Kisah Pelajar Dan Kentang yang Busuk
Ada seorang guru meminta pelajarnya membawakan satu kantung plastik ke sekolah. Dia meminta setiap pelajarnya memasukkan beberapa biji kentang ke dalamnya. Setiap pelajar diminta memasukkan sebiji kentang bagi setiap seorang yang mereka benci dan tidak mahu maafkan dengan menulis nama orang yang mereka benci itu. Ada beberapa pelajarnya yang kantungnya agak ringan walaupun sebahagian besarnya mempunyai kantung yang berat.
Mereka diminta membawa kantung yang berisi kentang itu ke mana sahaja mereka pergi dan sepanjang masa termasuk masa makan dan tidur selama dua minggu. Lama-kelamaan keadaan kentang itu makin tidak menentu. Banyak kentang itu mula membusuk dan buruk. Hampir semua pelajar mengeluh dengan tugasan ini.
Akhirnya tamat tempoh dua minggu itu dan guru itu mendapati ramai pelajarnya yang membuang kantung itu kerana tidah tahan dengan kentang-kentang yang mula membusuk itu. Pelajar-pelajar yang mengeluh dan tidak faham mengenai tugasan ini akhirnya mendapat jawapan daripada guru mereka.
Guru itu berkata, "membawa beban yang tidak berguna sesungguhnya amat memeritkan dan mensia-siakan kehidupan kita. Begitu juga dengan hati yang penuh dendam dan benci akan memburuk dan akhirnya merosakkan diri kita."
Berfikir Gaya Trumph, 2012, M/s: 156
10 comments:
Bagus cara guru tersebut mengajar...
betul...belajar untuk memaafkan orang. ketenangan itu terlalu mahal untuk dibeli..
betul tu.. walau susah mana pun bila kitamaafkan seseorang tu kompom hati akan tenang
Bagussss info ni...peringatan untuk diri sendiri..(kadang-kala kita tak sedar yg.kita membawa beban yg.tak sepatutnya dibawa....)
Menyimpan benci dan dendam sebenarnya akan menjadi kudis bernanah dalam hati kita...
sentiasa lah maaf kan orang walaupun hati sakit
betul3X, jika dapat memaaf dan melupakan, tentu fikiran kita jadi tenang kan..
ermm...susah juga nak maafkan org, andai org itu berkali-kali menyakitkan hati....
kisah yg menarik....
teladan yg bagus .
Post a Comment