Showing posts with label Tips dan Petua Ibu-Anak. Show all posts
Showing posts with label Tips dan Petua Ibu-Anak. Show all posts

Sunday, February 3, 2013

Didik Anak Ikut Al-Quran



Didik Anak Ikut Al-Quran


KELUARGA adalah asas yang paling kecil dalam pembentukan sesebuah masyarakat, manakala masyarakat yang baik akan membentuk bangsa dan negara yang kuat dan sejahtera. Keluarga yang kuat dari segi akidah, pendidikan dan ekonomi akan menyumbang kepada kehidupan masyarakat yang aman dan sejahtera. Oleh itu, pendidikan kekeluargaan sangat penting dalam Islam.

Islam sangat mengharapkan ibu bapa yang mempunyai keluarga, terutama keluarga yang ramai dapat dididik dan dibentuk ke arah kesejahteraan dunia dan akhirat.

Konsep pembentukan keluarga bahagia mesti bermula daripada pendidikan dan bimbingan daripada ibu bapa yang bertanggungjawab dalam hal pendidikan anak-anak.

Tujuan pendidikan dalam al-Quran adalah untuk:
  • mengabdikan diri kepada Allah SWT
  • menjauhi syirik kepada-Nya
  • mensyukuri nikmat-Nya
  • bertakwa
  • bertawakal membentuk insan soleh
  • menegakkan amar makruf nahi mungkar
  • mewujudkan kemakmuran di muka bumi
  • kebahagiaan hidup.

Pendidikan bermula dari rumah iaitu pendidikan anak-anak dan juga keluarga. Oleh itu, didiklah ahli keluarga dan juga anak-anak dengan pendidikan menurut al-Quran.

Ada pendapat mengatakan bahawa, keluarga adalah inti peradaban. Ini bermaksud pembentukan keluarga melalui pendidikan akan menyumbang kepada peradaban bangsa dan ummah pada masa akan datang.

Oleh itu, setiap ibu bapa berperanan penting membentuk keluarga bahagia dan kemudiannya menyumbang kepada peradaban bangsa.

Lantaran itu, pendidikan iman, akhlak dan amalan yang baik sangat penting diterapkan dalam kehidupan berkeluarga. Melalui pendidikan adab dalam Islam akan mencapai budi pekerti yang baik dalam kalangan ahli keluarga. Ibu bapa berperanan mendidik anak-anak dalam ibadah yang menjurus kepada kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Pendidikan anak-anak dan pembentukan keluarga yang beriman dan bertakwa adalah amanah kepada ibu bapa. (rujuk al-Anfal: 27-28)

Jelas bahawa, mendidik keluarga dan anak-anak adalah amanah yang besar. Dalam menjalani ujian ini telah dijanjikan pahala yang besar terutamanya dalam pengurusan harta dan juga pendidikan anak-anak. (rujuk al-Anfal: 75)

Dalam hubungan ini, hubungan kekeluargaan itu sangat penting. Asas pembentukan orang yang beriman adalah bermula daripada keluarga. Keluarga yang terdidik dengan iman dan takwa akan dapat mengelakkan api neraka.

Tokoh pendidikan, Khursid Akhmad menyatakan, jatuh bangunnya sesuatu umat bergantung pada jatuh bangunnya pendidikan kerana jalan utama bagi persiapan masa hadapan adalah pendidikan.

Pemimpin dalam keluarga, iaitu ibu bapa adalah pendidik yang mesti menjaga masa depan keluarga iaitu anak-anak daripada terjebak ke lembah kemaksiatan yang boleh mencampakkan mereka ke neraka.

Sikap tegas dan peranan penting ibu bapa dalam menangani persoalan pendidikan anak-anak yang bakal mewarisi generasi hari ini dan generasi akan datang. Ini mesti dilakukan dalam hal berkaitan akhlak dan adab anak-anak.

Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci). Ibu bapa berperanan membentuk potensi diri mereka ke arah kebaikan. Pendidikan mestilah menjurus kepada pendidikan tauhid, ibadah, keimanan, akal, akhlak, budi pekerti, jasmani, rohani, keterampilan dan kemasyarakatan.

Ibu bapa mestilah mendidik anak-anak dengan bersikap adil, memahami jiwa anak-anak, tegas dalam hal berkaitan ibadah dan akhlak, kasih sayang, berdisiplin dan persamaan. Anak-anak mestilah dididik dengan keimanan yang kukuh dan mantap bagi menghadapi apa juga cabaran dalam hidup.

Imam Syafie pernah berwasiat iaitu benteng iman dengan lima kekuatan iaitu: "Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu, bagi menguatkan benteng iman, perlulah dibaja keimanan dengan lima perkara iaitu yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah beramal, bertatasusila ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah."

Sumber: Utusan


Monday, January 21, 2013

4 Langkah Membantu Merangsang Imuniti Anak



Tip dan Petua Ibu & Anak|4 Langkah Membantu Merangsang Imuniti Anak

Kesejukan dan selesema boleh memberi kesan kepada si manja. Si manja yang baru lahir memperolehi keimunan sementara daripada ibunya. Kemudian selepas enam bulan, ia akan berkurangan dan si manja akan mudah dijangkiti lebih 100 jenis virus.

Terdapat beberapa cara yang membantu merangsang imuniti anak kita:

