Wednesday, February 6, 2013

Khasiat Buah Sukun yang Kita Tak Tahu


Khasiat Buah Sukun yang Kita Tak Tahu


Buah sukun mengandungi banyak Vitamin A dan Vitamin C. Kajian makmal menunjukkan setiap 100 gram buah sukun mengandungi Air (65-85 gram), Karbohiderat (21 - 31 g), Protin (1.2 - 1.4 g), Lemak (0.2 - 0.5 g), Besi (0.4-1.5 g ), Posforus (52 - 88 mg), Kalsium (8-32 mg), Vitamin A (26-40 IU), Thiamine (0.10-0.14 mg), Niacin (0.7 - 1.5 mg) dan Vitamin C (17 - 35 mg). 
 
Daun sukun juga mengandungi unsur Kamforol dan juga Kuersitin. Getah putih mengandungi Asid Serotik. Khasiat utama berkaitan dengan bahan kuersitin yang diambil dengan masa lama (jangkamasa panjang) akan menyebabkan mereka kurang risiko sakit jantung atau kena stok apaabila tua.

Dari segi khasiat perubatan tumbuhan sukun banyak gunanya. Akar sukun yang direbus dan diminum dapat merawat masaalah cirit birit dan disenteri. Buah sukun yang masak pula boleh direbus dengan air dan dicampur dengan sedikit gula lalu diminum didapati mampu mengatasi masalah hempedu hati, perut dan juga usus besar. 
 
Kulit buah sukun muda yang dikupas dan direbus kemudian diminum dipercayai mampu melawaskan buang air kecil. Isi buah sukun muda yang direbus juga dan airnya diminum mampu jadi ubat batuk. 
 
Bunga sukun yang dipanaskan dan bila sejuk disapu pada bahgaian gusi akan menghilangkan sakit gigi dan juga sakit gusi. Getah pada pokok dikutip dan dicairkan dengan air hujan dan diminum akan merawat cirit birit. Air rebusan getah sukun juga boleh disapu pada luka-luka. Ada pula kepercayaan mengambil kulit batang sukun dan dicampur dengan ramuan lain dan direbus dimana airnya diminum untuk ibu selepas bersalin.

Daun sukun yang direbus dan air rebusannya diminum apabila sejuk akan mengurangkan tekanan darah tinggi dan melegakan asma. Ada dikalangan masyarakat kampong ada yang mengamalkan mengunyah daun sukun muda dan ditelan sebagai penawar kepada keracunan makan. 
 
Bolehlah anda cuba yang ini.... Daun sukun diramas-ramas dan ditampalkan dikepala dipercayai menghilangkan sakit kepala. Satu lagi khasiat daun sukun adalah dengan daun sukun dipanggang dulu dan ianya dihancurkan, campur air dan ditampal didada untuk rawatan Bengkak Limpa. 
 
Paling istimewa pula adalah dengan ambil daun sukun dan di bakar, habuknya di campur minyak kelapa dan kunyit untuk disapu pada kulit yang berpenyakit Kayap yang bergerak seperti Herpes. Apa-apa juga khasiat yang dinyatakan diatas perlukan kajian klinikal untuk mendapatkan kepastian. 
 
Buku karangan Ong Hean Choi terbitan Utusan Publication dijadikan rujukan untuk perkara diatas ditambah dengan pengalaman penulis sendiri. Mungkin boleh dijadikan sebagai petua sahaja. 




14 comments:

Acik Erna said...

assalam kasih salina..terima kasih kongsikan disini..acik suka makan buah..goreng ke buat pengat ke..makajn kerepek sukun pun suka..rupanya boleh jugak jadi ubat ye

Anum said...

great share

Lynn said...

As salam Salina..

Hmm lyn suke jugak buah sukun nie tapi sejak akhir-akhir ni rasa macam sebu perut kalau makan banyak-banyak...

NzA said...

banyak rupanya khasiat sebatang pokok sukun nie...Selama ni makan buahnya je...

Unknown said...

salam.. bnyk guna nye. selalu makn sukun goreng n kerepek sukun jer. tq

Kayu Manis said...

mac tu ye KS..BARU tahu..

rumah mak cik banyak buahnya..

kita tau goreng je..cicah dgn gula

CeqGu said...

banyak khasiat rupanya si sukun ni...tapi cikgu kurang suka makan buah ni

Kamsiah yusoff said...

kakak tau khasiatnya mengenyangkan perut ja bila dgoreng hehe..
thanks atas info yg diberi

ANIM said...

walaupun orang kata sukun ni lebih sedap dari keledek..
kak tetap lebih suka keledek..

ummiross said...

Ummi pun suka sukun goreng, tak tau pula banyak khasiat sukun ni.Tq for the info.

Ibu Lala said...

Sedap la buah ni...

Fiza Rahman said...

Suka juga buah sukun. Susah nak cari sukun goreng.

mama aini said...

thanks atas info ni.. ;)

QasehnyaRania said...

betul tu.saya pernah buat n3 pasai sukun juga..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...