“Hubungan kami bukan lagi rahsia." Itu pengakuan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat ketika ditanya status terkini hubungan beliau dengan model jelita, Nur Eiluniey Natasha Nazri atau Luniey.
Khairul Fahmi atau dikenali Apex mengakui hubungan beliau dengan model SimplySiti berusia 21 tahun itu kini melangkah ke fasa yang sangat istimewa sebagai pasangan kekasih.
“Seperti mana tersiar dalam sebuah akhbar tempatan kelmarin, saya akui kebenaran cerita tersebut. Memang tak dinafikan hubungan saya dengan dia bukan lagi sekadar kawan biasa. Dalam erti kata lain, hubungan kami ini lebih daripada itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
“Saya kenal dia apabila digandingkan bersama sebagai model iklan minyak wangi SimplySity beberapa bulan lalu. Selepas itu, kami mula berkawan rapat sehingga mencetuskan hubungan istimewa ini.
“Mengenai perancangan untuk berkahwin, saya berserah kepada ALLAH SWT. Yang pasti, saya akan beritahu kepada semua pihak. Saya tak akan sembunyikan perkara yang baik ini. Lagi pun keluarga kedua-dua belah pihak juga merestui perhubungan ini,” katanya.
Sebelum itu, gosip hubungan antara Apex dengan Luniey bertebaran sejak beberapa bulan lalu tetapi dinafikan oleh pasangan tersebut. Namun baru-baru ini, sebuah blog hiburan memaparkan gambar mereka sekali gus mengukuhkan dakwaan kedua-duanya mempunyai hubungan yang istimewa selama ini.
Penjaga gol berusia 23 tahun itu berkata, sudah tiba masanya beliau membuat pengakuan terbuka mengenai hubungan istimewanya dengan Luniey bagi mengelakkan disalah tafsir banyak pihak.
“Sebelum ini orang sering anggap saya sebagai playboy, apabila saya keluar dengan perempuan itu, perempuan ini. Bila saya beritahu perkara ini, saya harap orang akan faham dan tidak akan bercakap perkara yang bukan-bukan mengenai kami,” katanya.
Mengulas sejauh mana perhubungan mereka, Apex berkata, Luniey seorang wanita yang begitu memahami karier bola sepak beliau dan tidak sesekali mengganggu tumpuannya sama ada ketika mempunyai tugasan bersama skuad Kelantan atau pun kebangsaan.
“Kami sibuk dengan kerjaya masing-masing. Saya dengan bola sepak, dia pula dengan perniagaan butik pengantinnya. Hanya telefon dan medium internet menjadi penghubung di antara kami ketika ini,” katanya.
Kredit Info: Sinar Harian
5 comments:
ramai lah yg frust ni
huhuuuu KF ni mcm playboy jugak kan..asik tukar2 kekasih hati je...harap kekalla yg ni =)
Moga hubungan mereka berpanjangan ke alam perkahwinan dan kekal selamanya.
smg bkekalan lah hendaknya kan..
semoga berkekalan hingga ke akhir ayat.. :)
Post a Comment