Apakah Bentuk Pertama Bagi Kejadian Manusia
Dalam hadis ada menyebut proses pertama kejadian manusia disebut sebagai nutfah. An-Nutfah pada erti sebenarnya bermaksud air yang bersih. Menurut Imam Qurthubi dalam tafsirnya, nutfah bermaksud jumlah yang sedikit daripada air mani, bermaksud sperma.
Ini bersesuaian dengan A Dictionary of Modern written Arabic, perkataan Nutfah diterjemah sebagai setitik (drop) atau sperma. Dalam surah al-Insan pada ayat kedua, Allah swt menyatakan bahawa 'nutfatin amsyaajin' adalah nutfah yang bercampur bermaksud sperma daripada mani lelaki dan benih (ovum) daripada wanita.
Pada peringkat ini proses tersebut disebut sebagai persenyawaan (fertilization). Rasulullah saw mengambarkan bahawa satu kejadian insan itu bermula di dalam rahim ibu dengan berlakunya percampuran antara air si ayah dan si ibu. Kemudian air tersebut terus berkembang sehingga menjadi ketulan darah atau alaqah.
Majalah Q&A, Isu No.13, oleh:Ustaz Zul Ramli Mohd Razali
10 comments:
sains alQuran..
oooo faham2,kkadang tr lupa jga bab kejadian ni,dbb tu mcm lalai je kan kalau bab2 kecik mcm ni pn bleh lupe :)
kuasa allah setiap kejadian hanya allah yg maha mengetahuinya...
^_^ tersenyum2 membaca entry ni... good sharing sis...
1400 tahun yg lalu, dah terbukti tentang reproductive science ini...Itulah bukti mukjizat baginda SAW
ilmu bkn mudah nak dptkan..hanya org2 rajin saja akan mengetahuibya..tq KS
Ilmu dari Al Quran, sayangnya orang Islam sendiri kurang mengkaji kan.
esok ada Seminar Sains Dan Al-Quran di Laguna Merbok oleh Dr Daniel. Sapa berminat bileh join..
Allah maha besar
Kejadian yg amat menakjubkan dr Allah swt....
Post a Comment