Anak adalah anugerah Allah kepada pasangan suami isteri dan sebagai hamba Allah yang bertaqwa dan telah diamanahkan, kita hendaklah menerima anugerah Allah ini dengan penuh kesyukuran kerana cahaya mata itu adalah perhiasan dan penyeri rumahtangga kita.
Firman Allah :
“Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas Yang memberi harapan.” (Al-Kahfi : 46)Kadang-kadang ibu bapa mengeluh mempunyai anak kerana banyak duit yang diperlukan untuk membesarkan anak-anak. Apatah lagi dengan macam-macam perkara yang mendesak diri kita untuk memiliki semua harta dunia ini. Ada juga ibu bapa yang asyik mengejar karier dan mengabaikan anak-anak. Mereka lupa sesungguhnya anak bukan membebankan tetapi ia adalah pembawa rezeki kepada keluarga tersebut. Setiap anak telah ditetapkan rezekinya semasa dalam kandungan lagi. Perkara ini telah dibuktikan di dalam firman Allah :
“Sesungguhnya Allah Dialah sahaja yang memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) yang mempunyai kekuasaan yang tidak terhingga, lagi yang Maha kuat kukuh kekuasaanNya.” (Az-Zaariyat : 58)Proses membesarkan anak-anak memang mencabar kesabaran kita tetapi hendaklah kita ingat sebagai ibu bapa laksanakanlah tugas mendidik, mengasuh dan membesarkan anak-anak dengan penuh keikhlasan dan kesabaran sepertimana yang dikehendaki oleh Islam.
Memang sifat si anak-anak begitu, seolah-olah meminta perhatian daripada kita sentiasa, pantang melihat ibu dan ayahnya berehat, ada-ada saja rengetan dan benda yang hendak diminta.
Begitu juga bila mana anak-anak tidak sihat, memang akan menganggu tugas harian kita. Bila anak-anak demam pasti akan merenggek waktu malam dan menyebabkan kita juga tidak boleh tidur. Si bapa pula jangan lah terus membuta masa anak sakit, kesian si isteri pun akan terasa kepenatan.
Tindakan saling membantu antara suami dan isteri dalam segala urusan rumahtangga, adalah tindakan yang baik dan ia merupakan sunah Rasulullah saw. Dari Aisyah ra ditanya oleh seorang lelaki yang bernama Aswad :
“Apa yang di lakukan Rasulullah saw di rumahnya? Aisyah ra menjawab : Rasulullah saw membantu isterinya dalam menyelesaikan pekerjaan rumah dan jika beliau saw mendengarkan azan beliaupun keluar (ke mesjid)”. (Riwayat Al-Bukhari)
Rasullah juga membantu isterinya membuat kerja rumah, ini tauladan yang sangat baik dan perlu dicontohi oleh semua umat Islam. Jangan anggap kerja rumah itu adalah kerja isteri sahaja dan suami tidak perlu membantunya. Suami perlu mempunyai sikap bertimbang rasa kepada isterinya untuk menjaga rumahtangga kerana ia adalah milik bersama.
11 comments:
besar pahala
Assalamualaikum dik dan selamat pagi...
Anak adalah anugerah yg tidak ternilai utk kita....
Memang perlukan kesabaran yg tinggi dalam mendidik anak2...
Terima kasih dik atas perkongsian ilmu..
Sentiasa bersyukur dengan anak-anak, wpun rupa dan keadaan.
lihat saja sahabat2 kita yg masih belum dikurniakan cahayamata walaupun sudah mendirikan rumahtangga bertahun2 lamanya..kadang2 kita terlupa akan nikmat rezeki yang telah Allah berikan..wallahua'lam
terimakasih kerana saling ingat mengingati
Anak2 amanah dari Allah... anak2 jugak dugaan buat ibu bapa... Alhamdulillah... syukur dgn pemberian Allah...
In Shaa Allah rezeki ada.. cuma perlu bersabar
setuju dgn n3 ni..banyak manfaatnya..:)anak tu amanah yg sgt besar..kita perlu ada ilmu untuk mendidik mereka..
kitalah contoh terbaik mereka..doa anak2 yg solehlah yg menyelamatkan kita esok dari di bakar api neraka.nauzubillah
anak2 amanah dari Allah swt
amanah yg perlu kita jaga.....
sabar kak, amanah allah nih. jaga biar jadi insan yang berguna, :D
Post a Comment