Mengambil sarapan pagi sebenarnya membantu untuk mengurangkan berat badan kerana ia mengelakkan seseorang itu daripada mengambil makanan ringan atau snek sebelum tiba waktu makan tengahari. Bagaimanapun, untuk memastikan tubuh badan mendapat tenaga yang mencukupi sebelum tiba waktu makan tengahari, sarapan yang diambil perlulah sihat dan berkhasiat. Bukannya berlemak dan tinggi kolesterolnya.
Hidangan ini bukan sahaja enak malah menyihatkan dan mudah untuk disediakan.
1. Sediakan semangkuk salad sebelum masuk tidur. Keesokan harinya, hidangan ini boleh dijadikan sarapan pagi yang berkhasiat dan rendah lemak.
2. Roti bakar boleh menjadi enak dan berkhasiat jika kita bijak menyediakannya. Gunakan roti tinggi serat, bukannya roti putih. Untuk menambah perisa, sapukan sedikit mentega kacang dan taburkan sedikit kismis.
3. Muffin juga pilihan yang baik jika ia mengandungi bijirin atau cebisan buah-buahan. Bagi menjimatkan masa, cubalah luangkan masa seminggu sekali untuk membakar hidangan ini. Muffin boleh disimpan lama, tidak lebih dari dua minggu.
4. Jika ingin cepat, sandwich tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan sarapan baik. Kombinasi ini mampu membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan tengahari.
5. Semangkuk bijirin sarapan pagi yang dicampur dengan susu segar merupakan sajian sarapan sangat berkhasiat dan amat mudah untuk disediakan. Untuk menambah selera, masukkan beberapa hirisan buah seperti epal, pisang atau strawberi.
6. Telur dadar bercampur sayur-sayuran segar seperti lobak merah, brokoli, daun seleri, atau cendawan juga pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi protein.
7. Untuk melengkapkan hidangan sarapan, minum jus buah-buahan segar yang dikisar sendiri. Campurkan sedikit susu segar ke dalam jus untuk mendapat sedikit kalsium.
10 comments:
assalam kasihsalina..memang berkhasiat dan nampak mudah..tapi itulah yang susah nak dibuat..dan ikut.kan
Assalamualaikum Kasih..
Semua menu breakfast tu peberet akaaakkk.. Suka suka.. Tapikan kasih.. Berat badan susahnya lahai nak turun.. Isk!
Haha.
tq untuk info nie......
salam
thanks sudi follow anum
anum dah follow back
keep in touch
sy slalu amik oat+horlick+kurma da ckp kenyang smpi ke ptg.siyes!
sy selalunya mkn roti putih.. nampaknya nak kena ubah ke roti tinggi seratlah pulak
biasa pagi ita minum milo + biskut low salt hi-fibre je..
wat alas perut..sementara tunggu tengahari..
thanks for sharing!
terima kasih dik atas prkongsian..akak sbnrnya tak berapa suka sarapan pagi, lepas ni kena merajinkan diri utk buat sarapan pagi yg brkhasiat...
Muffin untuk breakfast memang best...
Post a Comment