Showing posts with label Selebriti Sukan. Show all posts
Showing posts with label Selebriti Sukan. Show all posts

Thursday, February 7, 2013

Tengku Fiella Sahkan Gaji Nazmi Faiz Terlalu Rendah


Tengku Fiella Sahkan Gaji Nazmi Faiz Terlalu Rendah

Bekas kekasih Nazmi Faiz Mansor,
Tengku Nurshufilla Tengku Shubli, 21, menafikan kepulangan Nazmi dari Portugal mempunyai kaitan dengan hubungan cinta mereka yang retak.

Tengku Fiella menjelaskan, Nazmi pernah menyatakan kepadanya hasrat untuk kembali bermain di negara ini kerana tertekan dengan gaji yang terlalu rendah dibayar oleh kelab lamanya, SC Beira-Mar.
"Tiada kaitan dengan hubungan kami. Dia memang masalah dengan kelab di sana, gaji sikit memang satu masalah.
"Dia ada memberitahu saya dua atau tiga bulan lepas (ketika masih bercinta) bahawa dia mahu balik ke Malaysia, gaji di sana sikit" 
 
Jodoh Nazmi di negara Eropah itu tidak panjang apabila dia mengambil keputusan untuk kembali beraksi dalam liga domestik dan menandatangani kontrak bersama pasukan PKNS FC.

Namun begitu Nazmi masih lagi berahsia sebab kepulangan beliau ke Malaysia dan menimbulkan polemik dan persoalan mengenai apa punca sebenar penamatan kontraknya bersama kelab lamanya.

Lantas, timbul beberapa andaian mengatakan kepulangannya mempunyai kaitan dengan hubungan yang terjalin bersama bekas kekasihnya, Tengku Fiella berikutan tindakan Nazmi sendiri melalui laman sosial Twitter miliknya yang mendakwa hubungan cinta mereka rosak ekoran tindakan pemain Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan Abd. Razak yang merampas buah hatinya itu.

Menurut sumber Utusan, Tengku Fiella menjelaskan, hubungannya dengan Nazmi sudah berakhir dan pemain itu juga tidak pernah lagi menghubunginya sejak kembali ke Malaysia.

"Dia tidak lagi menghubungi saya, saya juga begitu. Dia juga tidak pernah memberitahu saya akan bermain dengan pasukan mana di negara ini," ujarnya.

Monday, February 4, 2013

Nazmi Balik Malaysia Kerana Tak Cukup Duit


Bakat muda tertekan di Portugal
Kesian dengar kisah Nazmi Faiz ni (belum tersebar lagi berita ni). Rupanya beliau tertekan di Portugal, tambahan pulak dengan kes buah hatinya baru-baru ni, lagilah tertekan. Dalam FB Fans Nazmi Faiz pun teruk dia dihentam tanpa usul periksa.

Namun menurut Fadzrie Hazis (Astro Awani), sumber yang rapat dengan Nazmi mendedahkan SC Beira Mar yang berpangkalan di Aveiro sebenarnya menghadapi masalah kewangan (mungkin kesan daripada krisis kewangan Euro).
Rupanya Nazmi dikatakan hanya menerima 500 Euro (RM2,110 sahaja) untuk tempoh enam bulan dia berada di Portugal dan mungkin sebab itulah ejen Nazmi tak pernah mendedahkan nilai kontrak 3 tahun Nazmi serta bayaran yang diterima ketika di Portugal. 

Salah satu sebabnya mungkin takut harapan rakyat Malaysia khususnya penyokong bola sepak fanatik yang beranggapan Nazmi umpama 'pemain bintang' dan pastinya mendapat bayaran berpuluh ribu ringgit sebulan seperti Safee Sali ketika di Pelita Jaya.

Selamat tinggal Beira-Mar...

Malah, sampai satu peringkat Nazmi dikatakan terpaksa keluar dari rumahnya dan menumpang berteduh di rumah rakan sepasukan, kerana tidak mampu membayar sewa rumah.

