Showing posts with label Artis dan Selebriti. Show all posts
Showing posts with label Artis dan Selebriti. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

Ella Dituduh Kerap Mengusung Suaminya


Ella Dituduh Kerap Mengusung Suaminya



"SAYANG, sini kejap. I mahu kenalkan you dengan media," ungkap Norzilla Aminuddin atau nama pentasnya, Ella, kepada suaminya, Azhar Ghazali, dengan suara penuh manja.

Biarpun sedang makan, Azhar lantas bangun menghampiri Ella.

"Terima kasih sayang. I love you...muahhh," luah penyanyi rock terkenal itu dengan reaksi flying kiss ekoran kesudian suaminya mengikut permintaannya itu.

Bagi sesiapa yang tidak mengenali penyanyi terkenal itu pasti hati berkata dia seorang 'gedik' atau sengaja berperilaku manja.

Namun, bagi yang sudah mengenalinya, Ella memang seorang yang manja secara semula jadi.

Azhar yang diajukan soalan tentang sikap manja Ella ketika di rumah bersama pula secara berterus-terang memberitahu: "Jika di luar rumah Ella kelihatan sudah terlalu manja, ketika di rumah dia lebih manja daripada apa yang dilihat di luar rumah."

Lantas, juruterbang penerbangan tambang murah, Firefly itu ditebak lagi dengan soalan tidak timbulkah perasaan cemburu dalam dirinya dengan perilaku Ella yang terlalu manja itu, dia tenang menuturkan jawapan.

"Di luar sifat manja dia tidak keterlaluan. Moga manja dia itu tidak menimbulkan fitnah. Begitupun, jika ada yang tidak kena pada pandangan mata saya, setiap malam saya akan bermuhasabah dengan dia," akui Azhar ketika ditemui pada majlis pelancaran acara Larian Selamatkan Hutan 2013 anjuran Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menyambung bicaranya, ujar Azhar, sifat manja itu tiada salahnya kerana ia boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Melihat kelibat Azhar yang sentiasa hadir menemani Ella pada majlis-majlis media, persoalan terus ditebak kepada Ella tentang adakah Ella sengaja mengusung suaminya.

Ujar Ella, tidak semua majlis media dihadirinya bersama Azhar.

"Azhar hanya menemani saya jika dia tidak bekerja dan tidak mempunyai apa-apa kerja yang perlu dilakukannya," luahnya.



Sumber: Kosmo



Sunday, February 3, 2013

Nur Fathia Bangkit Semula


Nur Fathia Bangkit Semula


FATHIA mula mencuri tumpuan apabila selepas muncul dalam iklan syampu Sunsilk, dirinya dilamar sebagai pelakon. Bermula dengan drama rantaian Hani, namanya mula menjadi sebutan apabila berlakon drama Nur Kasih memegang watak Nabila iaitu sahabat Nur Amina lakonan Tiz Zaqyah.

Bagaimanapun, baru mengecap populariti, Fathia mencetuskan kontroversi apabila mengamuk di lokasi dalam insiden baling telefon kepada pengarah Along Kamarudin ketika penggambaran drama Stanza Cinta pada 2011.

Bangkit daripada kesilapan, Fathia kembali mendapat kepercayaan penerbit dengan watak lebih mencabar. Kebolehannya terus diuji dengan membintangi filem Al Hijab dan bakal muncul dalam filem Darah Panas dengan karakter lebih mencabar apabila diberi watak gadis naif yang dijadikan pelacur.

Anak sulung daripada empat beradik ini mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan pernah dicalonkan dalam senarai Top 5 Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) bersama Tasha Shila, Izara Aishah, Neelofa dan Najwa Latiff.


Biodata
Nur Fathia:
 
Nama sebenar: Nur Fathia Abd Latiff
Tarikh lahir: 1 September 1987
Tempat lahir: Ayer Hitam, Pulau Pinang

Drama: Stanza Cinta, Joe & Faridah, Dunia Batinku, Di Bawah Ketiak Isteri, Bila Musang Berjanggut, Cinta Halal, Bertaut Kasih, Tongkah Arus Dosa
 
 
 
 

Sunday, January 27, 2013

3 Gambar Naira Mikayla, Anak Nabil dan Nazirah



 3 Gambar Naira Mikayla, Anak Nabil dan Nazirah

Setiap pasangan yang sudah berumahtangga, pasti akan merasa bahagia dengan kehadiran cahayamata yang di tunggu-tunggu selama 9 bulan dalam kandungan. Begitu juga dengan pasangan Nabil & Nazirah pasti akan merasa bahagia dan keluarga yang lengkap selepas dikurniakan cahayamata pertama, Naira Mikayla. 
 
