Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.
Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.
Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
- Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
- Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
- Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
- Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
- Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
- Tekanan darah tinggi - 30 hari
- Gastrik - 10 hari
- Diabetes - 30 hari
- Sembelit - 10 hari
- Kanser - 180 hari
- Tibi - 90 hari.
Sumber: iluvislam.com
Picture: Google image
17 comments:
bagus kan
Waa bestnya info ni Salina, boleh juga nak cuba amalkan.
Salina, mohon izin ye, ummi share kat fb. Thank you dear..
Bagus minun air masak kan.
akak amalkan minum segelas air sebaik bangun tidur.....
emm..banyak kebaikannya kan..nak jdkan amalan tu susah skit huhu..terutama lepas makan tu...
Salam... akak penah baca,utk tido yg lena, minum segelas air masak yang dingin sblm Masuk tido.
Amalan yg bagus ni, terima kasih kerana berkongsi :)
Sy juga amalkn mnun air kosong ni bl bgun tido setip pg...tp cuma mnum segelas shj...selain dr kelebihan kat ats ni, de org ckp...mnum air lps bgun tido ni leh awet muda..
memang bagus sangat2
salam sis
Terima kasih sudi kogsikan.
Orang Johor kata air panas mati..
info yg sgt bagus.Now dah 3 mggu amalkan bykkan minum air masak.sebelum ni asik nk air manis je.
mmg bagus . tq share ye
Huh... kakak pun tak mampu nak minum 4 leas tu Saly. Kakak biasa segelas aje. Nak cubalah sikit-sikit tambah.
suka minum air...anak2 kak semua suka minum air kosong ni..
L mmg air ni je yg ada kt rumah sewa.. almaklumlah rumah bujang.. hehe
Post a Comment