Kerana Sayangkan Abah
Kerana sayangkan abah,
Seiring azan bergema..
Lekas ana sujud pada-Nya..
Bermohon untuk abah, bermohon untuk mama.
Kerana sayangkan abah,
Ana labuhkan tudung ana..
Supaya tiada pandangan lelaki ajnabi akan melirik..
Mencuri pandang perhiasan yang Allah berikan pada ana.
Kerana sayangkan abah,
Ana tinggalkan jeans ketat..
Ana campakkan tshirt sendat..
Lalu ana pilih pakaian yang mengikut syariat.
Kerana sayangkan abah,
Ana jadikan malu sebagai perisai..
Ana selimutkan diri dengan iman..
Ana pelihara maruah agar maruah abah terpelihara.
Kerana sayangkan abah,
Ana ingin menjadi seorang muslimah..
Ana mengimpikan peribadi yang solehah..
Ana berusaha mencari keredhaan Allah.
Kerana sayangkan abah,
Ana lakukan semua ini..
Ana mahu abah jadi suami dan ayah yang amanah..
Ana tidak mahu kerana ana abah dipersoalkan di akhirat sana.
# Semoga anak-anak ibu pandai berfikir begini juga suatu hari nanti, Insyallah Ibu dan abah akan memberi contoh yang terbaik untuk anak-anak.
Sumber: iluvislam
10 comments:
Bestnya nukilan ni, nukilan anak solehah.
terima kasih atas perkongsian, teringat kata-kata seorang ustaz, seorang bapa yang beriman, tergantung-gantung tak lepas ke syurga kerana anak perempuan/isteri tak menjaga aurat
puisi yg indah....
Bertuah abah tu...
Semoga ramai lagi yg boleh jadi 'ana' di mana-mana juga berada.
seronok baca puisi ni....:)
Nukilan yg penuh makna...Terpakai utk anak anak kita, dan diri kita sendiri..:)
bagus sgat ni. TQ share ye. Puna makna dan erti yg dalam
indahnyaaaaaaaaa ! ;)
Sgt puitis.
Post a Comment