1.Basuh tangan dengan teliti 
  • Selesema mudah tersebar daripada orang ke orang lain. Walau bagaimanapun kuman ini tidak tersebar melalui pernafasan, tetapi melalui tangan dan sentuhan di bahagian muka. Kajian mendapati virus ini bertambah dari masa ke masa. Untuk meningkatkan tahap imuniti anak anda, adalah penting mengetahui jenis jangkitan kuman. 
  • Jangan selalu membasuh tangan dengan antiseptik jika setiap kali dia memegang kucing. Hanya beri perhatian kepada kebersihan sebelum dan selepas waktu makan, selepas bermain di luar rumah, memegang binatang peliharaan, memegang hidung yang berhingus, menggunakan bilik mandi dan balik daripada rumah penjagaan kanak-kanak.
  • Basuh tangan dengan sabun setiap kali sebelum menikmati makanan, dan pada waktu lain basuh tangan dengan air setiap hari, kecuali tangannya agak kotor. Apabila keluar rumah, bawalah tisu basah bersama untuk membersih sebarang kotoran yang terdapat pada tangannya dengan cepat.
2. Lebihkan hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran 
  • Lobak merah, kacang hijau, oren, strawberi, kesemuanya mengandungi imuniti, merangsang, fitonutrien, seperti vitamin C dan karotena. Cuba pastikan anak anda mendapat lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. 
  • Satu hidangan lebih kurang dua sudu besar untuk kanak-kanak menatih, 1 cawan untuk kanak-kanak besar. Anak anda harus makan makanan yang menambahkan imunitinya seperti: Buah-buahan segar, Sayur-sayuran, sayuran berdaun hijau, Bijirin gandum, Nasi, Kacang, Legum/kekacang. 
  • Beri, terutamanya beri biru, kaya dengan anti-oksida dan sangat baik untuk menambah imuniti anak anda. Pengambilan vitamin tambahan, seperti vitamin C, juga membantu meningkatkan kesihatannya.
3. Tidur yang cukup secara konsisten 
  • Si manja yang baru lahir memerlukan waktu tidur 18 jam setiap hari. Kanak-kanak menatih memerlukan 12 sehingga 13 jam, dan kanak-kanak pra sekolah lebih kurang 10 jam. Jika anak anda tidak mahu tidur atau sukar untuk tidur sebentar, cuba tidurkannya lebih awal pada waktu malam.
4. Senaman bersama keluarga 
  • Kajian menunjukkan bahawa senaman yang dilakukan oleh orang dewasa menambah bilangan penghapusan sel dalam badan dan jika ia dilakukan secara tetap boleh memberi faedah kepada kanak-kanak. 
  • Untuk memastikan anak anda mempunyai tahap kesihatan yang baik, anda haruslah menunjukkan teladan yang baik. Bersenam bersama mereka adalah lebih baik berbanding membawa mereka ke luar rumah dan bermain. Aktiviti menarik bersama keluarga termasuklah berjalan, menunggang basikal, badminton, bola jaring dan tenis. 
 
 
Sumber: smartmoments
 
 
 

Sunday, December 23, 2012

Makan Tak Gosok Gigi | Petua Mudah Gosok Gigi Kanak-Kanak

Adik sedang mengunyah pisang goreng

Adik Kashif setahun 17 bulan, mempunyai 12 batang gigi termasuk gigi geraham atas dan bawah. So, aktiviti mengunyah makanan amat senang sekali bila dah ada banyak gigi. Segala macam makanan dia suka makan, nasi, mee, ayam, sotong, kentang dan lobak merah dalam sup. Udang dan ikan paling dia suka makan, bising jer mulut dia mintak, tak sempat habis dalam mulut mintak lagi.

Dah banyak gigi dan makan macam-macam tapi masalahnya pulak tak mau nak gosok gigi. Nak bukak mulut pun tak mau, macam mana nak gosok gigi. 

Petua Mudah Gosok Gigi Kanak-Kanak

Rasanya mesti ibu-ibu lain juga mengalami situasi anak macam ni. Aku nak kongsi sikit petua bagi anak yang takut nak gosok gigi ni. Cara aku buat budak ni, ambik tuala basah, sental ataupun gosok sikit-sikit gigi anak kita. Sekurang-kurangnya hilang la sikit sisa-sisa makanan yang melekat kat gigi.



Petua Dan Doa Untuk Perbanyakkan Susu Ibu


Petua Dan Doa Untuk Perbanyakkan Susu Ibu 

 Alhamdulillah, dua-dua anak aku minum susu ibu, si adik / Kashif dah umur 1 tahun 17 bulan masih menyusu susu badan lagi. Kakaknya dulu menyusu susu badan sampai umur 2 tahun 2 bulan. Si kakak dulu rezekinya murah sikit, air susu banyak sangat. Si adik plak cuma kurang sedikit susu badan terhasil tapi itu pun masih cukup untuk adik. 

Para ibu di luar sana berusahalah untuk menyusu anak-anak dengan susu ibu. Anak-anak pun sihat dan kurang diserang penyakit.

Jom amalkan Surah Al Baqarah ayat 60 untuk perbanyakkan susu ibu

Surah Al Baqarah ayat 60



Maksudnya:
Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing)[55]. Makan dan minumlah rezki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan.

Cara-cara mengamalnya:
  • Berdoa: “Ya Allah permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk anakku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menurut segala yang telah Engkau syariatkan. AMIN”
  • Baca Salawat Nabi dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
  • Baca Surah Al Baqarah ayat 60 dan letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak aku supaya aku mampu keluarkan susu yang cukup pada anak aku sehingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun. InsyaAllah






Monday, December 17, 2012

7 Kaedah Mendidik Anak-Anak


7 Kaedah Mendidik Anak-Anak

1. Pendidikan Iman
Iaitu kelahiran anak hendaklah dimulai dengan sebutan nama-nama Allah dan kemudian disusuli dengan mendengarkan kepada anak-anak suatu yang boleh menumbuhkan bibit-bibit iman di dadanya. Ibu bapa tidak seharusnya mencemari sebutan nama Allah melalui azan selepas lahir dengan bunyian lagha dalam proses tumbesarannya.

2. Pendidikan Akhlak
Anak-anak seharusnya didedahkan dengan amalan-amalan dan nilai-nilai mulia seperti tutur kata sopan, menghormati orang tua, belas kasihan kepada orang susah dan sebagainya. Ini semua boleh diterapkan dengan berkesan melalui contoh tauladan yang dipertontonkan oleh ibu bapa dan ia bermula dari dalam kandungan lagi sehinggalah dilahirkan.

3. Pendidikan Intelektual
Ibu bapa hendaklah menghidupkan budaya ilmu di rumah agar anak-anak terbiasa dengannya dan lahirnya rasa cintakan ilmu. Ia boleh dipupuk melalui tauladan membaca, berdiskusi dan sebagainya. Di rumah sebaiknya diwujudkan perpustakaan mini atau rak-rak buku yang boleh mencetuskan naluri ingin membaca. Minat membaca harus dipupuk dari kecil kerana membaca adalah jambatan ilmu.

4. Pendidikan Fizikal
Anak-anak juga perlu didedahkan dengan aktiviti fizikal iaitu melalui riadah dan bersukan. Kerana seperti kata pepatah 'akal yang cerdas dari tubuh badan yang sihat'. Oleh itu ibu bapa wajar membiasakan anak-anak dengan aktiviti-aktiviti lasak di luar rumah agar mereka menjadi cergas dan mampu melakukan kerja-kerja berat.