Bapanya, Mansor Mustapha ada merujuk kepada FAM untuk membawa anaknya pulang dan diserapkan kembali ke skuad Harimau Muda A di bawah Ong Kim Swee. Namun FAM tak boleh berbuat apa-apa untuk menebus yuran perpindahan buat Nazmi kepada Biera-mar yang dianggarkan cuma 50,000 Euro (mesti ada yang terkejut, rupanya murah saja kontrak Nazmi di Portugal ni) dan ia mendorong bapanya menekan butang kecemasan dengan berbincang bersama PKNS atas nasihat ejen Nazmi, Marco Guimareas.

PKNS sahaja yang mampu menebus kontrak Nazmi daipada Beira-Mar
p/s: Setakat ini, Nazmi Faiz masih berahsia dengan media...




Saturday, February 2, 2013

Nazmi Faiz Mansor Pemain PKNS



Silap mata atau satu kesilapan?
Nazmi Faiz Mansor adalah antara pemain yang berbakat dan bagus selain Wan Zack Haikal (yang ni antara pemain muda bagus). Rata-rata pemain muda kita nampak bersemangat tinggi. Tak ramai ada bakat hebat dan dapat menimba ilmu di negara yang berpaksikan bola sepak seperti England, Sepanyol, Itali dan Jerman. Malah Portugal pun tak terkecuali, di mana Beira-Mar memberi peluang dan ruang kepada Nazmi untuk mempamerkan bakat hebatnya.

Pun begitu, Nazmi menjelaskan bahawa keputusannya meninggalkan kelab Portugal, S.C Beira-Mar adalah atas kehendak sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Tindakannya pulang ke tanah air memang mengejutkan penyokong setia bola sepak Malaysia dan pemerhati sukan, 


Nazmi Faiz kini sah pemain PKNS dengan jersi bernombor 33.

Thursday, January 31, 2013

Nazmi Faiz Balik ke Liga Malaysia Semula


Kenangan bersama pemain Beira Mar FC
Terkejut? Mana tak terkejut, elok-elok si Nazmi Faiz ni bermain dengan salah satu kelab terkemuka di Portugal iaitu Beira Mar FC (walaupun dia bermain dengan skuad remaja kelab itu buat masa ini), tetiba pulak dapat satu berita hangat sekali lagi (selepas satu lagi berita hangat berkaitan peribadi nya: Part 1 & Part 2). Mana tak hangatnya, Nazmi Faiz telah ditawarkan kontrak yang lumayan termasuk menebus balik kontrak 3 tahun dengan kelab Portugal tersebut untuk balik bermain di Liga Malaysia. Oh tidak...kelab tersebut pulak merupakan salah sebuah pasukan yang pernah diwakili oleh Lagenda Bola Sepak Malaysia - Mokhtar Dahari!

Kecil-kecil cili api, sebaris dengan pemain tempatan Portugal
Untuk info sehingga ke saat ini Nazmi dah dianggap sebagai pemain regular dalam skuad bawah 19 tahun kelab Beira Mar itu, apabila telah tampil dalam 17 perlawanan, menjaringkan satu gol tidak lama selepas ulangtahun kelahirannya.

Saksikan gol paling menarik dijaringkan oleh Nazmi Faiz Mansor




Nazmi Faiz Mungkin Rasa Sunyi dan Kesepian


 
Nazmi Faiz Mungkin Rasa Sunyi dan Kesepian


Jurulatih Harimau Muda A Ong Kim Swee juga turut memberi pandangan berhubung kontroversi melanda pemain muda berbakat negara yang kini beraksi bersama kelab Portugal, SC Beira-Mar bersama bekas kekasihnya, Tengku Norshufilla Tengku Muhammad Shubli.

“Mungkin Nazmi Faiz (Mansor) merasa keseorangan di sana dengan usia yang masih muda tanpa ada bimbingan orang yang lebih dewasa”.

“Saya ada bercakap dengannya beberapa hari lalu mengenai perkara ini dan menasihatkan dia untuk melupakannya kerana lebih mustahak baginya adalah pendedahan dan pengalaman yang boleh diraihnya di Portugal yang bermula sejak setahun lalu.

