External Hard Disk Toshiba V6, jenama bukan penentu... |
1. Western Digital atau WD
2. Toshiba
3. Buffalo
4. Acer
5. Sony
Harga terkini (sehingga November 2012) bagi 500GB ialah seperti berikut:
1. Western Digital atau WD -RM220
2. Toshiba - RM220
3. Buffalo - RM218
4. Acer - RM192
5. Sony - RM235
Jika dah beli atau merancang nak beli External Hard Disk, walau apapun saiz storannya, jangan sesekali bergantung harap dengan External Hard Disk sepenuhnya. Bila-bila masa (sama ada dalam waranti atau tidak), External Hard Disk akan mengecewakan anda disaat anda memerlukannya.
Contohnya, kerosakan pada External Hard Disk seperti 'hang', error message dan "hard disk perlu diformat sebelum boleh diakses".
Kesannya:
- kehilangan data, gambar dan segala isi dalam External Hard Disk tersebut.
Jadi jika ada banyak fail penting, sila buat backup files di lain-lain tempat seperti PC, Laptop, pendrive (saiz besar) atau sewa online storage.
Satu lagi, dalam dunia digital yang semakin canggih dan murah, kamera digital dan kamera handphone menjadi trend penting. Banyak gambar disimpan sehingga beribu-ribu. Jangan harapkan sangat untuk External Hard Disk menyimpan gambar anda selama 20-50 tahun lagi. Sila print mana-mana yang penting dan menarik.
Hal ini akan saya kupas dalam entri lain.
"Selamat Berstoran Dengan External Hard Disk"
6 comments:
mmm betul.sy sndri pun xharap sgt kt xtrnal disk.slalu sy simpan dlm cd/dvd jerk,xpun pc khas yg besar bangat siap 'coolan' lg
Betul tu nak kena ada backup lain.
Betul-betul.. Kena hati-hati dengan benda ni.. takut-takut hilang semua fail yang kita simpan..
Salina..ummi tak berapa pandai sangat pasal komputer ni, terima kasih berkongsi info.
ps; ummi dh jawab pertanyaan Salina kat blog, harap info ummi tu dapat membantu.Tq ye.
tak pandai bab2 IT ni.. thanks atas info
wktu zman study dulu, kawan2 sy suka beli WD sebab kualiti.. mahal sikit xpe asal data x mudah ilang...
Post a Comment