Menurut portal OHBULAN, Naira Mikayla baru berusia 3 bulan ini kelihatan sihat dan comel ketika merakamkan beberapa keping foto untuk tatapan peminat. Dah besar nanti mesti comel Naira Mikayla ni macam ibunya. Semoga Naira Mikayla membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah dan bertanggungjawab.
 
Nabil & Nazirah Ayub telah bernikah pada 30 September 2011 dan Nazirah selamat melahirkan anak perempuan pada 25 November 2012 melalui kaedah pembedahan.




Kredit Foto & Info: Ohbulan

 

Wednesday, January 23, 2013

Pemuda Berusia 27 Tahun Pilihan Raja Azmi


Pemuda Berusia 27 Tahun Pilihan Raja Azmi
 
Produser filem, Raja Azmi Raja Sulaiman, 54, mengakui, beliau kini bahagia dan sedang dilamun cinta dengan seorang jejaka yang jauh lebih muda daripadanya.

Beliau berkata, jarak usia 27 tahun bukan penghalang untuk mereka menjalin hubungan cinta kerana jejaka tersebut, seorang pemain gitar di sebuah kelab terkemuka di ibu kota telah berjaya mencuri hatinya.
"Perkenalan kami baru sebulan dan dia membuat saya merasai semula perasaan cinta yang sekian lama terpadam.
"Setakat ini, keluarga saya dapat menerima kehadiran dia walaupun pada mulanya, anak-anak terkejut dengan berita ini. Saya akan bertemu keluarganya dalam tempoh terdekat ini."
Menurut beliau, percintaannya dengan jejaka yang pangkal namanya bermula dengan huruf H terjalin pada pandangan kali pertama.
"Rasanya tidak salah jika H dapat mengetuk pintu hati saya untuk bercinta lagi kerana perasaan itu sudah lama hilang. Saya akui bahagia bersama H."
  
Sumber: Utusan

Thursday, January 17, 2013

Anne Ngasri Mula Rasa Loya



Anne Ngasri Mula Rasa Loya
 
Pelakon Anne Ngasri, 28, sudah mula berasa loya selepas mendirikan rumah tangga pada 22 Disember lalu. Cepat betol ye Anne Ngasri dah mengandung ker? Bunting pelamin agaknya tu, tapi bagus juga beranak muda-muda ni, dah berusia nanti anak-anak dah besar panjang. 
 
Anne yang berkahwin dengan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO, Mohd. Sumali Reduan, 41, berkata, dia tidak mahu terburu-buru membuat kesimpulan.

“Memang saya sering rasa loya tapi belum bertemu doktor untuk pengesahan lanjut. Tunggulah seminggu dua lagi jika keadaan ini berterusan, baharu saya pergi bertemu doktor," katanya.

Bagaimanapun ibu kepada tiga orang anak melalui perkahwinan terdahulunya, berkata, dia tidak kisah jika dikurniakan anak secepat mungkin. 
 
 
Sumber - UTUSAN

Tuesday, January 15, 2013

Lisa Surihani Kehilangan wang RM50,000




Lisa Surihani Kehilangan wang RM50,000

PELAKON wanita popular, Lisa Surihani menyerahkan kes kehilangan wang dipercayai RM50,000 kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Laporan media tempatan hari ini mengatakan Lisa dan ibunya, Siti Amira Ahmad mengalami kerugian apabila kad ATM mereka disalahgunakan oleh pihak ketiga.

Mereka telah merujuk perkara itu kepada pihak bank sebelum diberitahu kad ATM mereka sudah tidak boleh digunakan kerana telah ditukar oleh orang lain.

Lisa dan ibunya sudah membuat laporan polis berkenaan kehilangan wang dari akaun banknya itu, Jumaat lalu.

 
 
 
 

Friday, January 11, 2013

Eira Syazira dan Azad Jazmin Dapat Puteri Sulung


Eira Syazira dan Azad Jazmin Dapat Puteri Sulung

Tahniah kepada pasangan pelakon, Eira Syazira dan Azad Jazmin di atas kelahiran puteri sulung mereka pagi tadi.