5. Pendidikan Psikologi
Ibu bapa hendaklah memastikan agar anak-anak sentiasa terdidik dengan naluri dan perasaan yang positif kerana ia dapat membantu kematangan mereka. Anak-anak perlu diterapkan dengan sifat berani, kuat semangat, tabah, sabar, benar dan sebagainya. Mereka hendaklah dihindari dari sifat-sifat negatif seperti penakut, panas baran dan sebagainya. Ini boleh diterapkan melalui teguran dan contoh dari ibu bapa.

6. Pendidikan Sosial
Apa yang dimaksudkan di sini ialah kemahiran berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling dan pandai menyesuaikan diri. Sikap ini boleh dipupuk melalui pendedahan pergaulan dengan pelbagai lapisan masyarakat. Ibu bapa boleh menerapkannya dengan membawa anak-anak ke tempat perhimpunan orang ramai seperti di majlis-majlis kenduri, gotong royong ataupun solat berjemaah di masjid.

7. Pendidikan Seksual
Anak-anak juga perlu didedahkan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum hubungan lelaki dan perempuan, batasan aurat, adab pergaulan dengan bukan mahram dan nilai-nilai mulia seperti sifat malu dan sopan dalam membicarakan soal berkaitan dengan seks. Mereka juga hendaklah didedahkan tentang hukum haram berkhalwat dan berzina. Ini dapat memelihara maruah dan nama baik keluarga dan ibu bapa.
 
 
 
 
 
 

Saturday, December 15, 2012

Ibu Bapa Perlu Ilmu Untuk Membentuk Masa Depan Anak-Anak


Ibu Bapa Perlu Ilmu Untuk Membentuk Masa Depan Anak-Anak


Pelbagai reaksi ibu bapa apabila ditanya mengenai anak dan harapan. Bercakap mudah, tapi dari segi pelaksanaan mungkin berbeza dalam membentuk kejayaan masa depan anak.

Menurut Pakar Motivasi dan Kaunseling Keluarga, Dr Robiah Kulup Hamzah berkata ibu bapa memainkan peranan penting sejak dari awal lagi.

"Kebanyakan ibu bapa tidak ada visi dan misi yang jelas dalam mencorakkan masa depan anak. Mereka hanya proses anak tetapi tapi tidak tahu apa perancangan yang sepatutnya dilakukan seterusnya.

"Jika ibu bapa gagal merancang, sebenarnya mereka merancang untuk gagal mendidik anak." 
Terdapat sesetengah ibu bapa mengambil jalan mudah dalam membesarkan anak. Mereka masukkan anak sejak bayi lagi ke pusat asuhan kanan-kanak, tadika, sekolah dan seterusnya masuk universiti dan serahkan bulat-bulat kepada pihak tersebut untuk mendidik.
"Sikap ibu bapa melepaskan tanggungjawab kepada pihak sekolah sepenuhnya adalah kurang wajar. Anak bukan bahan buangan atau kitar semula untuk disumbatkan ke mana-mana tempat.

"Ini menyebabkan sebilangan ibu bapa kurang mengambil berat soal anak di sekolah. Apabila ada perjumpaan ibu bapa dan guru, mereka tidak tahu apa nak ditanyakan kepada tenaga pengajar mengenai anak mereka," tambahnya.
Anak yang pergi sekolah tanpa tujuan seolah-olah mempelajari ilmu tanpa jiwa. Kekuatan dirinya hilang dan tidak tahu kenapa perlu belajar. Harapan ibu bapa mahukan anak mereka berjaya, tetapi akibat kemahuan antara kedua-duanya tidak sehaluan, maka ia temui kegagalan.
"Contohnya, ibu bapa mahukan anak jadi jurutera dan dihantar belajar ke universiti dalam bidang kejuruteraan, sedangkan anak minat bidang seni. Akhirnya dia menjadi jurutera yang tiada jiwa."

Anak yang dididik mengikut acuan ibu bapa secara total tanpa perundingan, mungkin anak boleh berjaya. Namun kesannya, ada anak yang tidak nampak fokus ke mana hendak pergi selepas tamat belajar, tidak mampu berdikari dan malas bekerja.
"Oleh itu ibu bapa perlu berunding dengan anak mengenai masa depannya dan capai persetujuan antara kedua-duanya.

"Jika ibu bapa mampu melihat potensi anak dan diberi dorongan, dia mampu menjadi insan berjaya dalam bidang yang diminatinya."
Beliau menegaskan bahawa ibu bapalah perlu ada kerangka perancangan yang jelas dalam membesarkan anak agar dapat melihat hasil didikan yang cemerlang. Ia umpama menanam anak pokok yang perlu dijaga, disiram dan dibajai pada tahap tertentu untuk mendapatkan hasil buah yang baik.
"Ibu bapa perlu tingkatkan kemahiran keibubapaan mereka dari segi pengurusan, penilaian, perundingan dengan anak. Ibu bapa perlu ada transformasi fikiran, perasaan, perbuatan dan pertuturan untuk mendekati anak pada zaman ini."
Tambahnya, agama boleh menjadi benteng anak dalam menghadapi cabaran hidup, jika diletakkan secara betul.
"Didik anak agar sentiasa hatinya berhubung dengan ALLAH SWT. Ini secara langsung dapat mengeratkan hubungannya dengan ibu bapa dan masyarakat sekeliling," katanya.


Sumber 


Sunday, November 11, 2012

Amalan Yang Dituntut Selepas Kelahiran Bayi


Baby kami - Nur Kashif Aliya sewaktu usia 2 bulan lebih


Amalan Yang Dituntut Selepas Kelahiran Bayi


1. Sunat bagi seorang bapa melafazkan azan ke telinga kanan bayinya dan iqomah pada telinga sebelah kirinya. Perbuatan ini pernah dilakukan oleh Rasulullah sewaktu menerima kehadiran cucu pertama dari puterinya Fatimah. Sebuah hadis dari Ibnu Abbas beliau menyebut, bahawa Rasulullah telah melakukan azan di telinga Hassan b. Ali pada hari ia dilahirkan dan Baginda juga melakukan iqomah pada telinga kirinya.

Info tambahan: Jika bapa tiada kerana masalah yag tidak dapat dielakkan - jangan risau, ini hanya sunah Nabi, kita boleh minta sesiapa sahaja (lelaki) yang ada disitu berdekatan untuk bantu kita melafazkan azan.
Azan boleh dikedua-dua belah telinga, lebih baik dan tiada masalah.

