NABI Muhammad SAW memulakan makan dengan menyebut kalimah Basmallah, kemudian membaca doa makan dan makan menggunakan tangan kanan serta makan makanan yang berada berdekatan dengan baginda.
Sebelum menjamah makanan, Rasulullah SAW makan secubit garam dan disudahi dengan menjilat jari serta mengucapkan Alhamdulillah.
Baginda menggunakan tiga jari untuk makan iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah serta baginda mengunyah makanan sebanyak 40 kali. Baginda tidak bernafas ketika minum air iaitu bernafas di luar bekas minuman serta baginda minum air seteguk-seteguk dengan dimulakan dengan Bismillah.
Menu harian Rasulullah SAW di pagi hari ialah segelas air dicampur sesudu madu dan selesai solat sunat dhuha, baginda SAW akan memakan tujuh biji kurma ajwa.
Sekiranya berpuasa, baginda akan berbuka dengan segelas susu dan kurma. Baginda menambahkan cuka dan minyak zaitun di dalam makanannya pada waktu petang.
Bahkan, baginda melarang umatnya meneruskan makan sekiranya sudah kenyang kerana perut harus dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu makanan, air dan udara.
Seminar yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan, Selayang Baru, Selangor ini telah mendapat kerjasama Perkim Bahagian Negeri Selangor dan Perkim Cawangan Selayang Baru, Selangor.
Dalam pemakanan juga umat Islam harus mengamalkan kaedah mengikut sunnah Nabi kerana Allah akan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda serta mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Terdapat kisah wali Allah, Ibrahim bin Adham ketika beliau berhenti di persinggahan untuk ke tandas, lalu dikenakan bayaran kepadanya. Lantas Ibrahim menangis teresak-esak kerana memikirkan tempat yang sejijik itupun dikenakan bayaran, inikan pula syurga Allah yang perlu dibayar dengan amal ibadah.
# Risau dan bimbang dengan kenyataan di bawah ni:
- Masyarakat Islam perlu sedar kerana majoriti umat Islam sanggup menghabiskan masa di restoran yang tidak sahih status kehalalannya, berbanding di restoran Islam itu sendiri. Mereka ini berselindung di sebalik ayat-ayat al-Quran dan serta menggunakan pelaris. Ini semua diperoleh daripada hasil risikan dan serbuan pihak PPIM.
11 comments:
great sharing sis
tahun ni mmg niat nak bfast dgn kurma n susu tp belum terlaksana lagi.Cuma madu memang akak dah amalkan sejak thn lepas setiap pg.
Perkongsian yang amat bagus!!.....tak susah nak cari pahala sebenarnyakan...
salam sis salina...cheff salina saya..
satu perkongsian yang bermanfaat...
Pekabar sis.....?
TA disini alhamdulillah selsema sedikit...
oh ya sis ...
sis ada terbaca "sepetang bersama denaihati tak dalam blognya"
mengumpulkan 100 blogger disana...kat PJ je sis..
kalau sis ada kelapangan saya ada di sana Insya-Allah....
Sebenarnya amat mudah kalau hendak amalkan terpulang pada kita utk memilih kan...
terima kasih kongsi info ini akak. berguna untuk di jadikan panduan.
Susu dan kurma mmg gandingan yang menyodapkan!
ada yang dh tau, ada yang baru tau.. hurm.. nice..
gandingan yang best..
Susu dan kurma..like kedua dua nyer,time pegnant anak airis dlu suka mkan kurma tpi sayang anak airis x suka kurma..aduhai anak umi
tahun nie, berazam nak minum susu kambing... hurmm,, walaupun bajet besar sikit..tpi its k...
Post a Comment