“Menerusi perbualan telefon itu saya dapat merasakan dia memahami maksud dan tujuannya berada di Portugal. Bagi saya, dia masih mentah (berusia 19 tahun) dan saya mengharapkan dia mengambil perkara ini sebagai pengajaran pada masa depan,” katanya yang menjadi individu bertanggungjawab memastikan impian pemain terbabit beraksi di Portugal, tercapai.

Malah, menurut Kim Swee, beliau menasihatkan Nazmi Faiz supaya berhati-hati dalam menggunakan lawan sosial lantaran pemain Harimau Muda termasuk dirinya mempunyai pengikut ramai kerana peminat pasti ingin mengetahui perkembangan mereka.

“Namun untuk dia serta pemain lain, saya tidak menganggap menggunakan laman sosial seperti Twitter, salah namun mereka perlu sentiasa berwaspada menggunakannya. Jangan tersalah guna dan mengikut emosi.

“Saya berharap peminat dan penyokong bola sepak tempatan jangan memperbesarkan perkara ini dan terus memberi sokongan kepadanya dalam mengembangkan karier di Eropah,” katanya.

Kontroversi membabitkan pemain tengah itu bermula apabila Nazmi Faiz menuduh bekas kekasihnya itu berlaku curang dan menjalinkan hubungan sulit bersama pemain pertahanan negara, Aidil Zafuan Abd Radzak. 
 
 
Sumber: Metro
 
 

Monday, January 28, 2013

Aidil Zafuan dikaitkan Bercinta Dengan Bekas Kekasih Nazmi Faiz

 
 Aidil Zafuan dikaitkan Bercinta Dengan Bekas Kekasih Nazmi Faiz

Gossip berkaitan ahli sukan negara kita tak kurang juga hebatnya, kali ini sekali lagi Nazmi Faiz membuat satu kenyataan kontroversi menerusi laman Twitter beliau. Agak keliru juga aku, kalau tidak silap sebelum ni,
Aidil Zafuan dikaitkan dengan Jue Azizi. Dan kini, Aidil Zafuan dikaitkan Bercinta Dengan Bekas Kekasih Nazmi Faiz. walau apa pun terjadi, hanya mereka sajalah yang tahu apa cerita sebenar disebalik kontroversi tersebut.
 
Sebelum ini Nazmi Faiz ada mengeluarkan kenyataan di Twitter menuduh bekas kekasihnya, Tengku Fiella sebagai seorang yang kaki kikis & penipu — tetapi kemudian mendakwa akaun Twitter beliau di’ceroboh.

Awal pagi Isnin, sekali lagi Nazmi Faiz tampil dengan beberapa siri Twitter yang turut mengaitkan suami Rita Rudaini yang juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan dalam isu Tengku Fiella ini.

“She is (in?) relationship with Aidil Zafuan. This guy give her 1k for shopping in JB and they stay together,” tulis Nazmi Faiz sekitar 4.25 pagi tadi.

Selain mengulangi kenyataan yang mereka sudah tidak bergelar pasangan kekasih lagi, Nazmi Faiz juga mendakwa yang Tengku Fiella tinggal bersama Aidil Zafuan di Johor Bahru untuk beberapa minggu.

Walaubagaimanapun kesemua tulisan Nazmi Faiz di Twitter pagi tadi telah pun di’padam — satu lagi kes akaun di’ceroboh? Apakah sebenarnya yang berlaku antara mereka bertiga ketika ini?
 
Cerita lebih lanjut, sila ke portal rasmi Rotikaya.com
 
 

Monday, January 14, 2013

Gambar Resepsi Khairul Fahmi & Leuniey Natasha Di Hotel Royale Bintang



Majlis resepsi perkahwinan pasangan Khairul Fahmi & Leuniey Natasha ini berlangsung di Hotel Royale Bintang Damansara bermula sekitar jam 8.00 malam yang di hadiri oleh para kaum keluarga, rakan-rakan atlet, rakan selebriti & juga media.

