Tip Transformasi Diri
- Hijrah memerlukan keazaman kerana tanpanya ibarat "hangat-hangat tahi ayam". Apabila dia diuji, terus lari daripada masalah dan ujian.
- Hijrah mensyaratkan keikhlasan dan keredaan kerana tanpa kedua-duanya, seseorang itu akan kecundang dan mula menyalahkan diri dan orang lain. Mungkin Allah juga akan disalahkannya.
- Hijrah mewajibkan kesabaran kerana ia akan menjadikan seseorang tabah. Sabar dalam melakukan ketaatan, menjauhkan diri daripada maksiat dan menghadapi ujian dan cubaan daripada Allah.
- Hijrah berkehendak kepada persekitaran baru yang dapat mendekatkan diri seseorang dengan amalan kebaikan, ilmu, masjid, orang berilmu dan orang soleh.
- Hijrah mendambakan ilmu kerana dengannya kita tidak akan buntu. Hijrah tanpa ilmu ibarat memegang lampu suluh tanpa cahaya. Kadangkala kita jatuh tersungkur kerana tidak dapat melihat dalam keadaan yang gelap walaupun lampu suluh sudah berada di tangan.
- Hijrah dengan keberanian memampukan seseorang untuk melawan arus. Arus kegelapan kepada arus cahaya.
- Hijrah memerlukan rahmat Allah kerana tanpanya kita akan gelisah, resah dan sengsara. Justeru, sentiasalah berdoa agar kita sentiasa diberikan rahmat dan petunjuk daripada-Nya.
Majalah Solusi, Isu 48|ms:105
18 comments:
gd sharing ni!
Terima kasih..acik suka baca..sambil muhasabah diri
betul tue...nice entry..
Tq Salina krn berkongsi tip yang bagus
Nice entry. Setuju dengan yang lain.
Thanks share! Semoga dapat dimanfaatkan bersama yang lain
Blog Qashmere
Style Me Gorgeous By Qashmere For All & Plus Size Fashion
Take Care Sis
Salam Maal Hijrah, Salina
terima kasih sudi kogsi tips ini...
rahmat Allah iulah yg paling penting
kak tak ada azam..cuma nak menjadi hamba Allah yg baik saja..dan nak anak2 menjadi soleh dan solehah.sbb hidup cuma sementara saja.
bila solat pun masih terasa adakah Allah menerima solat akak ni..
salam maal hijrah kak.. =)
perkongsian yg bagus..thanks kak..=D
salam hijrah...nice info.
salam Hijrah. ..nice info.
sama2 lah kita berhijrah kearah kebaikan
lega dh setel semua .http://gilamodified.blogspot.com/2012/11/selesai-sudah-show-off-harini.html
Salam Maal hijrah semua..Semoga hijrah kita diredhai yang ESA
Ketenangan muncul bila share dan sumbang sesuatu yg bermanfaat...
cermin buat tirana aduka
cermin buat tirana aduka
Post a Comment