Showing posts with label Kisah Tauladan. Show all posts
Showing posts with label Kisah Tauladan. Show all posts

Monday, January 28, 2013

Dakwah Terakhir Siti Hajar Ahmad Sabir


Dakwah Terakhir Siti Hajar Ahmad Sabir

“Mak tulis ya, biar tak lupa, nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak.”

Itu antara permintaan terakhir Siti Hajar Ahmad Sabir, 20, pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) yang bertarung nyawa selama dua minggu di Hospital Melaka selepas terbabit dalam kemalangan di Solok Duku, Masjid Tanah, di sini,6 Januari lalu, kepada ibunya, Noraini Che Mat, 46.

Kisah kecekalan Siti Hajar yang menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.20 pagi, 20 Januari lalu, menarik perhatian ramai apabila rentetan pengalaman hari-hari terakhir arwah tersebar di laman sosial Facebook selain turut dikongsi menerusi blog dan forum di Internet.

Noraini berkata, kisah hari-hari terakhir arwah pada asalnya adalah kandungan SMS diberikannya kepada rakan Siti Hajar, Nur Nadia Zakaria, 22.

Menurutnya, ia kemudian dimuat naik ke blog milik Nur Nadia untuk dikongsi bersama rakan lain.

“Disebabkan arwah dimasukkan ke wad rawatan rapi (ICU), tidak ramai dapat menziarahinya, sebab itu saya berkongsi keadaan Siti Hajar setiap hari dengan Nadia.

“Malah, arwah sendiri mahu pengalamannya yang menerima bantuan Allah sepanjang terlantar di hospital dikongsi bersama orang lain kerana baginya itu dakwah terakhir yang dapat disampaikan sebelum meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di rumah bapanya, di sini, semalam.

Siti Hajar terbabit dalam kemalangan pada 6 Januari lalu apabila kereta Perodua Myvi yang dinaiki mangsa ketika dalam perjalanan pulang ke UTeM dari rumah datuknya, Ab Jamal Kudus, 68, di Ramuan China Kechil, Lubuk China terbabas.

Kemalangan itu mengakibatkan Siti Hajar patah kaki kiri dan berisiko lumpuh selepas tulang belakangnya retak dan saraf tunjangnya cedera. Turut bersamanya di dalam kenderaan itu ialah tiga rakan sebayanya iaitu Wan Norsolehah Gaberan yang memandu, Azizue Hasnie Abd Zubair, parah manakala seorang lagi, Tasnim Kamardin @ Kamaruddin cedera ringan.

Noraini berkata, sepanjang dirawat di hospital, Siti Hajar yang juga anak sulung daripada tujuh beradik tidak pernah menyesali nasib menimpanya, sebaliknya menganggap setiap yang berlaku sebagai nikmat daripada Allah SWT.

Dia berkata, minggu pertama selepas kemalangan arwah menunjukkan tindak balas positif dan ditempatkan di wad biasa selepas keadaannya semakin stabil.

“Apabila dia semakin sihat saya terangkan keadaan kesihatannya yang akan lumpuh sementara kerana saraf tunjangnya cedera, tiada air mata setitis pun keluar sebaliknya arwah cukup tenang dan reda.

“Namun, masuk minggu kedua, keadaan kesihatannya makin merosot kerana beberapa organ gagal berfungsi akibat kecederaan saraf tunjang, namun tidak sedikit pun dia mengeluh, sebaliknya reda dengan apa yang berlaku,” katanya.

Arwah turut beberapa kali memberikan petanda akan meninggalkan mereka sekeluarga seperti terhidu bau wangi dan mendengar seruan seakan-akan memanggil namanya.

Noraini berkata, pada 19 Januari lalu keadaan arwah semakin kritikal apabila disahkan ususnya bocor, buah pinggang tidak berfungsi dan paru-parunya dijangkiti kuman.

“Keesokan hari tepat jam 9.20 pagi Siti Hajar menghembuskan nafas terakhir di dalam dakapan saya dan suami, Ahmad Sabir Ibrahim, 48,” katanya.
 