Beberapa keping gambar sekitar majlis resepsi perkahwinan Apex & Leuniey Natasha oleh  G.i Photoshoot. Semoga pasangan mempelai ini bahagia menempuh alam perkahwinan mereka.
 


 



 Siti Nurhaliza turut hadir dengan penampilan baru bertudung sepenuhnya sekarang ni.




Friday, December 28, 2012

Gambar Nikah Khairul Fahmi Che Mat (Apex) dan Leuniey Natasha









Gambar Nikah Khairul Fahmi Che Mat (Apex) dan Leuniey Natasha

Tahniah buat Khairul Fahmi Che Mat (Apex) & Isteri, Leuniey Natasha. Semoga perkahwinan mereka akan kekal bahagia hingga akhir hayat.

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey Natasha sah bergelar suami isteri. Pasangan ini telah di ijabkabulkan oleh Imam Tua Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib sekitar jam 10.25 pagi dengan mas kahwin & wang hantaran berjumlah RM19,000. Majlis akad nikah Khairul Fahmi dan Nur Eilunie berlangsung di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat.

Mereka akan mengadakan tiga majlis iaitu majlis resepsi pengantin perempuan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember diikuti persandingan di sebelah pengantin lelaki di rumah keluarga Apek di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari tahun depan.
 
Sumber: Rotikaya



Wednesday, November 21, 2012

Khairul Fahmi Umum Kawin Leuniey 28 Desember Ini

Wah! So, sweet.. sama cantik sama padan..bagai pinang dibelah dua..

Menurut sumber portal murai.com.my, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan panggilan Apex, 23, bakal diijabkabulkan dengan gadis pilihannya, Leuniey Natasha pada 28 Disember ini.

Majlis pernikahan tersebut bakal dilangsungkan di kediaman bakal isteri Apex, Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan, jam 9 pagi. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Apex dan Leuniey menerusi satu sidang media yang baru saja diadakan sebentar tadi di Hotel Royale Bintang Damansara.

Majlis persandingan sebelah perempuan pula bakal diadakan di hotel Renaissance, Kota Bharu Kelantan pada 30 Disember jam 8 malam berkonsepkan Melayu Kotemporari.

Manakala persandingan sebelah lelaki pula akan dilaksanakan di kediaman Apex iaitu di Kampung Chenang, Kota Bharu, Kelantan bermula jam 1 tengah hari dengan bertemakan ala-kampung.

Sebuah majlis resepsi pula akan diadakan di Hotel Royale Bintang, Damansara, pada 13 Januari 2013 bermula jam 8 malam dengan memilih konsep English Style.

"Insya-Allah, saya akan bernikah pada 28 Disember depan dan 3 majlis resepsi bakal diadakan untuk perkahwinan saya ini. Dua majlis di Kelantan dan sebuah majlis lagi akan diadakan di Hotel Royale Bintang Damansara.

"Saya mengalu-alukan kedatangan semua media untuk majlis pernikahan dan resepsi sebelah lelaki dan perempuan di Kelatan. Bagaimanapun, untuk majlis resepsi di Kuala Lumpur, hanya kenalan rapat saja yang bakal dijemput disebabkan majlis ini bakal diadakan secara kecil-kecilan saja," kata Apex.

Bagaimanapun, keempat-empat majlis ini bakal disiarkan secara eksklusif oleh penyiar rasmi perkahwinan Apex dan Leuniey iaitu Astro Ria (saluran 104).

Tambah istimewa, radio nombor satu Malaysia, ERA FM bertindak sebagai stesen radio rasmi persandingan Apex dan Leuniey di Hotel Royale Bintang, Damansara.

Stesen radio nombor satu di pantai timur, THR Gegar pula turut menjadi radio rasmi perkahwinan pasangan ini di Kelantan. Kedua-dua stesen radio ini bakal menjalankan sebuah kempen istimewa yang memberi peluang peminat penjaga gol Kelantan ini untuk hadir ke majlis bersejarah buat Apex.

