Thursday, December 27, 2012

Kisah Tauladan: Juha dan Kambing Panggang


Kisah Tauladan: Juha dan Kambing Panggang

Pada suatu hari, Juha menghadiri majlis kenduri di rumah seorang saudagar yang kaya. Pelbagai hidangan yang sedap dan menyelerakan disediakan untuk para tetamu. Di tengah-tengah hidangan itu, ada hidangan istimewa iaitu anak kambing panggang.

Juha duduk dan makan dengan lahapnya tanpa menghiraukan tetamu yang lain. Tuan rumah memerhati gelagat Juha dari jauh. Dia menghampiri Juha kemudian menegurnya dengan sinis, 
"Aku tengok kamu gelojoh sangat makan anak kambing ni, kenapa? Macamlah ibu kambing ini pernah menanduk kamu semasa kecil dahulu!" Beberapa orang tetamu memandang ke arah Juha sambil tersenyum.
Juha tahu tuan rumah tersebut ingin memalukannya. Lantas dia menjawab, "Aku tengok kamu simpati sangat kepada anak kambing ni, kenapa? Macamlah ibu kambing ini pernah menyusukan kamu masa kecil dahulu!"


Moral:
Antara adab dan sunnah Nabi ketika makan adalah mengambil makanan yang berdekatan sahaja dan berhenti makan sebelum kenyang. Manakala adab bagi tuan rumah pula adalah melayan tetamu dengan baik serta tidak menjatuhkan air muka mereka di hadapan tetamu lain.


Kredit Foto: Kosmo

 

9 comments:

ogyep yummy mellow said...

TQVM for sharing d ilmu.. SHaring is caring kan..

Anum said...

salam
selamat pagi
singgah kejap :)

OKje said...

Yelahkan Kasih... tapi kalau kedua2nya menjaga adab tak timbul sindir menyindir!

ummiross said...

hehhe..kecik hati kan kalau tuan rumah sinis macam tu..

azi said...

Salam kasih salina...
Bagus cerita tu...banyak pengajarannya untuk kita yang kadang-kadang lupa ni...:)

Ena's Stories said...

mmg patut si juha tu jwb camtu...baru la kena buku dgn ruas...heheheh

azieazah said...

Ohh kambing panggang memanglah sedap. Jadi elok duduk dekat meja yang paling hampir dengan tempat panggang tuh! hehehe

mama aini said...

ehem.. kesian juha tak pernah makan kambing panggang !!!..saudagar tu spt tak ikhlas mengadakan kenduri..hu2x..

Blog Santai said...

Adab kena jaga kan walau kata mana pun kita berada..especially bila depan rezeki..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...