“Alhamdulillah, isteri tercinta Eira Syzira telah selamat melahirkan anak perempuan... masa kelahiran: 8.50 lagi. Tarikh lahir: 11 Januari 2013. Amin. Saya seorang ayah sekarang,” tulisnya di laman mikro Twitter milik isterinya, Eira jam 9.29 pagi tadi.

Bayi perempuan itu dikatakan mempunyai bulu mata yang panjang.

Semoga bayi mereka berdua membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.. 




Sunday, December 30, 2012

5 Selebriti Paling Kontroversi Sepanjang Tahun 2012


5 Selebriti Paling Kontroversi Sepanjang Tahun 2012

Rita Rudaini & perang rumah tangga

Awal 2012, Rita Rudaini mengejutkan peminat dan media apabila bertelingkah dengan adik iparnya, Zaquan Adha yang juga pemain bola sepak negara menerusi laman sosial Twitter.

Mereka yang sememangnya tidak mesra sejak perkahwinan Rita dengan abang Zaquan, Aidil Zafuan dikatakan saling berbalas sindiran menerusi akaun Twitter masing-masing. Malah, isteri Zaquan, Ayu Raudhah, turut terheret sama dalam pertelingkahan ini, apabila dikatakan menjadi batu api. Berikutan pertelingkahan itu, Aidil dikatakan bertindak keluar dari rumah tanpa sebarang alasan.

Dalam pada keretakan yang semakin parah itu, Jue Aziz pula dikaitkan sebagai orang ketiga dalam perkahwinan mereka dan menjadi penyebab Aidil untuk berubah hati.

 
Si cantik Neelofa

Neelofa menjadi artis pucuk muda paling diperkatakan pada tahun ini. Apa tidaknya, bintang utama Azura 2012 ini kini dikatakan hangat menjalinkan hubungan cinta dengan penerbit, pengarah dan pelakon, Hans Isaac. Lebih hangat lagi, mereka dikatakan bercuti bersama-sama di Thailand pada pertengahan tahun ini, namun akhirnya membuat penjelasan berada di lokasi berbeza.

Tidak lama selepas itu, Hans menerusi sebuah portal mengakui menjalinkan hubungan cinta dengan Neelofa, bagaimanapun akhirnya menegaskan ada salah faham dalam laporan itu.

Tidak cukup dengan kisah percintaan, nama Neelofa turut terpalit dengan kontroversi berikutan pergaduhannya dengan Anzalna dan Tasha Shila, apabila Neelofa dikatakan cemburu dan tidak berpuas hati dengan kemenangan Tasha Shila yang berjaya menewaskannya di dalam Anugerah Bintang Populuar 2011 menerusi kategori Artis Baru Wanita Popular.

 


Abby Abadi & Twitter

Penghijrahan Abby Abadi untuk berubah ke arah Muslimah sejati pada mulanya mendapat sambutan baik, bukan sahaja dari teman selebriti yang turut sama berubah, bahkan peminat dan media.

Namun, kontroversi bermula apabila Abby menyertai parti politik. Sejak itu, Abby dilihat semakin berani mengkritik bukan saja golongan selebriti bahkan orang kenamaan dan kerajaan.

Menggunakan medium Twitter dan Facebook, Abby mencetuskan kontroversi sebaik membuat pengakuan semakin sukar mendapat tawaran.

Bagaimanapun, perkara itu mendapat perhatian beberapa rakan artis sehingga ada yang tampil menempelak kenyataannya.

Abby sekali lagi mengundang kontroversi apabila berani menyelar Polis Diraja Malaysia (PDR M), sehingga menarik perhatian rakan seperjuangannya dalam drama Gerak Khas, Datuk AC Mizal untuk berdebat, namun perkara itu diam sebegitu sahaja.

Tidak terhenti di situ, Abby kembali mencuri perhatian apabila mempertikaikan kenyataan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri, berhubung isu hudud.




Kisah cinta Rozita Che Wan
 
Sejak awal tahun lagi, nama Rozita Che Wan hangat diperkatakan. Pelakon jelita ini didakwa berkahwin dengan Datuk K, suami kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Tidak terhenti dengan kisah Datuk K, nama Rozita kemudiannya dikatakan menjadi rebutan tiga jejaka, Beego, Shah Iskandar dan Zain Saidin. Semuanya garagara laporan sebuah akhbar yang mendedahkan kisah Rozita dan Beego jalan berpimpin tangan di sebuah pusat membeli-belah terkemuka.