Mewarnai perkahwinan ini apabila, portal murai.com.my dipilih menjadi portal rasmi perkahwinan berkenaan dengan menerbitkan sebuah program online istimewa dengan kerjasama LH Media TV yang menjadi sinematografi rasmi persandingan yang dinanti-nantikan ini. Persandingan ini turut mendapat kerjasama dari The Photolicious yang bertindak sebagai fotografi rasmi perkahwinan Apex dan Leuniey.

Pasangan ini pula bakal berseri lagi dengan rekaan baju daripada pereka popular, Ezuwan Ismail bersama material kain yang mendapat penajaan dari Jakel. Mankala, untuk majlis resepsi di Hotel Renaissance, Kota Bharu pula, ia bakal mendapat sentuhan kreatif dekorasi dan pelamin dari N Touch Trade and Wedding Gallery Butik milik Leuniey.

Sementara, dekorasi dan pelamin di Hotel Royale Bintang Damansara pula mendapat sentuhan magis dari Ari Wedding Couture, Kuala Lumpur. Selain menjadi lokasi rasmi resepsi di Kuala Lumpur, The Royale Bintang Damansara juga menjadi lokasi rasmi bagi sesi fotografi dan rakaman pra-perkahwinan serta sidang media perkahwinan Apex dan Leuniey.

Friday, November 9, 2012

Bonus Tak Jadi Janji Tidak Ditepati


Bonus tahunan, atau bonus atas sesuatu kejayaan atau pencapaian atas usaha gigih 
kita adalah dibayar oleh majikan.

Bagaimana jumlah bonus dikira pun kadang-kadang menjadi isu di sesebuah syarikat malahan juga di sektor awam.

Itu belum lagi jika tidak mendapat bonus langsung dalam tahun tersebut.

Tapi bagaimana rasanya jika kita telah diberitahu akan dapat bonus, lumayan pulak tu. Tetapi akan dibatalkan atau tak jadi diberikan kepada kita sebagai ganjaran? Itu lagi teruk, seperti hak kita dirampas.

Itulah mungkin akan berlaku kepada Norshahrul Idlan Talaha apabila mengetahui kenyataan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa bahawa tiada pemberian bonus menang tiga kejuaraan kepada pemain yang meninggalkan Kelantan tanpa kebenaran KAFA.




Wednesday, November 7, 2012

Anak Azizulhasni Awang



Wah... tahniah kepada pelumba berbasikal licik negara, Azizulhasni Awang yang kini sah bergelar bapa selepas isterinya Athiah selamat melahirkan bayi perempuan yang sangat berat iaitu 3.99 kilogram di Hospital Pakar KPJ Ipoh, menerusi pembedahan pada pukul 6.30 petang semalam.

Nampak sungguh teruja Azizul yang mendapat jolokan The Pocketrocketman apabila berkata bahawa kelahiran cahaya mata pertama ini jauh lebih indah daripada memenangi mana-mana kejohanan lumba basikal.


Untuk info, Mohd. Azizulhasni dan Athiah Ilyana melangsungkan perkahwinan pada 30 Januari 2010.

 
 
Kredit gambar: Azizulhasni

Tuesday, October 2, 2012

Khairul Fahmi Che Mat & Luniey Dah Mengaku - Hubungan Kami Bukan Lagi Rahsia




“Hubungan kami bukan lagi rahsia." Itu pengakuan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat ketika ditanya status terkini hubungan beliau dengan model jelita, Nur Eiluniey Natasha Nazri atau Luniey.

Khairul Fahmi atau dikenali Apex mengakui hubungan beliau dengan model SimplySiti berusia 21 tahun itu kini melangkah ke fasa yang sangat istimewa sebagai pasangan kekasih.

