Alhamdulillah, rezeki ada dalam pelbagai bentuk dan rupa. Tak sangka ada juga insan yang teringatkan kami. Petang kemarin ada kawan hubby sms cakap suruh datang ofis dia, ingatkan laptop dia buat hal lagi..
Rupa-rupanya dia nak bagi buah tangan dari Mekah, ada coklat, kurma dan buah tiin. Nak pergi haji pun dia tak bagi tahu dan kami pun tak tahu.
Teringat masa kecik-kecik dulu suka sangat pergi rumah pak aji dan mak aji (orang baru balik Mekah la), kalo boleh nak pergi berkali-kali sebab suka makan kismis dan air zam-zam. Sekali dapat minum air zam-zam pun dua teguk jer, tak boleh minum banyak2 kata mak aji dan pak aji sebab ramai lagi yang belum minum. Selain tu, kalau pergi cepat ke rumah pak aji dan mak aji dapat la gelang dan cincin Mekah.
5 comments:
Alhamdulillah dapat merasa ole2 dari Mekah.
Betul tu, masa kecik2 dulu suka sangat dapat gelang Mekah, sekarang ni bila pergi Mekah sendiri, tak beli gelang tu, budak2 sekarang dah tak minat kan salina.
Gelang lilit-liit yg hitam dan merah kan Saly. Kakak dulu pun kalau dapat punyalah suka tak terkata.
Murah rezeki yg memberi yg menerima..
mekah. bumi penuh keberkatan..
tu sebab orang balik mekah, semua kata nak dapat berkat, baik ole-ole, baik doa..
kudapan dr mekah..sedap lg berkat
Mmg best dpt makan juadah dr Mekah...insyaAllah moga sampai jugak ke sanasuatu hari nanti.
Post a Comment