Thursday, January 17, 2013

Garam Bukit Halagel


Garam merupakan bahan yang paling penting dalam masakan seharian kita. Kalau takde garam tak sedap la masakan kita kan. Aku biasanya guna garam bukit halagel ni, tapi kadang-kadang tu susah juga nak dapat garam ni. Teringat plak kat farmasi selalunya stok sentiasa ada.

HADIS TENTANG GARAM 

Dari Abdullah Bin Umar 
"Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api, air dan garam"

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda 
"Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam". Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam "

Hadis riwayat Al – Bazzar
 

Rasulullah pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali minum & makan. Baginda berkata

"Sesiapa yang memulakan minum & makan dengan memakan secubit garam ALLAH akan hindarkan 330 jenis penyakit , yang paling kurang ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh ALLAH sahaja."
Sedikit info:

Garam Bukit (keluaran Halagel) adalah garam yang berasal dari kawasan Gunung Himalaya dan berada dalam bentuk asalnya. Ia adalah garam organik yang paling tulen, berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geometrik kristal yang amat sempurna.

Suatu ketika dahulu garam bukit dikenali sebagai “Raja Garam atau emas putih” kerana ia hanya dihidangkan kepada golongan diraja sahaja. Elemen garam yang amat kecil memudahkan sel badan kita untuk menyerap unsurnya. Ia tidak cerna dalam badan malah ia tidak mengandungi kalori merbahaya.

12 comments:

Anonymous said...

tq share gd info with us ye

Sarina said...

Salam..saya guna garam halus yang biasa je,terkadang masin gak lah lauk,huhu salam perkenalan

ummiross said...

Biasa dengar juga garam bukit ni, insyaAllah nak cuba juga nanti.

Kayu Manis said...

kak nor mmg guna garam ni..yg warna coklat tu pun..

Anum said...

great sharing

Ayu Ayunie said...

baru beli stok garam semalam kat supermarket umah. yg ada cuma garam ni je halagel.. amik jela..

azieazah said...

Saya memang dah lama dok guna garam Halagel ni. Ianya agak kasar wpun disebut garam halus, tapi ianya lebih baik dari garam yang sepeket 60 sen tuh.

Pen Biru said...

sy mmg guna garam ni..yakin!

Unknown said...

em info yg berguna..terima kasih kak

Nora Karim said...

nak try cari lah garam ni...

Unknown said...

xpernah dgr pulak hadis bab garam ni, tp mmg bagus kongsi mcm ni, sy pun suke garam bukit halagel ni,ramai yg ckp byk khasiat

mama aini said...

ehem mama pun memasak guna garam ni..dia ada dijual dipasar2 raya besar kat klang spt giant & tesco..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...