2.Sunat mentahniqkan dengan sesuatu yang manis ke mulut bayi seperti buah tamar, pisang dan sebagainya. Caranya ialah dengan mencalitkan atau meletakkan sebahagian kecil sahaja dari cebisan buah tersebut ke mulut bayi. 

Info tambahan: Guna jari telunjuk dan sapukan pada keliling bibir bayi, dan bayi tersebut akan berinteraksi dengan rasa manis yang kita bagi pertama kali itu.

3.Sunat juga mengucapkan tahniah kepada mereka yang baru mendapat cahaya mata dengan menyebut, 'Semoga Allah memberikan keberkatanNya kepadamu dengan kurniaan ini dan bersyukurlah kepada Allah.

4.Sunat mencukur rambut di kepala bayi pada hari ke 7 dan menamakan bayi itu dengan nama-nama yang baik serta melakukan aqiqah untuknya. Berat rambut bayi yang dicukur ditimbang lalu dikeluarkan perak seberat timbangan rambutnya. Rasulullah pernah mengarahkan kepada puterinya Fatimah dengan sabdanya, 'Hendaklah engkau timbang rambut Hussain ini dan bersedekahlah dengan perak mengikut berat timbangannya'. 

SUMBER* Sedikit sebanyak daripada bual bicara Imam Muda Ashraf dalam Selamat Pagi Malaysia pada Jumaat lepas, 9 November 2012.


Monday, October 22, 2012

Bayi 6 Bulan Ke atas Dah Boleh Makan Makanan Pejal

Adik Kashif Aliya - bukan birthday adik ye..kek tu abahnya punya..



Proses memperkenalkan bayi kepada makanan pejal boleh dilakukan selepas bayi berusia enam bulan. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara perlu diberikan perhatian.



1. Bayi berusia enam hingga lapan bulan perlu diberi makanan pejal di antara dua hingga tiga kali sehari.

2. Jangan sesekali mendesak anak makan banyak pada satu-satu masa. Beri bayi anda masa untuk belajar makan makanan pejal.

3. Makanan pejal yang sesuai untuk bayi berusia enam bulan ialah puri. Puri tersebut bolehlah dicairkan dengan mencampurkannya bersama susu ibu.

4. Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti epal, pisang, labu, lobak merah, kentang dan brokoli sesuai untuk dijadikan puri.

5. Pada peringkat permulaan, elakkan memberi bayi anda makanan yang boleh menyebabkan masalah alergi seperti keju, kekacang, makanan laut dan telur.

6. Jangan sesekali menambah garam atau gula dalam makanan bayi anda kerana buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut.

7. Mulalah perkenalkan makanan jejari selepas anak anda semakin pandai makan iaitu ketika usia sekitar lapan bulan.

8. Jika anak menolak makanan yang anda berikan padanya. Jangan marah dan terus memaksa anak makan makanan tersebut. Mungkin bayi anda belum bersedia menerima makanan tersebut. Cuba berikan anak menu lain. Paling penting, ibu bapa jangan cepat berputus asa.

9. Ketika memperkenalkan makanan pejal kepada bayi, beri dia menu yang sama selama empat hingga tujuh hari. Hal ini penting untuk melihat tindak balas tubuh anak terhadap makanan tersebut. Adakah dia mengalami masalah penghadaman atau alah kepada makanan yang anda berikan itu.

10. Sekiranya anak anda demam atau sakit, anda perlu memberi dia minum banyak air dan berikan dia makanan yang paling digemarinya.



Sumber: pa&ma


Saturday, October 20, 2012

Zikir Asmaul Husna Untuk Anak yang Degil dan Keras Hati

Gambar hiasan





Masalah remaja tidak kira anak lelaki atau anak perempuan yang degil dan keras hati cukup susah dinasihatkan oleh ibubapa. "Tak makan saman punya anak!" Kadang-kadang ibubapa dimarah balik dan ada yang sanggup maki dan pukul ibubapa sendiri. Baru-baru ini berlaku apabila anak lelaki memukul ibunya dengan kayu. Memanglah jadi anak derhaka macam tu!. 

Tapi jangan lekas putus asa dalam memperbetulkan dan mendidik anak kita yang sudah jadi begitu. Mungkin yang mengubah perangainya dan sikapnya kerana pergaulan dengan kawan-kawannya yang rosak akhlak. Mungkin juga kerana  masalah persekitaran serta kurang didikan agama oleh kita. 

Yang salah tetap ibubapa kerana kita diamanahkan oleh Allah untuk membentuk mereka samada nak jadikan mereka itu yahudi, nasrani atau seorang muslim yang taat pada Allah dan rasulnya.

Jangan berdoa minta anak-anak taat pada kita. Takut nanti anak-anak tidak taat pada Allah dan rasul. Minta doa supaya anak-anak taat pada Allah dan rasulnya. Maka secara langsung ia akan taat pada ibubapanya. 

Selain dari itu, selalu berdoa minta padaNya. Bacakan surah-surah yang ada diberikan. Klik DOA MUSTAJAB di menu bar. Diantaranya adalah Surah Taha: Ayat 1 -5.

Bagi yang tidak boleh membaca dengan baik. Ambil cara yang ini iaitu dengan berzikir Asmaul Husna "Ya, Syahiid". Maknanya "Yang Menyaksikan".


"Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya. 

(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al- Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi). 

Cara melakukan kepada anak-anak.

Semasa anak sedang tidur, zikir dan baca "Ya Shahid" sebanyak 313x kali dan tiup pada ubun kepalanya. Lakukan sebanyak 21 kali. Setiap sekali zikir hendaklah dibaca 313x "Ya Syahid". InsyaAllah anak anda akan menjadi anak yang mendengar cakap ibubapanya. (Keseluruhan zikir 313 x 21 =6573x zikir)

Nota:

Boleh baca sebanyak 313x atau 319x. 313x zikir, penulis dapat dari seorang bekas guru yang mengaji kitab di masjid memberitahu caranya. Boleh buat dalam masa 2 hari zikir ini atau ikut masa jika ada kesempatan. 

Semuga kita berkongsi sedikit ilmu ini untuk kebaikan bersama.

Wasallam.
  



Thursday, October 18, 2012

Panduan Makanan Pelengkap Bayi 6 Bulan Ke Atas


anak ke-2 kami, Nur Kashif Aliya waktu usia 6 bulan..