“Seperti mana tersiar dalam sebuah akhbar tempatan kelmarin, saya akui kebenaran cerita tersebut. Memang tak dinafikan hubungan saya dengan dia bukan lagi sekadar kawan biasa. Dalam erti kata lain, hubungan kami ini lebih daripada itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

“Saya kenal dia apabila digandingkan bersama sebagai model iklan minyak wangi SimplySity beberapa bulan lalu. Selepas itu, kami mula berkawan rapat sehingga mencetuskan hubungan istimewa ini.

“Mengenai perancangan untuk berkahwin, saya berserah kepada ALLAH SWT. Yang pasti, saya akan beritahu kepada semua pihak. Saya tak akan sembunyikan perkara yang baik ini. Lagi pun keluarga kedua-dua belah pihak juga merestui perhubungan ini,” katanya.

Sebelum itu, gosip hubungan antara Apex dengan Luniey bertebaran sejak beberapa bulan lalu tetapi dinafikan oleh pasangan tersebut. Namun baru-baru ini, sebuah blog hiburan memaparkan gambar mereka sekali gus mengukuhkan dakwaan kedua-duanya mempunyai hubungan yang istimewa selama ini.

Penjaga gol berusia 23 tahun itu berkata, sudah tiba masanya beliau membuat pengakuan terbuka mengenai hubungan istimewanya dengan Luniey bagi mengelakkan disalah tafsir banyak pihak.

“Sebelum ini orang sering anggap saya sebagai playboy, apabila saya keluar dengan perempuan itu, perempuan ini. Bila saya beritahu perkara ini, saya harap orang akan faham dan tidak akan bercakap perkara yang bukan-bukan mengenai kami,” katanya.

Mengulas sejauh mana perhubungan mereka, Apex berkata, Luniey seorang wanita yang begitu memahami karier bola sepak beliau dan tidak sesekali mengganggu tumpuannya sama ada ketika mempunyai tugasan bersama skuad Kelantan atau pun kebangsaan.

“Kami sibuk dengan kerjaya masing-masing. Saya dengan bola sepak, dia pula dengan perniagaan butik pengantinnya. Hanya telefon dan medium internet menjadi penghubung di antara kami ketika ini,” katanya.



Kredit Info: Sinar Harian
 
 
 

Saturday, August 11, 2012

Chong Wei mohon maaf klip video hina Lin Dan



Datuk Lee Chong Wei memohon maaf berhubung klip video penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee yang menghina bintang badminton China, Lin Dan.

"Saya memohon maaf atas video tersebut, saya juga tidak tahu apa-apa tentang lagu itu, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua, diharap peminat (badminton) China boleh memaafkannya," kata Chong Wei dalam laman web peribadinya di "microblogging" weibo, laman web di China yang bersamaan dengan Twitter.

Baru-baru ini, Namewee memuat naik klip video ciptaannya di laman web yang mengandungi maki-makian dalam bahasa Hokkien terhadap Lin Dan selepas Chong Wei kalah 21-15, 10-21, 19-21 kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik London, di Arena Wembley.

Klip itu kemudiannya, tersebar ke seluruh forum utama dan telah menimbulkan kemarahan di kalangan peminat badminton di China.

Media dalam talian China, Souhu melaporkan bahawa Namewee mempertahankan dirinya dengan berkata, dia hanya meluahkan perasaannya seperti seorang peminat biasa.

"Biasanya, peminat akan hanya marah di rumah, tetapi saya buat dalam bentuk video untuk menunjukkannya," dakwa beliau.- Bernama

Thursday, August 9, 2012

Nazmi Faiz Berpuasa di Portugal


Bersama rakan sepasuka Rafael Batatinha dalam bilik persalinan
Penyokong sempat bergambar kenangan dengan pemain import Beira-Mar (Nazmi Faiz lah)
Nazmi berdiri baris tengah dari kiri sekali
Dengan harapan mencipta nama di perantauan dan membawa nama Malaysia
Sudut pandang depan
Pada saat kita menjalani ibadah puasa di tanahair, seorang anak muda kita berada di perantauan dengan suasana dan persekitaran yang berlainan dan sudah pasti mencabar. Di Portugal, segala-galanya sangat asing bagi beliau, siapa lagi kalau bukan pemain bola sepak berbakat Nazmi Faiz Mansor. Kini Nazmi giat berlatih dengan pasukan barunya Beira-Mar FC sepanjang bulan Ramadhan ini, dan kemungkinan beliau tidak balik ke Malaysia untuk menyambut Aidilfitri kerana liga utama Portugal akan memulakan aksi pertama dalam bulan ini juga.

