Friday, January 18, 2013

Bayi Pertama Lahir Di Mahkamah

Nama cadangan bayi ini ialah Mohd Arif Hakim - sesuai dengan tempat kelahiran.

 Bayi Pertama Lahir Di Mahkamah

Seorang wanita di Kangar, Shahidawati Shabudin, 37, ketika menunggu suaminya yang sedang mendapatkan perintah mahkamah mengikut Seksyen 4 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) selamat melahirkan seorang bayi lelaki di pekarangan Mahkamah Majistret Kangar.
Kejadian berlaku pada jam 10.45 pagi, ketika itu seorang tukang cuci secara kebetulan melalui kawasan berkenaan terdengar suara wanita sedang menangis sambil meminta tolong. 
Pekerja terbabit terus bergegas mendapatkan mangsa dan melihat kepala bayi hampir keluar daripada rahim ibunya. 
Dalam keadaan kelam kabut dia cuba menenangkan keadaan dengan memanggil orang ramai berhampiran Kompleks Mahkamah untuk sama-sama membantu wanita berkenaan.

Ibu dan bayi itu berjaya diselamatkan namun, urinya masih tersangkut dan tidak boleh keluar bersama bayi yang dilahirkan sebelum ambulans dari Hospital Tuanku Fauziah (HTF) tiba 10 minit kemudian di tempat kejadian.

Walau bagaimanapun selepas ramai membantu, mangsa dan anaknya dibawa ke hospital untuk rawatan susulan dan kami hanya menyerahkan perkara itu kepada pihak hospital untuk langkah selanjutnya.

Bayi lelaki itu merupakan anak keempat mereka yang dijangka akan dilahirkan pada 1 Februari ini dan berkemungkinan boleh dijadikan sebagai anak angkat mahkamah dengan mencadangkan nama Mohd Arif Hakim ke-pada ibunya.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan kepada tertuduh supaya berubah dan insaf dengan kejadian yang berlaku selepas melihat keadaan isterinya yang bertarung nyawa melahirkan anak mereka.

Sejurus kejadian itu, suasana tegang bertukar pilu apabila tertuduh, Narizam Saad, 37, menangis setelah melihat isterinya bersalin sewaktu dia sedang dibicarakan.

Sementara itu, Majistret, Tuan Zuhair Rosli, yang juga menyaksikan kejadian itu akhirnya membuat keputusan agar tertuduh, dibebaskan dengan pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam tempoh dua tahun. 

12 comments:

Anum said...

ada hikmah nie

Unknown said...

errr kt kangar ek,sure kecoh court time tu.mmmm mcm kenal je shahidawati & husband tu... :/

Ibu Lala said...

alhamdulillah. moga moga suaminya berubah. harapnya cerah lah masa depan bb tu. moga jadi hakim suatu hari nanti.

Dr K said...

semoga penagih dadah tu insaf sebetul betulnya, dan mulakan langkah baru

Unknown said...

subhanAllah..byk hikmahnye kejadian tu..suami dia insaf dan dibebaskan

ummiross said...

Nama yang cantik!

ANIM said...

Mudah2an kelahiran Yang Arif cilik ini membawa sinar baru dalam hidup keluarga ini..

YATZAKIE said...

ade hikmah atas ape yg berlaku...semoga ayah dia inaf.. =)

Shaiful Zaidi said...

Moga bapanya insaf dan jaga baby tu dgn baik...

Sarina said...

Salam..alhamdulillah masyarakat kita masih lagi prihatin dengan keadaan sekeliling

azieazah said...

Kesian pada anak kecil itu. Lahir semasa ayah dibicara dadah? Adehhh kesiannya dia.

mama aini said...

semuga bapa baby tersebut insaf & mengubah cara hidupnya demi anak2 yg tidak berdosa.. :(

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...