 
Sumber: Metro
 
 

Friday, January 11, 2013

Kisah Tauladan - Mayat bangun dari kubur



Kisah Tauladan - Mayat bangun dari kubur

Jika Nauf boleh menghidupkan kuda milik Birdlaun milik Raja Faris atas izin Allah s.w.t., maka Nabi Isa boleh menghidupkan orang yang sudah mati atas izin Allah s.w.t. juga. Itulah mukjizat yang diberikan Allah s.w.t. kepada hamba-Nya untuk menunjukkan kebesarannya. Tapi dasar orang kafir, walaupun Nabi Isa boleh menunjukkan mukjizat menghidupkan orang yang sudah mati, mereka masih menyangkalnya. "Sesungguhnya engkau hanya dapat menghidupkan mayat yang baru yang ada kemungkinan memang belum mati benar. Cuba kau hidupkan mayat-mayat terdahulu jika kau boleh." Ujar mereka. Merasa ditentang kaumnya, Nabi Isa lalu berkata : "Silakan pilih mayat sekehendakmu," jawabnya. "Cuba hidupkan Sam dan Nuh," kata mereka.

Kemudian Nabi Isa pergi ke makam Sam bin Nuh. Setelah bersembahyang di atas kuburnya, Isa berdoa kepada Allah s.w.t. meminta Allah s.w.t. menghidupkan mayat itu. Atas kekuasaan Allah s.w.t. kedua mayat yang sudah lama meninggal itu bangkit kembali dari kuburnya. Rambut di kepala dan rambutnya sudah memutih. Begitu melihat keduanya hidup kembali, Isa bertanya, "Mengapa rambutmu sudah memutih semacam itu,". Keduanya lalu menjawab bahawa mendengar panggilan Isa, ia mengira hari kiamat sudah tiba. "Berapa lama kau sudah meninggal?" tanya Isa. "Empat ribu tahun, tetapi sampai sekarang belum hilang rasa sakit matiku." Jawabnya. Melihat mukjizat Allah s.w.t., berimanlah semula orang-orang yang kafir itu.
 
 
 
 
 
 

Tuesday, January 1, 2013

Kisah Tauladan - Kisah Sekumpulan Burung

Kredit Foto: Hj lutfi

Kisah Tauladan - Kisah Sekumpulan Burung

“Ayah pandu laju sikit ke arah burung-burung di tengah jalan, anakanda nak lihat mereka terbang,” kata Hashim kepada bapanya Ismail.

“Tak baik itu him...” jawab bapanya.

“Mengapa? Pakcik Ramli selalu buat begitu anakanda tengok... burung-burung sedang makan di tengah jalan, pakcik Ramli akan pandu laju seolah-olah nak langgar mereka, tapi semua burung sempat terbang sebelum kereta dia sampai,” jawab anaknya lagi.

“Tetap tak baik itu.. him... ayah tak akan pecut halau burung...” jawab bapanya.

“Mengapa yah? Ayah jangan takut, tak ada burung yang akan mati. Ayah cuba pecut, burung-burung itu semua akan dapat terbang sebelum kereta kita sampai,” jawab anaknya lagi.

Ismail tetap tidak mendengar pujukan anaknya. Beliau memandu secara slow ke arah burung-burung di tengah jalan tersebut.

Tetiba ada sebuah kereta dari belakang yang memecut memotongnya dan terus menghala ke arah burung-burung tersebut...

Anaknya melihat dengan penuh tidak sabar, “Ayah tengok, orang dah potong ayah... dia dapat lihat burung berterbangan dengan dia, anakanda tak dapat.”

Kereta yang memotongnya tadi terus memecut ke arah burung-burung.

“Ayah tengok... semua burung akan dapat lari sebelum kereta depan itu sampai,” kata Hashim.

Setelah kereta yang memotongnya melintasi kawasan burung-burung tengah makan, semua burung terbang bertempiaran menyelamatkan diri.

“Ayah lihat semua burung dah berterbangan... “ kata Hashim.

“Him... lihat di atas jalan, ada seekor burung kena langgar dah nak mati...” kata ayahnya.

Ayahnya menghentikan kereta di tepi jalan untuk memungut burung yang cedera parah.

“Him tadi kata suruh ayah pecut, yakin semua burung akan dapat melepaskan diri sebelum kereta ayah sampai. Tapi Him terlupa, tanggapan Him tak semestinya benar di semua keadaan. Lihat burung ini, ia buta sebelah mata. Ia tak dapat lihat kereta sedang datang, akibatnya sekarang dia mati kerana ada pemandu yang berfikiran macam Him yang tidak bertimbang rasa dengan makhluk ciptaan Allah yang terpaksa memenuhkan perut yang kosong di jalan yang berbahaya ini.”

Setelah peristiwa itu, Hashim insaf akan pemikirannya dan mula memikirkan perasaan orang lain dalam setiap perkara yang dilakukannya - terutamanya sikap bersangka baik - di mana beliau sentiasa memikirkan “Mungkin dia ada masalah yang kita tidak tahu... (seperti burung yang buta sebelah mata)” apabila dia tidak faham mengapa sesuatu orang bertindak di luar jangkaannya.

