Kredit Foto: Hj lutfi |
Kisah Tauladan - Kisah Sekumpulan Burung
“Ayah pandu laju sikit ke arah burung-burung di tengah jalan, anakanda nak lihat mereka terbang,” kata Hashim kepada bapanya Ismail.
“Tak baik itu him...” jawab bapanya.
“Mengapa? Pakcik Ramli selalu buat begitu anakanda tengok... burung-burung sedang makan di tengah jalan, pakcik Ramli akan pandu laju seolah-olah nak langgar mereka, tapi semua burung sempat terbang sebelum kereta dia sampai,” jawab anaknya lagi.
“Tetap tak baik itu.. him... ayah tak akan pecut halau burung...” jawab bapanya.
“Mengapa yah? Ayah jangan takut, tak ada burung yang akan mati. Ayah cuba pecut, burung-burung itu semua akan dapat terbang sebelum kereta kita sampai,” jawab anaknya lagi.
Ismail tetap tidak mendengar pujukan anaknya. Beliau memandu secara slow ke arah burung-burung di tengah jalan tersebut.
Tetiba ada sebuah kereta dari belakang yang memecut memotongnya dan terus menghala ke arah burung-burung tersebut...
Anaknya melihat dengan penuh tidak sabar, “Ayah tengok, orang dah potong ayah... dia dapat lihat burung berterbangan dengan dia, anakanda tak dapat.”
Kereta yang memotongnya tadi terus memecut ke arah burung-burung.
“Ayah tengok... semua burung akan dapat lari sebelum kereta depan itu sampai,” kata Hashim.
Setelah kereta yang memotongnya melintasi kawasan burung-burung tengah makan, semua burung terbang bertempiaran menyelamatkan diri.
“Ayah lihat semua burung dah berterbangan... “ kata Hashim.
“Him... lihat di atas jalan, ada seekor burung kena langgar dah nak mati...” kata ayahnya.
Ayahnya menghentikan kereta di tepi jalan untuk memungut burung yang cedera parah.
“Him tadi kata suruh ayah pecut, yakin semua burung akan dapat melepaskan diri sebelum kereta ayah sampai. Tapi Him terlupa, tanggapan Him tak semestinya benar di semua keadaan. Lihat burung ini, ia buta sebelah mata. Ia tak dapat lihat kereta sedang datang, akibatnya sekarang dia mati kerana ada pemandu yang berfikiran macam Him yang tidak bertimbang rasa dengan makhluk ciptaan Allah yang terpaksa memenuhkan perut yang kosong di jalan yang berbahaya ini.”
Setelah peristiwa itu, Hashim insaf akan pemikirannya dan mula memikirkan perasaan orang lain dalam setiap perkara yang dilakukannya - terutamanya sikap bersangka baik - di mana beliau sentiasa memikirkan “Mungkin dia ada masalah yang kita tidak tahu... (seperti burung yang buta sebelah mata)” apabila dia tidak faham mengapa sesuatu orang bertindak di luar jangkaannya.
Kredit info: FB Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
# Aku bukan penyokong beliau tapi aku selalu merenung dan melihat dengan 'mata hati,' yang buruk jadikan sempadan dan yang baik jadikan tauladan.
3 comments:
Betul Lynn..Sometimes bila kita buat sesuatu, kita lupa mungkin ada yang merasa tempiasnya..berhati-berhati adalah lebih baik dan bersangka baik sudah semestinya...
cerita yg menarik. byk pengajarannya...
Syahdunya cite ni...
Post a Comment