Rita Rudaini Tetap Saman Suami
"November lalu saya sudah berjaya membatalkan perintah kembali taat atau nusyuz yang difailkan oleh Aidil (suami). Sekarang ini, saya ada satu lagi saman ke atas Aidil berkenaan bayaran nafkah bulanan diri saya dan anak-anak.
"Tapi, lepas dia gagal dengan tuntutan kembali taat di Petaling Jaya, Aidil ada failkan semula kes baharu di Mahkamah Rendah Syariah Seremban. Kali ini dia kemukakan permohonan cerai dan penjagaan anak.
"Bagi saya, fail sahajalah kes itu seluruh negara sekali pun, saya akan ikut rentak dia dan pertahankan hak saya. Sebagai ibu, saya akan pertahankan anak-anak saya dan sebagai isteri saya akan pertahankan hak saya. Sebelum ini dia tarik balik permohonan cerai, sekarang dia ingin bercerai pula. Kalau mahu bercerai, saya akan persoalkan apa salah saya. Saya berani sebab saya tahu bahawa saya tidak buat salah," tegas Rita tanpa banyak emosi.
# Semoga Rita dan Aidil temui jalan penyelesaian dan anak-anak tidak menjadi mangsa keadaan.
Sumber: Kosmo
6 comments:
mmm kecoh jer dorang berdua ni :/
Salam..itu urusan umah tangga die orunk,perkara mcam nih menakutkan airis
kesian kat Rita. papepun harap dia tabah hadapi kehidupan ini.
Xabis2 lg ke kes depa nih? kesian la kat ank2 tu...
memang kesian kat rita ni..dia seorg pelakon yg hebat..mama sgt suka melihat dia berlakon kat TV..rasanya dah lama kes ni berjalan..rasanya lbh elok jika mereka bercerai..percayalah tak guna mempertahankan jika org dah tak ingin..rita cantik & muda..ramai lagi lelaki yg baik utknya diluar sana.. ;)
LAWA..ANAK2 COMEL..APALAH MASALAH DIORG KAN..TAK MATANG LAGI KE LAKI DIA..
Post a Comment