Sunday, October 14, 2012

Tip - Senaman Untuk Memudahkan Proses Bersalin






Beberapa jenis senaman mudah yang boleh anda amalkan semasa bulan akhir kehamilan dalam menyediakan badan anda untuk proses bersalin. 
Tailor Sitting

Kebaikannya

* Posisi ini dapat meregangkan otot di paha dan pelvis.

* Dapat memperbaiki postur badan.

* Melembutkan sendi pelvic.

* Memperbaiki peredaran darah ke bahagian bawah badan.

Kaedahnya:
* Duduk di atas lantai dengan belakang badan anda tegak.

* Temukan tapak kaki, pastikan lutut anda mencecah lantai.

* Anda akan terasa regangan pada bahagian dalam paha.

* Lakukan senaman ini setiap kali anda duduk di lantai.

* Jika sukar untuk duduk dalam posisi ini, sandar pada dinding dan alas setiap paha anda dengan bantal/kusyen.
 
Klik pada imej untuk besarkan gambar

Pelvic rock
Kebaikannya:

* dapat meregangkan otot-otot di bahagian bawah belakang

* dapat mengurangkan sakit belakang.

Kaedahnya:
* Posisi diri anda dalam keadaan seperti merangkak. Perut/belakang rata.

* Naikkan perut/belakang anda seperti posisi kedua. Tunggu beberapa saat.

* Rehatkan perut anda semula, ratakan kedudukan perut/belakang.

* Ulang beberapa kali, sebaik-baiknya 10 kali.
Kebaikan Senaman

* membantu bertenang sewaktu dalam kesakitan melahirkan anak
* membantu anda mudah bersalin
* mengekalkan kesihatan yang baik
* mengurangkan sembelit, sakit belakang dan keletihan

Mencegah sakit belakang

* letakkan sebelah tangan anda di bawah perut anda dan
* letakkan tangan sebelah lagi di bahagian bawah belakang
* tarik nafas dan angkat ke atas kandungan anda secara perlahan
* pada masa yang sama, tekan punggung anda menghala ke lantai dan
* kembali ke kedudukan asal
* tulang punggung anda sepatutnya bergerak ke hadapan dan ke belakang

Mengendurkan otot-otot pinggang

* duduk dengan menyilangkan kaki (seperti bersila) sambil membongkok sedikit
* tekan lutut anda ke lantai dengan menggunakan tangan dan renggangkan paha
* setelah berehat seketika ulangi semula langkah tadi

Menguatkan tulang punggung dan otot-otot faraj

* baring menelentang
* kempiskan perut anda ke dalam dan
* tekan bahagian belakang anda dan berehat
* rapatkan otot-otot anda seolah-olah anda menahan kencing dan rehat
* lakukan senaman ini perlahan-lahan
* boleh dilakukan sambil berdiri atau duduk

Mencegah kekejangan kaki

* baring menelentang
* angkat sebelah kaki anda dan gerakkannya ke atas dan ke bawah
* kemudian pusing mengikut pusingan jam dan sebaliknya
* ulang pada kaki sebelah lagi

Menguatkan otot-otot perut

* baring menelentang sambil mengangkat kepala dan kedua-dua kaki ke atas
* kemudian berehat-
Kredit Info: Mykidz

3 comments:

mama aini said...

assalam salina..ehem nanti mama suruh `cik n` baca entry ni.. :) Thanks dear..

eita said...

nak baca pun tak faham...sebab tak alami lagi semua ni...

YATZAKIE said...

wah kak..sya xpenah buat pon masa ngandung qis dulu...nanti no 2 ni,sya akan cuba la..dlu qis operate..harap yg ke-2 ni normal...

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...