Dipetik dan diringkaskan oleh pemilik blog Menyusu Si Manja berdasarkan artikel Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Pemakanan Bayi Baru Lahir hingga 6 Bulan

Pemakanan yang paling SEMPURNA untuk bayi baru lahir hingga 6 bulan adalah SUSU IBU (SI) sahaja.

Bayi yang menyusu secara eksklusif selama 6 bulan pertama kurang mengalami JANGKITAN SALURAN PENGHADAMAN DAN SALURAN PERNAFASAN.
 
Susu pada 3-5 hari pertama adalah KOLOSTRUM (cecair pekat kekuningan yg dihasilkan lebih kurang 30ml sehari).
Kolostrum mengandungi:

  • Antibodi yang tinggi
  • Bertindak sebagai imunisasi pertama bayi bagi melawan bakteria dan jangkitan virus
  • Kaya dengan nutrien~ protein, vitamin larut lemak (vitamin A,E,K) dan mineral (natrium dan zink)
88 peratus kandungan SI adalah air, oleh itu bayi yang disusui dengan SI TIDAK MEMERLUKAN AIR KOSONG ATAUPUN MINUMAN LAIN.

SI mengandungi:
  • Protein untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
  • Lemak sebagai sumber tenaga
  • Zat besi bagi mencegah anemiaBila waktu paling sesuai memberi makanan pelengkap kepada bayi
Bila bayi berusia 6 bulan bagi memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi.
 
Pada usia 6 bulan, sistem penghadaman dan ginjal bayi sudah matang.

Risiko masalah penghadaman, jangkitan dan alahan dapat dikurangkan.Kesan apabila memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu AWAL

  • Menyebabkan bayi kurang menyusu kerana kekenyangan
  • Sistem penghadaman dan ginjal belum matang; enzim penghadaman belum bersedia
  • Bayi boleh terdedah kepada risiko jangkitan, alahan, dan diarhea

Kesan apabila memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu LEWAT

  • Tumbesaran bayi boleh terbantut dan bayi kekurangan nutrien

Jenis-Jenis Makanan Pelengkap Bayi

  • Pilih makanan yang kurang memberi kesan alahan kepada bayi.
  • Perkenalkan makanan pelengkap satu per satu supaya bayi dapat membiasakan diri dengan rasa dan tekstur makanan itu.
  • Perkenalkan pelbagai jenis makanan dari setiap kumpulan makanan dalam kuantiti dan tekstur yang sesuai dengan tahap perkembangannya.

KUMPULAN BIJIRIN
  • Perkenalkan bijirin berasaskan beras kerana lebih mudah hadam dan jarang timbul kesan alahan.
  • Ubi kentang ataupun keledek boleh diperkenalkan apabila bayi sudah pandai menyesuaikan diri dgn bijirin berasaskan beras.
SAYUR2AN

  • Perkenalkan sayuran berkanji seperti labu, lobak merah, dan ubi kentang.
  • Perkenalkan pelbagai sayuran hijau seperti bayam dan sawi.
  • Perkenalkan juga sayuran dari jenis buah seperti labu air dan tomato.
BUAH-BUAHAN

  • Hanya diperkenalkan selepas bayi diperkenalkan dengan pelbagai jenis sayuran dan dapat menerimanya dengan baik. Ini kerana, buah-buahan mempunyai rasa manis yg semula jadi dan mudah diterima oleh bayi, berbanding rasa sayur-sayuran.
  • Pilih buah yg segar, ranum, dan lembut seperti pisang, betik, ciku, dan pear.
  • ELAKKAN memberi buah masam dan bergentian tinggi seperti limau dan mangga.
  • ELAKKAN buah-buahan di dalam tin kerana tinggi kandungan gula dan bahan pengawet.
KUMPULAN IKAN, AYAM, DAGING DAN SUMBER KEKACANG
  • Mulakan dgn sumber protein seperti ikan bilis, tauhu lembut (TIDAK BERPERISA) dan kacang pis sejuk beku.
  • Pada usia 6 bulan, simpanan zat besi dalam badan bayi semakin berkurangan. Oleh itu, berikan bayi ikan, ayam, hati ayam, dan daging lembut mengikut keperluan.
LEMAK DAN MINYAK

  • Penambahan minyak TIDAK DIPERLUKAN pada peringkat awal kecuali apabila bayi mengalami masalah kurang berat badan.
Alahan Makanan
Makanan yang dikenal pasti boleh memberi alahan ialah:

  • Putih telur
  • Kacang
  • Makanan laut
  • Gandum
  • Buah limau
ELAKKAN makanan-makanan ini semasa baru memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi.

Garam, Gula dan Bahan Perasa

  • TIDAK PERLU sehingga bayi berumur satu tahun.
  • Asingkan makanan bayi sebelum menambah sebarang perasa untuk ahli keluarga lain.
Cara Memberi Bayi Makan
  • Guna SUDU PLASTIK khas bagi menyuap.
  • ELAKKAN penggunaan botol bagi memberi bijirin.
  • Latih bayi menggunakan sudu ataupun tangan semasa makan
Makanan Semasa Sakit
  • Lebih banyak tenaga dan nutrien diperlukan.
  • Tanpa makanan yang mencukupi, tisu badan dan lemak tubuh akan digunakan sebagai sumber tenaga; menyebabkan bayi kehilangan berat badan.
  • Oleh itu, pemberian makanan berkhasiat semasa sakit amat diperlukan bagi membolehkan tubuh bayi melawan penyakit, tanpa menggunakan simpanan nutrien dalam tubuh.

