Berita baik untuk orang Kuching yang suka shopping di Mydin apabila datang ke Semenanjung di mana Mydin Mohamed Holdings Bhd akan membuka dua lagi pasar raya besar Mydin tidak lama lagi, masing-masing di The Kuching Isthmus dan Bandar Samariang sebagai sebahagian daripada rancangan peluasannya di Sabah dan Sarawak.
Agaknya Mydin tak mahu mengalah dengan pasar raya Giant yang sudah pun memasuki Sarawak. Lepas ni, adakah Roti Gardenia pula yang akan memasuki pasaran di Sarawak? Teringat jugak aku, kalau balik ke Kuching jangan di cari roti Gardenia, memang tak kan jumpa, nanti kena gelak dengan orang sana pulak.
Rantaian pasar raya Malaysia itu akan memeterai perjanjian dengan para pemaju hartanah, CMS Land Sdn Bhd dan Projek Bandar Samariang Sdn Bhd, pada hari Isnin.
CMS Property Development, anak syarikat Cahya Mata Sarawak Bhd dalam satu kenyataan berkata Menteri Perumahan dan Pelancongan, Amar Abang Johari Tun Abang Openg akan menyaksikan majlis berkenaan.
Mydin memang terkenal membawa masuk produk tempatan dan seberang laut pada harga yang berpatutan kepada populasi Malaysia dengan para pengguna tempatan mendapat pilihan meluas - barangan dapur, produk perkakasan, peranti elektrik, alat tulis, tekstil dan pakaian di bawah satu bumbung. - Bernama
3 comments:
eloklah buka satu kat SP..hee
Dah lama tak gi mydin. Kat bangi ni ada MyMydin.
Masa mula2 duduk Sarawak, ummi pun heran juga bila ramai yg beli roti gardenia kat airport, banyak pulak tu, lama2 kita pulak terikut, bila balik, beli juga sebab kat Kuching memang takde.
Post a Comment