Monday, November 5, 2012

Tertumpah Air Atas Laptop


Jika tertumpah air atas laptop atau notebook, apa perlu buat dan jangan buat? (A drink spilled on keyboard can spell trouble). Kes macam ni banyak berlaku, dan mungkin akan berlaku kepada anda atau sesiapa saja.

Baru-baru ni 2 kes tertumpah minuman berlaku.
1 tertumpah air kosong.
1 lagi tertumpah air milo.

Yang air kosong dapat diselamatkan walaupun pemilik dah on laptop (lain kali terus off jangan pulak on balik..hantar ke kedai servis komputer). Cuma keyboard jer rosak. Dia tak nak tukar sebab dah beli external keyboard. Kos keyboard sekitar RM120-160.

Rosak terkena air (jika tiada parts lain rosak) = RM180-250

Photograph: Jeffrey Coolidge/Getty

Yang tertumpah milo, sukar diselamatkan. Sebab milo ada kandungan gula dan bahan campuran yang tinggi. Pemiliknya dah on laptop selepas dia lap dengan kain. Untuk info, laptop tersebut rosak pada chipset, hard disk, kemungkinan keyboard (sebab belum check habis kerana kos dah tinggi), dan LCD juga belum pasti.

Sebenarnya, kesan tertumpah air tak sama, ada yang tertumpah banyak atau sikit. Ada yang cuma tertumpah air kosong tapi ada yang air manis bergula seperti milo.
Pernah kami terima, laptop tertumpah sup!
 
Kesannya boleh jadi short circuits atau kerosakan lain-lain parts dalaman seperti hard disk, motherboard pun boleh rosak juga. 
 
TIP:
1. Bertindak cepat matikan plug laptop atau cabut bateri supaya mengurangkan kesan kerosakan disebabkan arus.

2. Terbalikkan laptop supaya mengurangkan jumlah air yang boleh menyerap masuk sehingga ke motherboard.

3. Jika ada kain tuala, atau kertas tisu berdekatan, sila lap dengan berhati-hati secara menekap, jangan seret.

4. Selepas itu, sila hantar ke kedai komputer berdekatan.



9 comments:

Anum said...

ooooooo tidak

Kayu Manis said...

tip yg bagus ni..selalu juga tegur anak2...

Kakzakie Purvit said...

Kena kakak dulu bibik lap guna kain basah air letak tepi tumpah. Kakak balik baru tak beritahu, bila tanya berkali-kali baru cerita. Geram juga tapi dah terjadi buat teladan tak mahu kasi dia bersihkan lagi..

Kasih Salina said...

Asalkan jangan makan dan minum bersama laptop...asingkan bab kerja atau study atau ber-FB dari slot makan dan minum..

Unknown said...

takut klu tertumpah...

Anonymous said...

tips yg bagus untuk KA hehehe

syiela said...

selalu jauhkan minuman dan makanan dari laptop hehehhe.. nak beli baru tak mampu nanti

Unknown said...

pernah gak tertumpah air...nyesal giler mase tu smpaiiiii sekarang :(

caliph shuriken said...

klau ada data2 penting abis laa...

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...