Bahan-bahan:
3 ekor ketam - potong 2. Cuci bersih dan toskan.
1 labu bawang besar - blend
4 ulas bawang merah - blend
3 ulas bawang putih -blend
2 tangkai cili padi - di hiris
2 sudu besar pes cili kering
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 biji telur ayam-pecahkan dalam mangkuk n dipukul sedikit
4 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 biji telur ayam-pecahkan dalam mangkuk n dipukul sedikit
4 sudu besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan Air
1 cawan Air
1 biji Tomato - potong dadu
sedikit daun bawang
- Ketam dibasuh bersih & dibelah 2
- Sediakan kuali & masukkan minyak masak, tumiskan semua bahan-bahan blend tadibersama dengan pes cili kering.
- Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili.
- Dah naik bau, masukkan sedikit air jika nak ketam tu berkuah..tak nak bubuh air pun ok jer.
- Bila Kuah dah mengelegak, masukkan ketam, telur, cili api, garam, gula dan tomato... kacau dan biarkan kuah pekat sikit baru angkat..
- Dah siap, taburkan daun sup atas KETAM GORENG SOS BERTELUR tadi.
Ketam Goreng Sos Bertelur ni aku makan dengan sayur paku goreng belacan.
bahan-bahan:
Sayur paku - basuh bersih-bersih ye..
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili besar
sedikit belacan
sedikit ikan bilis
Garam & ajinamoto secukup rasa
2 sudu minyak untuk menumis
sedikit air
Cara Membuatnya:
- Tumbukkan semua bahan-bahan di atas.
- Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan ditumbuk tadi dan tumiskan hingga garing sikit.
- Masukkan sayur paku, garam & ajinamoto. Gaulkan rata dan masukkan sedikit air untuk berkuah.
- Angkat dan siap dihidangkan.
No comments:
Post a Comment