8 Tabiat Buruk Yang Merosakkan Kulit wajah
1. Tidur dengan tidak mencuci solekan pada wajah. Ini akan menyebabkan kotoran dan minyak menutupi pori-pori pada kulit wajah sekaligus menimbulkan masalah kulit yang serius.
2. Menggunakan barangan mekap yang sudah tamat tempoh. Mana-mana produk kecantikan mempunyai tempoh masa penggunaan. Justeru, berhati-hati memilih, jika sudah melebihi 12 bulan, sebaiknya hentikan penggunaannya.
3. Membaiki solekan boleh membahayakan kulit, sebagai contoh, anda menambahkan alas bedak pada solekan sedia ada akan menyebabkan pori-pori tersumbat, menimbulkan iritasi dan juga jerawat. Sebaliknya, gunakan tisu kosmetik yang boleh membantu membersihkan dan meratakan solekan daripada anda asyik touch up solekan tersebut.
4. Hindari menggunakan scrub daripada produk yang terlalu kuat bahannya. Sebaiknya, pilih produk dari bahan yang lebih ringan dan lembut.
5. Hindari waktu mandi yang terlalu lama terutamanya apabila menggunakan air suam. Ia akan membantu menghilangkan minyak dari kulit anda. Selain itu, pastikan anda menyapu pelembap kulit untuk menjaga kelembapannya.
6. Jangan gunakan berus solekan yang masih kotor. Ini kerana ia boleh menyebabkan timbulnya pelbagai masalah pada kulit. Berus solekan yang tidak dicuci dan mengandungi sisa-sisa solekan biasanya bercampur dengan sel kulit mati dan juga bakteria. Ini menyebabkantimbulnya masalah pasa kulit wajah.
7. Berus solekan juga merupakan alat yang digunakan untuk mekap sehari-hari. Jadi alat-alat tersebut sebaiknya dibersihkan selalu sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu jika digunakan setiap hari.
8. Hindari terdedah pada sinaran matahari terutama pagi hari dari jam 10 pagi hingga jam 4 petang. Bagi anda yang banyak menghabiskan masa di luar, sebaiknya gunakan topi misalnya untuk melindungi wajah serta pilih pakaian yang boleh menutupi kulit anda dari terus terdedah pada sinaran matahari.
Gambar: Google Image
Sumber: Mingguan wanita
10 comments:
good one :)
kasih salina...
tq sudi kongsi info ni..akak kalau mengantuk sangat, selalu tidur tak cuci muka..patutlah nampak tua...waaaaaaaaaaa!!
fasal muka ni kan KS, kena jaga betul2. pandangan mata orang kan kat muka kita.
walau tak bermekap, janji bersih.
jagalah wajah anda semua
Thanks lynn for tips..kadang-kadang tu ada jugak termiss and terbuat perkara-perkara yang tak sepatutnya macam kat atas tu..he..he
sesuai utk wanita ni
tq share kak.. =)
thanks kongsi...
selalu amalkan cuci muka sebelum tido
terima kasih dik berkongsi info..kadang2 akak terlupa jugak nak cuci muka betul2 sblum tidor..mngntuk punya pasal..
tq gd sharing
Post a Comment