Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Antara barang yang paling susah aku nak tukar ialah handbag & kasut sebab bila pakai yang lama dah selesa & serasi tak nak dah pakai atau cari yang lain..biasanya aku akan pakai kasut & handbag sampai buruk dan lunyai la..
sejak akhir-akhir ni, aku cam gila color merah la pulak..bila tengok jer apa2 color merah memang akan menarik perhatian aku & nampak macam cantik jer..ni tanda penyakit nak mai dah kot..penyakit nak perabis duit agaknya ye..haha..tidakkkkkk...
buktinya, hah..gambar di atas la, aku cuma saja-saja jer nak tengok kasut..tapi bila first jer aku tengok wedges ni aku rasa cantik n nak beli la..spontan jer aku cakap..tengok kasut lain dulu..ehh..tak boleh la, kena patah balik nak tanya saiz wedges nih..pastu saiz aku plak cuma tinggal display jer pasangannya..
tengok display tu macam ok jer lagi & tanpa fikir panjang aku cakap ok..takpe, ambik jer yang display pun aku cakap kat juru jual tu..kalo sebelum ni susah aku nak ambik barang yang last & tinggal yang display jer..
takpe lah kan sebab dah 2 tahun lebih aku asyik pakai flat shoes jer..ni dah gatai kaki la plak nak pakai kasut tinggi..
6 comments:
fuyoooo...merahnya mak ngah...hihihii
aduhai merah sungguh ler
cantik mmg cantik.tp merahnyer aduhaiii mmg dr jauh dh nmpak dah
Merahnyerrrr makloongggg!! Berenti ! Berenti!
Bila cantik di mata, maka cantik juga lah bila di pakai.. :)
Mmerahnya mak ngah :)
ehem..merahnya !!!..bila lagi nak perabis duit yg banyak2 kat bank tu kan?.. :)
Post a Comment