Nama Rozita juga menjadi sebutan apabila percutiannya ke London bersama adiknya, Ayu ditaja oleh seorang ahli politik. Tidak cukup dengan kisah cinta, nama Rozita terus panas dengan kewujudan sekeping gambar bogelnya.

Namun, ia turut dinafikan oleh Rozita dan menganggap ia adalah pelanduk dua serupa.


Bila Zed Zaidi berkuasa
 
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mula mencetuskan kontroversi apabila mempertikaikan kemenangan Aaron Aziz sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular 2011. Ketika itu, Aaron belum lagi mendapat taraf kewarganegaraan.

Selain itu, Zed secara lantang, menyekat kemasukan artis luar secara berleluasa dan pernah mempersoalkan permit kerja dua artis Indonesia, Randy Pangalila dan Julia Perez.

Ketika Mesyuarat Agung Seniman yang lalu, pelantikan Zed turut dipertikaikan kerana ada beberapa isu berbangkit dalam persatuan yang belum selesai.

Namun, kini Zed menjadi Presiden persatuan yang paling aktif dan lantang bersuara dalam membela nasib artis tempatan.


Sumber: Sinar



Saturday, December 22, 2012

16 Gambar Majlis Nikah Anne Ngasri dan Mohd Sumali Reduan

16 Gambar Majlis Nikah Anne Ngasri dan Mohd Sumali Reduan 


Tahniah buat Anne Ngasri dan suami

Hari ni 22 Disember 2012 berlangsung majlis pernikahan antara Anne Ngasri dan Mohd Sumali Reduan yang bertempat di kampung halaman pengantin perempuan di Benut, Pontian Johor. Menurut sumber rotikaya, majlis pernikahan Anne Ngasri berlangsung sekitar 11.00 pagi tadi dengan sekali lafaz, Anne Ngasri sah bergelar isteri kepada Sumali Reduan dengan mas kahwin bernilai RM22.50 & hantaran RM11,111.
Suka tengok muka Anne yang sentiasa ceria dan berseri-seri. Semoga rumahtangga mereka berdua akan kekal bahagia hingga je Jannah, dirahmati dan diberkati Allah swt..




















Sumber: Rotikaya



Monday, November 12, 2012

Nak Tengok Istanbul Aku Datang



Ada sesiapa yang dah tengok ke filem Istanbul Aku Datang, lakonan Lisa Surihani yang cute ni. Rasa macam best jer dan teringin nak tengok la plak kat pawagam bila dah tengok the making of Istanbul Aku Datang

 





Istanbul Aku Datang merupakan sebuah filem hasil kerjasama Grand Brilliance dan Red Films berjaya membawa para penonton menikmati keindahan pemandangan negara Istanbul,Turki. Boleh diklasifikasikan sebagai satu bonus untuk sebuah filem romantik untuk berlatarkan pemandangan yang begitu memukau.

Kisah bermula apabila Dian (Lisa Surihani) ke Istanbul untuk mengejutkan teman lelakinya, Azad (Tomok) yang merupakan pelajar jurusan medik. Dian bertekad untuk mengambil kursus pendek di sana disamping merancang pelbagai taktik bagi menyakinkan Azad untuk melamarnya sebelum Dian pulang ke tanahair.

Namun perancangan dan kegembiraan Dian terbantut apabila Azad meminta Dian untuk menyewa rumah sendiri. Dian mencekalkan diri dan meminta bantuan seorang lelaki Turki untuk menyewakan sebuah bilik. Malangnya Dian telah ditipu sehingga memaksanya untuk berkongsi rumah dengan Haris (Beto).

Lakonan bersahaja Beto, Lisa dan juga Tomok dilihat telah berjaya menghidupkan watak masing-masing. Beto dilihat begitu berbeza kerana kebanyakkan adegan perlu dipersembahkan melalui ekspresi muka serta permainan emosi.

Walaupun nampak sedikit janggal penyatuan Tomok dan Lisa sebagai pasangan namun percubaan pertama Tomok menerusi filem romantik komedi dilihat menjadi. Tomok berjaya membuat penonton membencinya melalui lakonannya dalam filem tersebut.

Filem ini juga menampilkan Aizat buat pertama kalinya di layar perak sebagai watak pembantu. Selain itu, Tomok dan Aizat turut menyumbangkan suara mereka untuk mewarnai lagi keindahan filem romantik komedi ini.



kredit info: Gua.com

Thursday, November 8, 2012

Chef Riz Mengaku Sudah Bercerai Dengan Isterinya, Ana Dahlia


Gambar perkaahwinan Ana Dahlia & Chef Riz yang hanya tinggal kenangan.