6 BULAN

Minggu 1

Tekstur

  • Kisar halus ataupun tapis (sedikit cair)
Kekerapan
  • 1x pada 2-3 hari pertama
  • 2-3x pada hari seterusnya
Contoh makanan

  • Kanji/beras + SI
Minggu 2-4

Tekstur

  • Lecek (sedikit kasar dan pekat)
Kekerapan
  • 2-3x sehari
Contoh makanan
  • Bijirin beras + SI
  • Kentang lecek halus
  • Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, brokoli)
  • Buah-buahan yang tidak mempunyai keasidan yang tinggi (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
Sumber protein

  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
  • Tauhu lembut (tidak berperisa)
  • Kacang pis (lecek)
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (hancur)

7 BULAN

Minggu 1
Tekstur

  • Lebih kasar, pekat, dan tetap lembut
Kekerapan
  • 3-4x sehari
Contoh makanan

  • Kanji/beras + SI
  • Bijirin campuran (gandum/oat + beras + SI)
  • Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, dan brokoli)
  • Buah-buahan yang tidak mempunyai keasidan yg tinggi (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
Sumber protein

  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
  • Tauhu lembut (tidak berperisa)
  • Kacang pis (lecek)
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (hancur)
Makanan yang mudah digenggam atau dipegang (ketulan lembut)

  • Roti lembut
  • Biskut bayi (tanpa gula)
  • Buah-buahan (pisang, betik)
  • Lobak merah
  • Keju

9-11 BULAN
Minggu 1
Tekstur

  • Lembut, cincang ataupun potong kecil
Kekerapan
  • 3-4x sehari + snek (mengikut selera bayi)
Contoh makanan
  • Nasi lembik
  • Bijirin sarapan pagi (tanpa gula) + SI
  • Roti bakar + telur masak hancur ataupun rebus (mulakan dgn telur merah)

  • Pelbagai jenis sayuran berwarna (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, dan brokoli)
  • Buah-buahan yang dipotong kecil (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
  • Buah-buahan yang kaya vitamin C (oren, betik, jus oren asli tanpa gula)
  • Yogurt asli (banyak di kedai-kedai 'pak arab'), puding susu
Sumber protein
  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor)
  • Tauhu lembut
  • Kacang pis
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (cincang)
  • Kuning telur (sepenuh masak dan dihancur sedikit)

Wednesday, October 17, 2012

Petua dan Tip - Halia Tua Kecutkan Rahim







Bagi wanita selepas bersalin, ikuti petua ini untuk mempercepatkan proses mengecut dan merapatkan rahim atau peranakan. Rebuskan halia tua dengan kulit kayu manis, daun pandan, gula merah dan jintan manis. Minumlah air rebusan ini tiga kali sehari. Petua ini juga dapat membuang angin dan melawaskan pembuangan air besar.

  

Sumber: Mingguan Wanita, 10-16 Februari 2012, M/s:65



Monday, October 15, 2012

Bila Masa Terbaik Untuk Hamil?





Anda berusaha dan cuba untuk hamil?

Adakah umur anda, kitaran bulanan anda dan juga cuaca menjejaskan keupayaan anda untuk hamil? Dapatkan maklumat lanjut masa yang sesuai dan terbaik untuk cuba untuk hamil buat pertama kali atau cuba untuk hamil bayi yang seterusnya.


Remaja

Anda akan jauh lebih berkemungkinan untuk hamil dalam dikalangan remaja anda, dan akan mempunyai lebih banyak tenaga untuk berurusan dengan kehamilan dan kedatangan bayi yang baru. Walau bagaimanapun, ibu-ibu remaja mempunyai risiko yang lebih tinggi menghidap praeklampsia, kematian bayi dan kelahiran pramatang. Kadang-kadang ini dikaitkan dengan hakikat bahawa ibu-ibu remaja juga kurang kewangan yang selamat dan tidak begitu menyedari kepentingan diet yang baik.

Dua puluhan

Anda mempunyai 95% peluang untuk hamil secara semula jadi, sebagai wanita dalam usia dua puluhan mereka menghasilkan telur yang terbaik. Risiko Sindrom Down menjejaskan bayi anda adalah hanya satu dalam setiap 1500.

Tiga puluhan

Sebaik sahaja anda telah mencapai umur 30, peluang untuk mengandung akan mengalami penurunan dan kajian menunjukkan bahawa selepas umur 35 tahun peluangnya menjadi lebih tipis dan risiko masalah kegemukan yang lebih tinggi. Mengikut kajian terbukti bahawa purata wanita di New York melahirkan anak pertama mereka pada usia purata 35 tahun. Ia juga menunjukkan bahawa umur tersebut tidak akan mempengaruhi pada komplikasi yang dialami semasa proses kelahiran bayi dan pemulihan fizikal ibu selepas kelahiran.

Empat puluhan

Kajian menunjukkan bahawa jika anda berjaya hamil dalam empat puluhan anda, anda mungkin hidup lebih lama. Anda akan lambat menopause dan pendedahan estrogen akan membantu melindungi anda daripada penyakit jantung, stroke dan Alzheimer. Peluang untuk hamil secara semulajadi adalah hanya 30 peratus dan anda akan mempunyai satu dalam 100 manakala peluang mempunyai bayi Down Sindrom pada umur 40, meningkat kepada satu dalam 10 oleh umur 50 tahun.

Adakah Hari ini Masa yang Paling Sesuai?



Musim Panas

Tidak terdapat bukti yang menunjukkan musim tertentu adalah lebih baik untuk proses membuat bayi, tetapi lebih efektif apabila proses tersebut dilakukan apabila hampir sama jam siang hari kepada malam hari.

Masa Subur dalam Sebulan

Tidak kira umur anda, jika anda mempunyai kitaran tetap 28 hari dan tempoh enam hari, anda akan relatif subur pada hari-hari 7-9.Pada hari-hari 10-18, anda akan paling anda subur, dan pada hari-hari berikut sehingga akhir kitaran anda, anda akan kurangnya subur. Jika anda tidak mempunyai kitaran biasa, doktor anda boleh menunjukkan kepada anda bagaimana untuk menggunakan suhu anda sebagai panduan kepada kesuburan anda pada bulan itu.

Pagi atau Malam?

Waktu pagi adalah masa terbaik untuk membuat bayi. Penyelidik di Itali mendapati bahawa apabila air mani dihasilkan 07:00-7:30 berbanding dengan yang dihasilkan antara pukul 5 petang dan 5.30 petang, spesimen awal pagi mempunyai bilangan sperma dan kepekatan yang lebih besar yang lebih tinggi. Ia juga menunjukkan bahawa terdapat lebih banyak jenis sperma kanan (iaitu kuat yang boleh menembusi telur) dihasilkan pada waktu pagi.
Berhenti Makan Pil Perancang

Selepas anda berhenti mengambil pil perancang, ia mungkin mengambil masa 10 minggu untuk kitaran anda untuk kembali normal.
* Bagi kebanyakan wanita, nasihat untuk berhenti mengambil pil perancang sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum mencuba untuk hamil.

