Wednesday, December 19, 2012

Lebih 1 Juta Orang Berada Dalam Senarai Menunggu Untuk Menunaikan Haji



Lebih 1 Juta Orang Berada Dalam Senarai Menunggu Untuk Menunaikan Haji

Aku selalu cakap dengan hubby nak pergi menunaikan haji kalau boleh umur bawah 50 tahun, sementara masih bertenaga untuk menghayunkan kaki untuk melangkah, kudrat masih kuat dan kesihatan yang masih bebas daripada penyakit tua. Aku ada juga dengar orang cakap jangan lambat sangat mendaftar dengan tabung haji sebab senarai menunggunya agak lama dan ramai. So, aku nak tanya pendapat kawan-kawan semua perlu ke mendaftar sekarang, di usia 30-an.
 
Menurut sumber Bernama, seramai 1,039,691 orang berada dalam senarai menunggu untuk menunaikan haji sehingga 30 Nov lepas, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata pemilihan bakal haji setiap tahun adalah berdasarkan proses pendaftaran mengikut tarikh dan masa daftar haji.

“Sistem ini dinamakan sistem pendaftaran terbuka di mana pendeposit Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) yang memenuhi syarat pendaftaran akan diterima pendaftarannya. Dalam erti kata mudah, pendaftaran dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan,” katanya menjawab soalan Senator Muhamad Yusof Husin.

Mashitah berkata bilangan jemaah haji Malaysia setiap tahun bagi tahun 2008 hingga 2010 ialah 26,000 orang dan 27,900 orang bagi tahun 2011 serta 2012.

Memandangkan jumlah pendaftaran jemaah haji semakin meningkat, beberapa syarat tambahan diperkenalkan Tabung Haji sebagai membuka lebih banyak peluang mengerjakan ibadah haji setiap tahun, katanya.

Mashitah berkata antara syarat tambahan yang diperkenalkan ialah tidak membenarkan jemaah yang sama mendaftar dalam tempoh lima tahun selepas mengerjakan haji dan keutamaan diberikan kepada jemaah berumur lebih 75 tahun jika terdapat kekosongan.

Selain itu, Tabung Haji tidak memilih jemaah kanak-kanak bawah 15 tahun kecuali keadaan terpaksa untuk dipertimbangkan, katanya.

Beliau berkata jemaah haji kini masih bergantung kepada kuota 0.1 peratus daripada jumlah penduduk dan kerajaan akan terus berusaha mendapatkan kuota tambahan dengan mengemukakan permohonan ke peringkat tertinggi kerajaan Arab Saudi.

“Kerajaan juga mengambil maklum projek pembangunan besar-besaran yang sedang dijalankan yang mengakibatkan tempat penginapan jemaah haji di Mekah dan Madinah terhad,” katanya.- Bernama

10 comments:

Kakzakie Purvit said...

Betul sebaiknya pergilah ketika kudrat masih kuat kerana ibadah haji memerlukan kita menggunakan tenaga dan kudrat kita melakukannya seperti tawaf, melontar jamrah, saie semuanya itu.

Hendak miqat pun kita kena keluar dari tanah haram seperti ke Tanaim atau Jakronah...

azi said...

tulah..kalau kita daftar sekarang, kita akan ke sana tahun 2030an...:)

dhiera zainudin said...

pada saya perlu akak daftar sekarang. lagipun, impian akak nak pegi haji sebelum umur 50-an kan?
saya buat je buku akaun tbg haji. daftar ye tak tahu la bila~

ummiross said...

InsyaAllah Salina, ummi doakan agar Salina dapat ke sana diusia muda.

Anonymous said...

ramai ye yg menunggu tu!

Kayu Manis said...

ramainya..tak termasuk kakak ni..lambat lg rasanya..

OKje said...

Okje dh daftar dah...dijangka 2021 ...itupun mendaftar 3 tahun yg lepas kalau tak silap!

Unknown said...

bila la leh p ni ...

Blog Santai said...

Harap-harap sangat dalam sejuta tu kita bernasib baik..IN Shaa ALLAH..

mama aini said...

ehem ramainya yg menunggu..hu2x..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...