Semoga adik Nazmi ni tabah, kuatkan semangat, kekalkan jati diri-agama-dan bangsa.



Sunday, July 29, 2012

Bukan Salah Nur Suryani Si Ibu Mengandung, Gagal di Olimpik



Di kota sebesar London, ada harapan besar jugak diletakkan di bahu penembak tunggal negara siapa lagi kalau bukan si ibu mengandung, Nur Suryani Mohamed Taibi yang juga pemenang pingat emas Sukan Komanwel Delhi 2010 dan pingat gangsa di Sukan Asia Guangzhou 2010. Dia dijadual melahirkan anak sulung pertamanya pada 13 September ini. Apapun bukan salah ibu mengandung ini selepas dia gagal meneruskan saingan 10 meter air rifle di Lapang Sasar The Royal Artillerry Barracks semalam.

Dia gagal menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik ke pusingan akhir selepas melengkapkan rutin dengan 392 mata (98, 97, 99, 98) untuk menduduki tempat ke-34 daripada 59 penyertaan, jauh daripada apa yang diharapkan untuk menempatkan diri dalam kelompok 10 penembak terbaik dunia.

Apapun aku tabik juga dengan Pegawai TLDM ini yang kekal tenang sepanjang pertandingan walaupun adakalanya dia merasai pergerakan bayi (foetal movement) dalam kandungannnya.

Tuesday, June 12, 2012

Chong Wei Diharap Selesai Masalah Peribadi

Majlis Sukan Negara (MSN) sedia membantu Datuk Lee Chong Wei mengatasi apa jua masalah peribadi yang dihadapinya bagi memastikan pemain nombor satu dunia itu dapat membuat persediaan secukupnya bagi menghadapi temasya Sukan Olimpik London bulan depan.

“Masalah-masalah peribadi seperti ini tidak dapat kita elakkan, saya berharap Chong Wei dapat menanganinya dengan sebaik mungkin,” kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong ketika mengulas mengenai bapa Chong Wei, Lee Ah Chai, 59, yang dilaporkan cuba membunuh diri semalam.

Menurut Zolkples, beliau ada menghantar mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada Chong Wei pagi ini meminta supaya menggunakan kebijaksanaannya menyelesaikan masalah yang dihadapi itu.

“Saya juga menawarkan bantuan saya sekiranya diperlukan,” kata Zolkples ketika ditemui pemberita hari ini.

“Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab, Chong Wei mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap keluarganya,” katanya.

Chong Wei dilaporkan masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami baru-baru ini walaupun membuat persediaan bagi Sukan Olimpik. – BERNAMA

Monday, June 11, 2012

(Gambar) Bapa Lee Chong Wei Cuba Membunuh Diri


GEORGETOWN – Bapa pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya diselamatkan daripada cubaan untuk terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 2, menghala tanah besar di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, Lee Ah Chai, 61, pada mulanya dilihat menangis di tepi laut berhampiran pusat beli-belah Queensbay Mall, Bayan Lepas.

Orang awam yang melihat kejadian itu memaklumkan kepada polis sebelum anggota peronda bergegas ke lokasi berkenaan untuk memujuknya pulang ke rumah di Taman Serumpun, Butterworth.

Menurut sumber, selepas hampir tiga jam dipujuk, Ah Chai memberitahu dia mahu pulang ke rumah dan polis mengiringi kereta dipandu lelaki itu untuk memastikan keselamatannya terjamin. – myMetro Online


Tuesday, May 29, 2012

Betul Ke Gaji Nazmi Sebulan RM300,000?



