Ella Dituduh Kerap Mengusung Suaminya
"SAYANG, sini kejap. I mahu kenalkan you dengan media," ungkap Norzilla Aminuddin atau nama pentasnya, Ella, kepada suaminya, Azhar Ghazali, dengan suara penuh manja.
Biarpun sedang makan, Azhar lantas bangun menghampiri Ella.
"Terima kasih sayang. I love you...muahhh," luah penyanyi rock terkenal itu dengan reaksi flying kiss ekoran kesudian suaminya mengikut permintaannya itu.
Bagi sesiapa yang tidak mengenali penyanyi terkenal itu pasti hati berkata dia seorang 'gedik' atau sengaja berperilaku manja.
Namun, bagi yang sudah mengenalinya, Ella memang seorang yang manja secara semula jadi.
Azhar yang diajukan soalan tentang sikap manja Ella ketika di rumah bersama pula secara berterus-terang memberitahu: "Jika di luar rumah Ella kelihatan sudah terlalu manja, ketika di rumah dia lebih manja daripada apa yang dilihat di luar rumah."
Lantas, juruterbang penerbangan tambang murah, Firefly itu ditebak lagi dengan soalan tidak timbulkah perasaan cemburu dalam dirinya dengan perilaku Ella yang terlalu manja itu, dia tenang menuturkan jawapan.
"Di luar sifat manja dia tidak keterlaluan. Moga manja dia itu tidak menimbulkan fitnah. Begitupun, jika ada yang tidak kena pada pandangan mata saya, setiap malam saya akan bermuhasabah dengan dia," akui Azhar ketika ditemui pada majlis pelancaran acara Larian Selamatkan Hutan 2013 anjuran Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menyambung bicaranya, ujar Azhar, sifat manja itu tiada salahnya kerana ia boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri.
Melihat kelibat Azhar yang sentiasa hadir menemani Ella pada majlis-majlis media, persoalan terus ditebak kepada Ella tentang adakah Ella sengaja mengusung suaminya.
Ujar Ella, tidak semua majlis media dihadirinya bersama Azhar.
"Azhar hanya menemani saya jika dia tidak bekerja dan tidak mempunyai apa-apa kerja yang perlu dilakukannya," luahnya.
Sumber: Kosmo
5 comments:
Dah suami dia. Tak bawa nanti difitnah pula kononnya rumahtangganya bermasalah...
ella sweet
Ala biarlah dia nak usung suami, bukan orang lain pun kan..
suka cara ella selalu bawa suaminya sana sini.. (sbb 100% terkena batang hidung sendiri, hihihi..)
Buat lah apa pun asal mereka bahagia..dia suka begitu..yang penting tidak keterlaluan dan menjolok mata terutama di khalayak ramai..kan sudah di halalkan..
Post a Comment