Thursday, February 7, 2013

Tengku Fiella Sahkan Gaji Nazmi Faiz Terlalu Rendah


Tengku Fiella Sahkan Gaji Nazmi Faiz Terlalu Rendah

Bekas kekasih Nazmi Faiz Mansor,
Tengku Nurshufilla Tengku Shubli, 21, menafikan kepulangan Nazmi dari Portugal mempunyai kaitan dengan hubungan cinta mereka yang retak.

Tengku Fiella menjelaskan, Nazmi pernah menyatakan kepadanya hasrat untuk kembali bermain di negara ini kerana tertekan dengan gaji yang terlalu rendah dibayar oleh kelab lamanya, SC Beira-Mar.
"Tiada kaitan dengan hubungan kami. Dia memang masalah dengan kelab di sana, gaji sikit memang satu masalah.
"Dia ada memberitahu saya dua atau tiga bulan lepas (ketika masih bercinta) bahawa dia mahu balik ke Malaysia, gaji di sana sikit" 
 
Jodoh Nazmi di negara Eropah itu tidak panjang apabila dia mengambil keputusan untuk kembali beraksi dalam liga domestik dan menandatangani kontrak bersama pasukan PKNS FC.

Namun begitu Nazmi masih lagi berahsia sebab kepulangan beliau ke Malaysia dan menimbulkan polemik dan persoalan mengenai apa punca sebenar penamatan kontraknya bersama kelab lamanya.

Lantas, timbul beberapa andaian mengatakan kepulangannya mempunyai kaitan dengan hubungan yang terjalin bersama bekas kekasihnya, Tengku Fiella berikutan tindakan Nazmi sendiri melalui laman sosial Twitter miliknya yang mendakwa hubungan cinta mereka rosak ekoran tindakan pemain Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan Abd. Razak yang merampas buah hatinya itu.

Menurut sumber Utusan, Tengku Fiella menjelaskan, hubungannya dengan Nazmi sudah berakhir dan pemain itu juga tidak pernah lagi menghubunginya sejak kembali ke Malaysia.

"Dia tidak lagi menghubungi saya, saya juga begitu. Dia juga tidak pernah memberitahu saya akan bermain dengan pasukan mana di negara ini," ujarnya.

9 comments:

Anum said...

oo ini la isu

Farah Waheda Wahid said...

tertekan si nazmi ni sebenarnya... hu hu hu....

Anonymous said...

sian juga dier ye

mama aini said...

ehem..kisah2 kontroversi pemain bola lbh hebat dr selebriti..he2x..apapun semuga nazmi mengambil tindakan yg betul utk kembali beraksi di tempat sendiri..

TiranaAduka said...

uiks..adoi..

QasehnyaRania said...

dah agak dah.dok sembang dgn suami

Unknown said...

bagus jugak dia balik.hujan emas dinegeri orang hujan batu di negeri sendiri.lebih baik di negeri sendiri.
kalau yg ni pun boleh lupa...mmm :/

TiranaAduka said...

tang artis ni tirana aduka kurang.

Sis maaf lama ta tak melawat sis

Anonymous said...

sapa plak fiela ni..pemes nya di kalangan pemain bola

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...