Ibu Bapa Perlu Ilmu Untuk Membentuk Masa Depan Anak-Anak
Pelbagai reaksi ibu bapa apabila ditanya mengenai anak dan harapan. Bercakap mudah, tapi dari segi pelaksanaan mungkin berbeza dalam membentuk kejayaan masa depan anak.
Menurut Pakar Motivasi dan Kaunseling Keluarga, Dr Robiah Kulup Hamzah berkata ibu bapa memainkan peranan penting sejak dari awal lagi.
"Kebanyakan ibu bapa tidak ada visi dan misi yang jelas dalam mencorakkan masa depan anak. Mereka hanya proses anak tetapi tapi tidak tahu apa perancangan yang sepatutnya dilakukan seterusnya.
"Jika ibu bapa gagal merancang, sebenarnya mereka merancang untuk gagal mendidik anak."
Terdapat sesetengah ibu bapa mengambil jalan mudah dalam membesarkan anak. Mereka masukkan anak sejak bayi lagi ke pusat asuhan kanan-kanak, tadika, sekolah dan seterusnya masuk universiti dan serahkan bulat-bulat kepada pihak tersebut untuk mendidik.
Anak yang dididik mengikut acuan ibu bapa secara total tanpa perundingan, mungkin anak boleh berjaya. Namun kesannya, ada anak yang tidak nampak fokus ke mana hendak pergi selepas tamat belajar, tidak mampu berdikari dan malas bekerja.
Sumber
"Sikap ibu bapa melepaskan tanggungjawab kepada pihak sekolah sepenuhnya adalah kurang wajar. Anak bukan bahan buangan atau kitar semula untuk disumbatkan ke mana-mana tempat.
"Ini menyebabkan sebilangan ibu bapa kurang mengambil berat soal anak di sekolah. Apabila ada perjumpaan ibu bapa dan guru, mereka tidak tahu apa nak ditanyakan kepada tenaga pengajar mengenai anak mereka," tambahnya.Anak yang pergi sekolah tanpa tujuan seolah-olah mempelajari ilmu tanpa jiwa. Kekuatan dirinya hilang dan tidak tahu kenapa perlu belajar. Harapan ibu bapa mahukan anak mereka berjaya, tetapi akibat kemahuan antara kedua-duanya tidak sehaluan, maka ia temui kegagalan.
"Contohnya, ibu bapa mahukan anak jadi jurutera dan dihantar belajar ke universiti dalam bidang kejuruteraan, sedangkan anak minat bidang seni. Akhirnya dia menjadi jurutera yang tiada jiwa."
Anak yang dididik mengikut acuan ibu bapa secara total tanpa perundingan, mungkin anak boleh berjaya. Namun kesannya, ada anak yang tidak nampak fokus ke mana hendak pergi selepas tamat belajar, tidak mampu berdikari dan malas bekerja.
"Oleh itu ibu bapa perlu berunding dengan anak mengenai masa depannya dan capai persetujuan antara kedua-duanya.
"Jika ibu bapa mampu melihat potensi anak dan diberi dorongan, dia mampu menjadi insan berjaya dalam bidang yang diminatinya."Beliau menegaskan bahawa ibu bapalah perlu ada kerangka perancangan yang jelas dalam membesarkan anak agar dapat melihat hasil didikan yang cemerlang. Ia umpama menanam anak pokok yang perlu dijaga, disiram dan dibajai pada tahap tertentu untuk mendapatkan hasil buah yang baik.
"Ibu bapa perlu tingkatkan kemahiran keibubapaan mereka dari segi pengurusan, penilaian, perundingan dengan anak. Ibu bapa perlu ada transformasi fikiran, perasaan, perbuatan dan pertuturan untuk mendekati anak pada zaman ini."Tambahnya, agama boleh menjadi benteng anak dalam menghadapi cabaran hidup, jika diletakkan secara betul.
"Didik anak agar sentiasa hatinya berhubung dengan ALLAH SWT. Ini secara langsung dapat mengeratkan hubungannya dengan ibu bapa dan masyarakat sekeliling," katanya.
Sumber
2 comments:
Betul sangat tu salina, anak-anak yang taat kepada perintah Allah, tentu sekaligus tahu tanggungjawabnya terhadap ibu bapa dan masyarakat.Selamat berhujung minggu..
smlm ade org dtg rumah,bwk anak pompuan nyer.mak sy ckp budak tu xsekolah.kalau sekolah dh tingkatan 2 pun.mmm sian dia.nape lah mak bapaknyer xsekolah kan anak dia?huhu
Post a Comment