Betul Ke Gaji Nazmi Sebulan RM300,000? Jika betol la gaji si Nazmi RM 300,000 sebulan memang bertuah badan. Bagusla macam tu kan, barulah kita boleh kata beliau betol-betol berbakat dan nilai gaji tersebut juga membuktikan kelab portugal sangat menghargai beliau. 

Walaubagaimanapun, khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.
 
Ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada Nazmi itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara tetapi beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar.

“Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.

Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.

Tuesday, May 22, 2012

(Topik Hangat) Nazmi Faiz Kini Sah Milik Kelab Portugal

Nazmi Faiz sebagai pemain Beira-Mar diumumkan dalam laman web rasmi kelab itu
Nazmi Faiz ketika sedang menandatangani kontrak
Estadio da Luz
Bergambar kenangan
"Selamat tinggal abah"
Nazmi Faiz telah mencipta sejarah menjadi pemain Malaysia pertama beraksi di Eropah (di liga utama sebuah negara di Eropah) selepas berjaya mendapatkan kontrak dengan SC Beira-Mar.
Laman web rasmi kelab SC Beira-Mar telah mengumumkan bahawa pemain Harimau Muda yang berusia 17 tahun itu telah menandatangani kontrak selama tiga musim yang tamat pada Jun 2015 dengan kelab Portugal itu (namun laman web kelab tersebut tidak dapat diakses pada malam tadi).
Minggu lepas Nazmi telah selesai sesi pemilihan dengan skuad utama Beira-Mar dan telah menambat hati jurulatih Beira-Mar (dikatakan Nazmi telah bagi impak besar pada hari ketiga).
"Sukar untuk menggambarkan perasaan saya. Ini peluang terbaik saya dan saya bersyukur kerana berjaya. Beraksi di Eropah adalah impian saya.
"Saya sangat gembira dan bersemangat untuk memulakan pengalaman baru ini. Saya menyukai kelab ini sejak pertama kali saya sertai sesi latihan," kata Nazmi Faiz.
Nazmi juga akui telah dilayan dengan baik dan sangat selesa dengan rakan sepasukannya yang lain.
"Saya dilayan dengan baik dan akan sentiasa memegang kata-kata jurulatih, Ulisses Morais dan kapten pasukan, Hugo. Tunjuk ajar mereka berharga buat saya." katanya lagi.
Nazmi kini bersama skuad Harimau Muda A di Slovakia.

ESPNStar

* Tahniah Nazmi Faiz...semoga lebih menyerlah di sana, tingkatkan prestasi...buktikan kemampuan yang ada!

Link lain berkenaan Nazmi ketika ke Portugal:
Nazmi Faiz di Diario de Aveiro (Akhbar Lagi)
Nazmi Faiz Diburu Akhbar Portugal
Nazmi Dipuji Pegawai Media Kelab Portugal Beira-Mar
Nazmi Faiz Disangka Kaka Ketika di Portugal
Nazmi Mengadu Kesejukan
(Gambar) Nazmi Berjauhan Dengan Kekasihnya

Sunday, May 20, 2012

Nazmi Faiz Beraksi






 
 Lihat pada saat ke 17, mujur bukan Nazmi Faiz yang tertendang kaki pemain lawan

Ini aku kongsikan sedutan video ketika perlawanan persahabatan menentang pasukan LC Soccer (pemain dari Brazil yang akan bermain dalam Liga Divisyen 2 Portugal musim depan). Pasukan Beira-Mar pula diwakili oleh pemain yang sedia ada dan turut diserta oleh pemain yang sedang menjalani ujian pemilihan termasuk Nazmi Faiz. 

Perlawanan ini dimenangi oleh pasukan Beira-Mar dengan keputusan 4-0 hasil jaringan Marques, Camara (2 gol) dan Andre Aranha.

Friendly match agains LC Soccer (players from Brazil that will play in the portuguese 2nd division next year). The Aveiro team was a mixed of players on trial and with his own players. Beira-Mar won 4-0 (Marques, Camará (2) e André Aranha) 


Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...