 
 
# Aku bukan penyokong beliau tapi aku selalu merenung dan melihat dengan 'mata hati,' yang buruk jadikan sempadan dan yang baik jadikan tauladan.
 
 
 

Thursday, December 27, 2012

Kisah Tauladan: Juha dan Kambing Panggang


Kisah Tauladan: Juha dan Kambing Panggang

Pada suatu hari, Juha menghadiri majlis kenduri di rumah seorang saudagar yang kaya. Pelbagai hidangan yang sedap dan menyelerakan disediakan untuk para tetamu. Di tengah-tengah hidangan itu, ada hidangan istimewa iaitu anak kambing panggang.

Juha duduk dan makan dengan lahapnya tanpa menghiraukan tetamu yang lain. Tuan rumah memerhati gelagat Juha dari jauh. Dia menghampiri Juha kemudian menegurnya dengan sinis, 
"Aku tengok kamu gelojoh sangat makan anak kambing ni, kenapa? Macamlah ibu kambing ini pernah menanduk kamu semasa kecil dahulu!" Beberapa orang tetamu memandang ke arah Juha sambil tersenyum.
Juha tahu tuan rumah tersebut ingin memalukannya. Lantas dia menjawab, "Aku tengok kamu simpati sangat kepada anak kambing ni, kenapa? Macamlah ibu kambing ini pernah menyusukan kamu masa kecil dahulu!"


Moral:
Antara adab dan sunnah Nabi ketika makan adalah mengambil makanan yang berdekatan sahaja dan berhenti makan sebelum kenyang. Manakala adab bagi tuan rumah pula adalah melayan tetamu dengan baik serta tidak menjatuhkan air muka mereka di hadapan tetamu lain.


Kredit Foto: Kosmo

 

Sunday, November 25, 2012

Kisah Pelajar Dan Kentang yang Busuk



 Kisah Pelajar Dan Kentang yang Busuk

Ada seorang guru meminta pelajarnya membawakan satu kantung plastik ke sekolah. Dia meminta setiap pelajarnya memasukkan beberapa biji kentang ke dalamnya. Setiap pelajar diminta memasukkan sebiji kentang bagi setiap seorang yang mereka benci dan tidak mahu maafkan dengan menulis nama orang yang mereka benci itu. Ada beberapa pelajarnya yang kantungnya agak ringan walaupun sebahagian besarnya mempunyai kantung yang berat.

Mereka diminta membawa kantung yang berisi kentang itu ke mana sahaja mereka pergi dan sepanjang masa termasuk masa makan dan tidur selama dua minggu. Lama-kelamaan keadaan kentang itu makin tidak menentu. Banyak kentang itu mula membusuk dan buruk. Hampir semua pelajar mengeluh dengan tugasan ini. 

Akhirnya tamat tempoh dua minggu itu dan guru itu mendapati ramai pelajarnya yang membuang kantung itu kerana tidah tahan dengan kentang-kentang yang mula membusuk itu. Pelajar-pelajar yang mengeluh dan tidak faham mengenai tugasan ini akhirnya mendapat jawapan daripada guru mereka. 

Guru itu berkata, "membawa beban yang tidak berguna sesungguhnya amat memeritkan dan mensia-siakan kehidupan kita. Begitu juga dengan hati yang penuh dendam dan benci akan memburuk dan akhirnya merosakkan diri kita."


Berfikir Gaya Trumph, 2012, M/s: 156

 

7 Unsur Mendorong Manusia Sombong




7 Unsur Mendorong Manusia Sombong
  1. Keturunan
  2. Kekuatan & Kekuasaan
  3. Kecantikan
  4. Kekayaan dan banyak aset
  5. Tinggi ilmu
  6. Warak & kuat ibadah
  7. Ramai pengikut dan kuat pengaruh


Majalah Solusi, Isu#50|ms:86


Sunday, October 7, 2012

Kenali Fatimah Al-Zahra - Ketua Bidadari Syurga




FATIMAH AL-ZAHRA

Fatimah al-Zahra as (ucapan Alaiha Salam [as] sila rujuk misalnya dalam Sahih Bukhari, Juzuk 5, hadith 368, dan 546) adalah puteri kepada Rasulullah s.a.w. Ibunya Khadijah iaitu isteri Rasulullah s.a.w yang pertama dan amat dikasihinya. Tentang bondanya Khadijah, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Empat wanita yang terbaik ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Maryam binti Imran, dan Asiah binti Muzahim isteri kepda Firaun.” [Muhibuddin al-Tabari, Dhakha'ir al-Uqba fi Manaqib Dhawi al-Qurba, hl. 42; Al-Hakim alam al-Mustadrak, Juzuk 3, hlm. 157].

