juara MasterChef Malaysia musim ke 2. 
Izyan membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi MasterChef. Tahniah juga kepada Along dan Ah Hong,  mereka berdua juga adalah antara yang terbaik tapi tuah milik Izyan.


Saat debaran menunggu permarkahan daripada juri yang merasa masakan

Chef Izyan ke ni? Eh! Sekali pandang macam Chef Dr. Ezani pun ada kan..

Izyan sedang menyediakan pemanis mulut


Foto: FB MasterChef




Sunday, November 25, 2012

Laksa Ka Su Kuala Perlis


Laksa Kak Su (Laksa beras asli)

Kuala Perlis
No. 97 Jalan Siakap 1, 02000 Kuala Perlis
012-5500365, 014-2483133, 019-5111464
Lokasi tak strategik, tetapi sambutan Meletop!

Laksa sepinggan - RM3.00
Laksa special - RM3.50
Pulut Udang - RM0.30

Kuah laksa melimpah, kalau yang dah pernah mencuba mesti boleh rasa kelainannya...
Pulut udang ni, kalau masa peak season memang habis awal...
Kakak pekena laksa set budak (tanpa timun dan bawang)
Dalam minggu cuti berganda baru ni ditambah lagi dengan cuti sekolah, sampai lebih 1km orang boleh parking kereta untuk ke Langkawi di Kuala Perlis ni. Kebanyakan kenderaan dengan no plat KL, Selangor, Johor.

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...