* Dalam tempoh 30 bulan akan datang iaitu bebas dari pil perancang, 90% daripada wanita yang subur mempunyai bayi.
* Sesetengah wanita mungkin mendapati kesuburan adalah pada aras kuasa yang disahkan tidak lama selepas mereka berhenti mengambil pil perancang, dan ini sering dipersoalkan mengapa pil perancang adalah diwajibkan kepada wanita untuk menjalani rawatan kesuburan.

Cuba selepas keguguran
“Secara fizikal, anda boleh cuba serta merta, tetapi jika anda telah mengalami lebih daripada satu keguguran, anda akan menjadi yang terbaik dinasihatkan supaya berehat dan tidak cuba untuk kehamilan yang lain untuk sekurang-kurangnya tiga atau empat bulan,” menurut Dr Sarah Brewer.

Emosi, anda perlu mengambil kira sama ada anda mempunyai masa untuk bersedih hati. Anda pastinya tidak mahu pasangan anda terasa seperti bank sperma, jadi cuba untuk tidak menjadi terlalu obses dan bijak mengikut nasihat Dr Brewer supaya tunggulah beberapa bulan seterusnya untuk mencuba lagi.


Kredit Info: Mykidz


Sunday, October 14, 2012

Tip - Senaman Untuk Memudahkan Proses Bersalin






Beberapa jenis senaman mudah yang boleh anda amalkan semasa bulan akhir kehamilan dalam menyediakan badan anda untuk proses bersalin. 
Tailor Sitting

Kebaikannya

* Posisi ini dapat meregangkan otot di paha dan pelvis.

* Dapat memperbaiki postur badan.

* Melembutkan sendi pelvic.

* Memperbaiki peredaran darah ke bahagian bawah badan.

Kaedahnya:
* Duduk di atas lantai dengan belakang badan anda tegak.

* Temukan tapak kaki, pastikan lutut anda mencecah lantai.

* Anda akan terasa regangan pada bahagian dalam paha.

* Lakukan senaman ini setiap kali anda duduk di lantai.

* Jika sukar untuk duduk dalam posisi ini, sandar pada dinding dan alas setiap paha anda dengan bantal/kusyen.
 
Klik pada imej untuk besarkan gambar

Pelvic rock
Kebaikannya:

* dapat meregangkan otot-otot di bahagian bawah belakang

* dapat mengurangkan sakit belakang.

Kaedahnya:
* Posisi diri anda dalam keadaan seperti merangkak. Perut/belakang rata.

* Naikkan perut/belakang anda seperti posisi kedua. Tunggu beberapa saat.

* Rehatkan perut anda semula, ratakan kedudukan perut/belakang.

* Ulang beberapa kali, sebaik-baiknya 10 kali.
Kebaikan Senaman

* membantu bertenang sewaktu dalam kesakitan melahirkan anak
* membantu anda mudah bersalin
* mengekalkan kesihatan yang baik
* mengurangkan sembelit, sakit belakang dan keletihan

Mencegah sakit belakang

* letakkan sebelah tangan anda di bawah perut anda dan
* letakkan tangan sebelah lagi di bahagian bawah belakang
* tarik nafas dan angkat ke atas kandungan anda secara perlahan
* pada masa yang sama, tekan punggung anda menghala ke lantai dan
* kembali ke kedudukan asal
* tulang punggung anda sepatutnya bergerak ke hadapan dan ke belakang

Mengendurkan otot-otot pinggang

* duduk dengan menyilangkan kaki (seperti bersila) sambil membongkok sedikit
* tekan lutut anda ke lantai dengan menggunakan tangan dan renggangkan paha
* setelah berehat seketika ulangi semula langkah tadi

Menguatkan tulang punggung dan otot-otot faraj

* baring menelentang
* kempiskan perut anda ke dalam dan
* tekan bahagian belakang anda dan berehat
* rapatkan otot-otot anda seolah-olah anda menahan kencing dan rehat
* lakukan senaman ini perlahan-lahan
* boleh dilakukan sambil berdiri atau duduk

Mencegah kekejangan kaki

* baring menelentang
* angkat sebelah kaki anda dan gerakkannya ke atas dan ke bawah
* kemudian pusing mengikut pusingan jam dan sebaliknya
* ulang pada kaki sebelah lagi

Menguatkan otot-otot perut

* baring menelentang sambil mengangkat kepala dan kedua-dua kaki ke atas
* kemudian berehat-
Kredit Info: Mykidz

Friday, July 27, 2012

Petua Tradisional Kunyit Hidup Dan Kapur Sireh Sembuhkan Selesema Kanak-Kanak


Apa ke hel nya plak tepek gambo kapur sireh dan kunyit hidup tu hahhh..hahaaa..ni nak cerita pasal petua tradisional untuk sembuhkan selesema anak kecil kita. Anak aku, si Kashif (adik) kalau selesema memang berpanjangan dan susah naik baik.

Memang kesian dengan budak-budak yang kena demam selesema ni, asyik nak kena makan ubat jer. Tengok botol ubat pun takut dibuatnya. Petua ni aku google jer, cousin aku pun ada juga pernah cakap kalau budak kecik meleleh jer hingusnya, tumbuk kunyit hidup dan dicampur dengan kapur makan / kapur sireh. Lepas tu sapu di sekitar batang hidup anak. Kapur dan kunyit tu kan sifatnya panas, so memang sesuai la guna kedua-dua bahan ni.

Alhamdulillah, aku cuba petua ni untuk kashif menjadi la, hingus dia cepat kering dan tak meleleh lagi. Sakit juga hidup budak tu kena sental dengan tisu jer berminggu-minggu. Ada sesetengah mak-mak tu sedut hingus baby kan, elok la mencuba petua ni. Aku memang tak pernah sedut hingus baby, tak tergamak aku nak buat camtu..hahaaa..

Selamat mencuba bagi korang yang ingin mencubanya.



Friday, May 18, 2012

Air Mutiara Untuk Sejukkan Badan


Biasanya kalau demam ataupun nak sejukkan badan orang akan minum air badak kan! Sama la aku pun, tapi air mutiara ni bagus jugak sama jer fungsi dengan air badak tu. Tapi air badak tidak sesuai kalau nak bagi anak-anak bawah umur 2 tahun. Anak aku si Kashif selalu demam, pi kat farmasi, dia bagi air mutiara ni, katanya sesuai untuk bayi bawah 2 tahun.

ok jugak la bila dah minumnya dan fungsi air mutiara ni selain untuk sejukkan badan boleh digunakan untuk tujuan kecantikan.


