Bengkel Terapi Solat Bantu Mengubah Sikap
MINDA yang dikurniakan oleh Allah lazimnya digunakan oleh manusia yang bijak dan memikirkan tentang usaha membangunkan diri serta masyarakatnya.
Namun, semua itu hanya boleh terlaksana dengan syarat minda dilatih untuk berfikir ke arah kejayaan. Ibadah solat, seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW merupakan salah satu medium yang membentuk akhlak mulia. Tanpa disedari, kuasa minda melalui solat yang khusyuk mampu mengubah mental individu terbabit.
Menyedari pentingnya kuasa minda itu, Pusat Perundingan dan Latihan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (PPLI IKIM) menganjurkan bengkel Kuasa Minda : Ubah Sikap Melalui Solat pada 23 Februari 2013. Bengkel yang akan diadakan di Dewan Besar IKIM itu turut memberi pendedahan tentang potensi minda dan cara-cara menggunakannya.
Pada masa yang sama, bengkel ini mengajak peserta membaiki solat ketika musafir agar ibadah tersebut dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Antara tajuk-tajuk yang akan dibincangkan ialah Falsafah Solat, Ibadah Solat Ketika Bermusafir dan Ibadah Solat Ketika Sakit. Penceramah terdiri daripada Pengarah Eksekutif, GI Motivation & Training Sdn. Bhd., Zul Ramli Mohamed Razali dan Ustaz Mohd. Arif Abdul Samat.
Bengkel ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat terutama kepada mereka yang berminat memperbaiki, mempelajari dan mendalami ibadah solat.
Yuran penyertaan ialah RM250 seorang termasuk sarapan dan makan tengah hari. Potongan sebanyak lima peratus akan diberi kepada penyertaan berkumpulan seramai tiga orang dan ke atas.
Maklumat lanjut sila hubungi Urusetia Program, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), No. 2, Langgak Tunku melalui Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur.
Anda juga boleh hubungi talian 03-6204 6200/323/324/325 atau 016- 279 6410 atau e-mel program@ikim.gov.my atau jie@ikim.gov.my.
Sumber: kosmo
3 comments:
BAGUS NI BAGUS NI...JOM RAMAI RAMAI :)
Bagus kalau dapat meluangkan masa untuk program yang sangat bermanafaat ni.
thanks atas perkongsian..
Post a Comment