Menurut Kosmo Online, Chef selebriti, Chef Riz, mengesahkan kebenaran desas-desus yang tersebar luas ketika ini bahawa dia sudah pun bercerai dengan isterinya, pelakon Ana Dahlia.

“Ya, saya memang sudah bercerai,” kata anak sulung Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan, 30, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci perceraian berkenaan.

Baru-baru ini, pasangan tersebut dikatakan telah mengambil borang permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Kajang, Selangor.

Chef Riz mengakui perceraian itu berpunca daripada ketiadaan persefahaman antara mereka sejak melayari bahtera perkahwinan 11 bulan lalu.

Dia juga mengakui perkenalan singkat hanya selama lapan bulan turut menjadi punca keruntuhan rumah tangganya.

Ana Dahlia, 29, yang merupakan pelakon filem Mantra diperkenalkan kepada Che Riz oleh adiknya sendiri, Serina.

“Saya akui kami kahwin terlalu cepat, hanya selepas lapan bulan berkenalan. Selepas berkahwin tidak sampai setahun, kami berdua nampaknya tidak lagi mempunyai persefahaman dan perceraian adalah jalan terbaik buat kami,” ujarnya.
 
 
 

Saturday, November 3, 2012

Gambar Pernikahan Farid Kamil dan Dania Danielle yang Unik dan Menarik




Tahniah buat Farid Kamil & Dania Danielle yang kini telah bergelar suami isteri yang sah. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.
Hanya dengan sekali lafaz, aktres jelita, Diana Danielle secara rasmi telah pun bergelar isteri kepada pengarah dan pelakon, Farid Kamil selepas mereka diijabkabulkan di Hotel Flaminggo, kira-kira jam 9.12 pagi tadi.

Diana Danielle menerima Mas kahwinnya sebanyak RM10,000 dan wang hantaran perkahwinan pula ialah 20,000 nilai emas.

Diana Danielle atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 21 yang menerima lima dulang hantaran telah membalas tujuh dulang hantaran kepada pihak lelaki.

Hantaran pengantin lelaki kepada Diana ialah mini bike Kawasaki KSR 1000, telekung & Al-Quran, cincin Tiffany & Co, sireh junjung, dan wang tunai & cincin.

Hantaran berbalas dari pihak perempuan kepada suaminya pula adalah set wangian Hugo Boss, cincin dan wallet, majalah polo, mini bike Kawasaki KSR 1000, sireh junjung, manisan dan foto album.

Upacara pembatalan air sembahyang telah disertakan dengan sebentuk cincin berlian.

Majlis pernikahan Farid Kamil & Dania Danielle sangat unik dan menarik kerna ia bertemakan majlis perkahwinan ala taman, dihadiri kira-kira 300 orang tetamu yang terdiri daripada kalangan ahli keluarga, saudara mara serta rakan terdekat kepada pasangan pengantin.

Pada malam ini jam 9.00 malam di saluran Astro Ria (saluran 104) dan di Astro On-The-Go, jangan lupa menonton dan menyaksikan liputan eksklusif perjalanan percintaan pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle.

 
 
 
Kredit Foto: Roti Kaya
                    Beautiful Nara



Wednesday, September 5, 2012

Aaron Aziz ke Universiti Utara Malaysia (UUM) Esok


Dengan gaya korporat...sesuai dengan persekitaran UUM
Mesti bising pelajar UUM yang minat dengan pelakon kacak Aaron Aziz, kerana mereka belum lagi kembali ke kampus untuk pendaftaran masuk semester baru yang dijadualkan Jumaat ini. Aaron akan muncul di majlis Perasmian Penutup Bengkel Kesedaran HIV AIDS di Universiti Utara Malaysia (UUM) esok. 

Malam ini Aaron dijangka sampai di Alor Setar dalam jam 9.30 pm dan melalui Tweeter nya pada jam 8 lebih tadi, turut mengesahkan. 

Kehadiran artis popular tersebut pada majlis berkenaan sebagai tetamu kehormat selebriti riben merah. Majlis berkenaan dijadual bermula pada pukul 4 petang dan bakal berlangsung di Dewan Serbaguna Pusat Kegiatan Pelajar UUM di Sintok, Kedah. Turut dijadual hadir pada majlis berkenaan ialah Naib Presiden Majlis AIDS Malaysia (MAM), Prof. Dr. ISmail Baba dan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak.





