Sejak selepas Raya Puasa tahun lepas sampailah nak ke Tahun Baru Cina akan datang, berhempas pulas para blogger handalan ber'kungfu' melalui blog politik masing-masing. Politik yang dimaksudkan sudah pasti bukan masalah politik dalam persatuan sukan atau PIBG sekolah, sebaliknya skop politik yang disentuh adalah jauh lebih besar mencakupi sekalian Tanah Tumpah Darahku...
Dipetik dari jersi Harimau Malaya |
Jadi berduyun-duyunlah para pemerhati politik yang tidak bertauliah merungkai segala persoalan politik dalaman parti, isu-isu semasa, janji manifesto terbaru, menyingkap profail ahli politik, mendominasi bendera kepartian sekampung dan setaman melalui pencanang (reporter bergerak), penyanjung (pengampu), pencongak (mencongak untung gerai jualan), ahli mesyuarat tingkap (makcik-makcik sekampung) serta peminum kopi tegar (orang yang suka sembang kosong di kedai kopi).
Petikan foto kedai kopi Kampung Tebengau |
Itulah senario asam garam, menjelang pilihanraya umum yang akan didendangkan tak lama lagi. Jadi, blog berupa politik lah yang menjadi pilihan untuk mencungkil rahsia ahli politik, isu, kronisme, menyelak segala permainan politik yang tidak diketengahkan di dada akhbar dan segala-galanyai terungkai di blog politik paling panas.
7 comments:
mcm2
politik kat kedai kopi paling hebat..boleh hempas2 kerusi..haha
Kita tunggu.. Pilihanraya.
kalau dengar kat kedai kopi... time kenduri ka ada sembang2 kosong... aduss mmg berapi2
tengah hangat sekarang ni..
Sana sini sedang memperkatakan..
ehem bila tarikh sebenar pilihan raya ek?..tak sabar nak mengundi.. he2x..
Post a Comment