Monday, October 15, 2012

Kenapa Talak Menjadi Hak Suami?




Kenapa Talak Menjadi Hak Suami?


1. Talak menjadi hak suami kerana suami yang membayar mahar perkahwinan, membiayai nafkah isteri dan menyediakan tempat tinggal. Oleh itu, seseorang suami akan lebih berhati-hati dalam membuat pertimbangan dengan memikirkan keburukkan daripada perceraian dan berfikir lebih jauh untuk bertindak pada perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan yang lebih besar.

2. Pada adatnya, kaum wanita lebih terpengaruh denga sikap emosinya berbanding dengan kaum lelaki. Oleh itu, jika diberikan kuasa untuk menjatuhkan talak, maka berkemungkinan mereka akan menjatuhkan talak hanya kerana sebab-sebab yang remeh–temeh dan pada perkara yang tidak sewajarnya yang boleh meruntuhkan rumah tangga.

3.Apabila berlaku sesuatu penceraian, maka ia diikuti oleh beberapa perkara yang bersifat harta seperti membayar mahar tunai dan membiayai nafkah semasa ‘iddah. Semua bebanan ini ditanggung oleh pihak lelaki dan ini akan membuatkannya berfkir panjang sebelum menjatuhkan talak.
 
 
 


1 comment:

mama aini said...

thanks atas perkongsian !!!

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...