Samsung USB External DVD Drive |
Harga pasaran dibeli pada 2010 - lebih RM220
Harga dealer (seperti aku) - ehem..ehem...
Kegunaan:
Biasanya untuk re-format laptop yang DVD internalnya tak boleh baca lagi, atau netbook yang memang tak ada DVD sendiri.
Lain-lain kegunaan, sebagai mainan anak-anak ku...
Sekarang DVD drive kami ni dah menemui penghujung hidupnya, itupun selepas berdepan dengan gurauan nakal anak-anak yang buas, dijatuhkan atau terjatuh, diseret atau dihempap, disuap pulak dengan DVD disc secara kasar, mau tak tercekik DVD drive ni nak menelan... huwaa...
Baru-baru ini, keadaanya semakin kritikal, tak mahu 'disuapkan' lagi, nak nganga mulut pun tak nampak lidah...itupun selepas selama 2-3 bulan bertarung dengan 'kesakitan', akhirnya DVD ini 'menghabiskan sisa bacaannya' tanpa sebarang petunjuk ingin pergi selamanya.
2 comments:
beli jangan tak beli.huhu
sy pon dok tgh cari2 jugak mende nih.jenama ape yg best yer?
Post a Comment