Wednesday, August 1, 2012

Lagi Pelakon Hebat Bertudung Selepas Mendapat Hidayah



Penyampai radio Hot FM Sharifah Aleya mengakui sejak mengenakan tudung bermula 1 Ramadan lalu (21 Julai 2011), dia berasa selesa dan tidak kekok dengan penghijrahan tersebut.

Aleya atau Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al Yahya berkata, dia enggan berkongsi sebab-sebab perubahan diri itu, namun menyifatkan ia adalah satu transisi normal bagi seorang wanita beragama Islam.

"Alhamdulillah, sepanjang seminggu lebih bertudung, saya tidak berasa kekok, malah selesa dengan penghijrahan ini.

"Cuma kalau boleh saya enggan berkongsi kenapa perubahan ini dilakukan. Ia sangat peribadi buat saya. Cukuplah masyarakat dah tahu yang saya dah bertudung dan doakan saya yang terbaik," katanya.

Tambah Aleya, dia juga bersyukur dan gembira apabila penghijrahannya itu disokong keluarga serta rakan-rakan dan berharap agar imej sebegitu kekal sehingga akhir hayat.

Sementara itu, walaupun Ramadan tahun ini pertama kali dilalui tanpa suami di sisi, Aleya merasakan ia tidak memberi kesan buatnya untuk beribadat kerana sering dikelilingi keluarga serta dua orang anak kembarnya, Aza Ameena dan Asha Ameena yang berusia tiga tahun.

"Bagi saya, Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan setiap tahun dan ia sangat istimewa untuk kita sebagai umat Islam menjalani ibadat puasa.

"Malah inilah masanya untuk kita mengikat silaturahim dengan menghabiskan masa bersama keluarga," ujarnya.

Dalam pada itu, Aleya berkata, dia juga memastikan segala kerja-kerja pengacaraan yang dibuat selesai sebelum Ramadan agar dapat menikmati saat-saat bersama keluarga bagi setiap ibadat yang dilakukan.

"Ramadan juga membuatkan saya dan adik beradik yang lain berlumba-lumba untuk memasak bagi juadah berbuka puasa. Sampaikan kami cuba untuk mengalahkan ibu kami (Fatimah Abu Bakar) untuk muncul dengan masakan terbaik.

"Bagaimanapun, macam biasa, ibu kamilah yang menjadi juara dalam hal-hal masakan," selorohnya yang gemar memasak lauk daging kicap. (Mstar)

Ibadah Aida Khalida Lebih Lancar Sejak 'Berhijrah'


Dramatis popular Aida Khalida walaupun sudah berusia tetap tampak muda dan anggun. Kini Aida sudah berhijab dan beliau mengakui urusan ibadahnya menjadi lebih mudah dan lancar sejak dia melakukan penghijrahan kira-kira empat tahun lalu.

Aida, 55, berkata jika sebelum ini dia berdepan kesukara
n untuk melaksanakan ibadah termasuk berpuasa dan solat, segalanya berubah selepas dia memilih untuk berhijrah.

Petikan dari Mstar online
“Bayangkan, sebelum ini saya akui begitu payah dan ‘berat’ sangat untuk melakukan ibadah bersolat dan berpuasa.

“Namun bukan hendak takbur atau cakap besar tetapi sejak berhijrah saya tidak mempunyai masalah langsung atau keberatan untuk melakukan ibadah,” katanya ketika dihubungi di sini.

“Kerja lakonan berjalan seperti biasa dan tiada sebab untuk saya berehat atas alasan berpuasa. Semuanya fleksibel dan kita sebagai Muslim kena bijak mengimbangi antara kerja dan ibadah.

“Walaupun usia makin meningkat, saya tidak mengalami kepenatan untuk berpuasa kerana sudah terbiasa melakukan puasa sunat hampir setiap minggu sejak berhijrah,” katanya.

“Alhamdulillah, pendapatan lakonan saya tidak terjejas, malah rezeki itu menjadi lebih berkat sejak saya bertudung.

“Kalau sebelum ini, dapat sebanyak mana pun wang pasti akan habis begitu sahaja tetapi sekarang rezeki itu sentiasa ada. Itulah perkara terhebat yang saya peroleh berkat penghijrahan ini,” katanya.
Terbaru, bekas isteri kepada penyanyi Joe Radzwill ini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Syahadat Cinta untuk TV AlHijrah.

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...