Sunday, May 13, 2012

Pukul Anak: Hukuman Atau Pengajaran


Bila syara’ membolehkan hukuman pukul?
  1. Seorang pendidik tidak boleh menggunakan hukuman pukul, melainkan sesudah dicubakan semua cara-cara pengajaran dan pencegahan yang lain.
  2. Si pendidik tidak dibenarkan memukul ketika dia sedang di dalam keadaan marah yang sangat yang tidak dapat menguasai dirinya, kerana dikhuatiri pukulan itu akan menyebabkan bahaya kepada si anak, menurut pesanan Nabi s.a.w. di dalam sabdanya: Jangan marah!, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari.
  3. Hendaklah si pendidik menjauhi tempat-tempat yang boleh menyebabkan bahaya ketika memukul seperti kepala, wajah, perut, dada dan seumpamanya disebabkan adanya pesanan daripada Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Daud, sabdanya: Jangan memukul wajah! 

Adapun memukul di dada,ataupun di perut, maka yang demikian itu adalah terlarang sekali, disebabkan dia akan menarik kepada mudharat yang besar, dan berkemungkinan akan menyebabkan mati, dan ini termasuk di dalam maksud Hadis Nabi s.a.w.:Tiada mudharat dan tiada memudharatkan.
  1. Hendaklah pukulan-pukulan yang mula-mula dari hukuman si pendidik itu tidak begitu berat dan tidak menyakitkan sangat. Dan hendaklah pukulan itu di tangan atau di kaki dengan rotan yang halus, dan hendaklah dari satu kali hingga kepada tiga kali, kiranya si anak itu masih belum baligh lagi. Tetapi jika si anak sudah hampir hendak baligh, dan si pendidik mendapati pukulan tiga kali itu tidak memberi apa-apa kesan kepadanya, maka bolehlah dia lebihkan pukulan itu sampai sepuluh kali, sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Tiada boleh disebat seseorang itu lebih dari sepuluh kali sebat, melainkan pada salah satu had dari had-had Allah Ta’ala.
  2. Hendaklah si anak itu tiada dipukul sebelum dia mencapai usia sepuluh tahun, kerana menurut Hadis Nabi s.a.w. yang telah berlalu bermaksud: Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila mereka mencapai usia tujuh tahun, dan pukullah mereka kerana tidak bersolat apabila mereka mencapai usia sepuluh tahun.
  3. Jika anak itu membuat sesuatu kesilapan  yang pertama, baiklah diberikan peluang baginya untuk bertaubat dari apa yang dia lakukan, dan diuzurkannya dari perbuatan itu, serta diberikan baginya kesempatan orang tengah yang menjamin dia agar dia tidak akan melakukan kesalahan yang sama di lain kali, supaya dilepaskan dia daripasa hukuman itu. Lalu disuruh dia berjanji tidak akan melakukan kesalahan itu sekali lagi. Ini lebih baik daripada terus menghukumnya dengan pukul, ataupun dicicirkan perbuatannya itu dihadapan orang ramai.
  4. Sebaiknya si pendidik itu sendiri memukul si anak itu, dan tidak perlu dia menyuruh orang lain memukulnya, seperti menyuruh abangnya memukul, ataupun temannya memukul, supaya tidak timbul perasaan marah dan dendam  di antara mereka pula.
  5. Apabila si anak itu sudah mencapai usia baligh, dan sudah menjadi dewasa, dan si pendidik mendapati hukuman pukulan sebanyak sepuluh kali itu sudah tidak mengesankan untuk dia serik, maka bolehlah dia menambah pukulan itu lebih dari sepuluh, dan boleh juga dia menguatkan pukulan itu sehingga si anak itu merasa sakit, dan boleh juga diulang-ulangi pukulan itu jika perlu, sehinggalah si pendidik puas hati, bahwa si anak itu sudah lurus perjalanannya, dan kini dia sudah serik, menerima petunjuk dan hidup lurus di atas Shiratul-mustaqim(jalan yang lurus)



Thursday, May 10, 2012

Pihak Pasaraya Lupa Buang Harga Promosi Tapi Kita Berhak Menuntut Harga 'Display'


Salam 1Malaysia

Haha..korang mesti heran apa kena mengena gambar lampin pakai buang MamyPoko dengan tajuk entri "Pihak Pasaraya Lupa Buang Harga Promosi Tapi Kita Berhak Menuntut Harga 'Display'. Bukan apa, ni aku nak cite pengalaman aku masa beli diapers adik & kakak kat pasaraya C-Mart (korang tak duk kat Changlun ni tak kenal la nama C-Mart tuh yg jual barang murah..)

Biasanya, kalo beli barang-barang apa pun, masa nak bayar kami akan tengok harga yang di scan kat kaunter ataupun tengok semula kat resit untuk double check sama ada harga 'display' sama tak dengan harga yang tercatat kat resit. Tapi hari tu, hubby aku lupa nak tengok masa staf tu scan, so check balik kat resit tengok2 diaper kakak harga RM 35.90 dan harga 'display' RM 30.90. So, hubby aku masuk balik tanya kat dalam mana satu harga yang sebetulnya. Staf tu kata harga RM 35.90 bang..hubby aku kata plak kenapa display harga RM 30.90. Terkedek-kedek la staf tu jalan pi check harga 'display' betol tak RM 30.90..Lepas tu dia kata RM 30.90 tu harga promosi semalam & diorang lupa tukar harga. Staf tu cakap gan hubby aku tunggu jap, dia nak cakap dengan department yg keep in harga. Lepas tu, staf tu scan balik MamyPoko tu tertera harga RM 30.90 dan pulangkan balik RM 5 kat hubby aku..


Huggies Dry ni untuk adik, tertera pek nilai harga RM 34.90 kan, tapi harga pasaraya C-mart ni jual RM 33.90..biasanya diorang akan jual harga lebih rendah dari pek tu. Pernah aku beli kat Jitra, memang kurang ajar giler, pihak pasaraya tu tindih harga pek nilai harga RM 34.90 menjadi harga RM 37.90. Aku rasa macam stiker harga tu ditindih, so aku buka la pelan2 sticker tu, tengok2 memang betol pasaraya tu jual harga lebih tinggi dari harga yang dicadangkan oleh pengeluar..

Mungkin bagi orang berduit tak kisah dengan nilai RM 5, RM 6, RM 7..tapi bagi aku nilai duit tu cukup bermakna. 




Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...