Fathimah as mempunyai nama-nama timangan seperti Ummal Hasan, Ummal Husayn, Ummal Muhsin, Ummal A’immah dan Umma Abiha.

Rasulullah s.a.w menggelarkannya Fathimah as sebagai “Ummu Abiha” bermaksud ibu kepada ayahnya. Ini kerana Fathimah as sentiasa mengambil berat tentang ayahandanya yang dikasihi itu. Selain daripada itu gelaran-gelaran lain ialah Zahra, Batul, Siddiqah Kubra Mubarakah, Adhra, Tahirah, dan Sayyidah al-Nisa.

Fatimah dilahirkan pada 20 Jamadil Akhir di Mekah iaitu pada Hari Juma’at, tahun kelima selepas kerasulan Nabi Muhammad s.a.w [Manaqib Ibn Shahrashub, (Najaf), Juzuk 3, hlm. 132; al-Kulaini, al-Kafi; Misbah al-Kaf'ami; Syeikh al-Mufid, Iqbal al-Amal]. Tempat beliau dilahirkan ialah di rumah ayahanda dan ibundanya iaitu Rasulullah s.a.w dan Khadijah ak-Kubra. Beliau AH wafat pada tahun ke-11 hijrah iaitu selepas enam bulan kewafatan ayahandanya Rasulullah s.a.w [al-Bukhari, Sahih, Juzuk 5, Hadith 546]

Kelahiran Fathimah as amat menggembirakan Rasulullah s.a.w. Beliau s.a.w bersabda tentang Fathimah as: “Dia adalah daripadaku dan aku mencium bau syurga dari kehadirannya.” [Kasyf al-Qummah, Juzuk 2, hlm. 24].

Mengapa diberikan Nama Fatimah? Menurut Imam Ali al-Ridha AS nama “Fatimah” diberikan oleh Rasulullah s.a.w Fathimah as dan para pengikutnya terpelihara dari api neraka. Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata: ” Rasulullah s.a.w bersabda kepada Ali AS: Tahukah kamu nama mengapa nama Fatimah diberikan kepadanya? Ali menjawab: Mengapa dia diberikan nama itu? Dia (Rasulullah s.a.w) bersabda: Kerana dia dan golongannya akan diperlihara dari api neraka.”

Ketika masih berumur dua tahun Fathimah as turut bersama-sama ayahanda dan bondanya di perkampungan Shi’bi Abi Talib kerana di boikot oleh masyarakat Mekah. Kemudian pada tahun ke sepuluh kerasulan, bondanya Khadijah pula meninggal dunia. Peristiwa ini menjadikan Fatimah banyak bergantung hidup kepada ayahandanya Muhammad Rasulullah s.a.w.

Dalam peristiwa hijrah ke Madinah, Fathimah as bersama-sama dengan rombongannya iaitu Fatimah binti Asad bin Hashim iaitu ibu kepada Imam Ali AS, Fatimah binti al-Zubair bin Abdul Muttalib,Fatimah binti Hamzah, dan juga Ayman dan Abu Waqid al-Laithi berhijrah ke Madinah. Rasulullah s.a.w telah sampai dahulu di Quba, Madinah. Sebelum meninggalkan Mekah Rasulullah s.a.w telah mengarahkan Ali bin Abi Talib supaya menyusul bersama keluarganya kemudian. Justeru, rombongan hijrah tersebut diketuai oleh Ali bin Abi Talib AS.

Keperibadian Fatimah al-Zahra as

Fathimah as termasuk dalam Ahlul Bayt Rasulullah s.a.w sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat al-Tathir dalam surah al-Ahzab: 33. Dalam Surah Al-Ahzab: 33 bermaksud:

“Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan kalian daripada kekotoran (rijsa), wahai Ahlul Bayt dan menyucikan kamu sebersih-bersihnya.”

Dalam ayat di atas, Fathimah as adalah salah seorang daripada Ahlul Bayt Rasulullah s.a.w dan Allah SWT telah menyucikan Fathimah as dari sebarang dosa-dosa, bermakna Fathimah as adalah seorang yang ‘maksum’ – pendapat sesetengah ulama Ahlul Sunnah. [Sila baca Riwayat hadith al-Kisa]
 
 
 
 
 

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...