Saturday, February 2, 2013

Resepi Nasi Ayam Salai Lemak Cili Api, Air Tangan Datuk Dr Fazley

Nasi AYam Salai Lemak Cili Api Dr. Fazley yang berharga RM 8.70

Nasi Ayam Salai Lemak Cili Api, Air Tangan Datuk Dr Fazley

Peminat yang mengimpikan untuk merasai resipi daripada air tangan Juara Masterchef Selebriti Malaysia, Datuk Dr Fazley Yaakob boleh memenuhi impian berkenaan selepas beliau menghasilkan menu terbaharu iaitu Nasi Ayam Salai Lemak Cili Api.

Menurut Fazley, menu itu digabungkan dengan masakan Negeri Sembilan yang dihidangkan dalam bentuk ayam salai bersama masak lemak cili api, sambal merah dan sambal terung hijau, sup serta beberapa ketulan nasi yang di gumpal seperti bebola.

“Ia adalah masakan berbeza yang saya ilhamkan sendiri dalam usaha saya untuk mengangkat makanan Negeri Sembilan ke peringkat antarabangsa,” kata Fazley selepas majlis memperkenalkan menu itu di restoran My Mom's Chicken Rice (MMCR) milik pengacara Linda Onn cawangan Ampang di sini pada Khamis.

MMCR satu-satunya restoran yang menyediakan menu berkenaan hasil kerjasama Fazley dan Linda untuk tempoh tiga bulan. Ia dijual dengan harga RM8.70 sepinggan.

Menariknya, ayam untuk resipi tersebut dipanggang terlebih dahulu manakala kuah masak lemak yang dimasak berasingan akan dituang di atasnya ketika hendak dihidangkan.

Resepi Nasi Ayam Salai Lemak Cili Api ini sebagai memenuhi impian peminatnya yang sering meluahkan hasrat untuk menikmati makanan daripada air tangannya sendiri selepas beliau menjadi juara dalam pertandingan Masterchef Selebriti.

Buat masa ini beliau melakukan kolaborasi dengan menyediakan resipi berkenan di restoran milik Linda Onn cawangan Ampang dan akan meneruskan ke restoran-restoran terpilih tidak lama lagi dengan resipi berbeza.

Selain itu Fazley akan menghasilkan sebuah buku masakan iaitu Dari Rembau ke Padang pertengahan Jun depan yang turut menyediakan aplikasi video bagi pengguna telefon pintar. Pemilik telefon berkenaan boleh mengimbas menu-menu terpilih untuk melihat bagaimana beliau menyediakan resipi berkenaan dalam bentuk video suara.


mStar

5 comments:

MulutPayau said...

Nampak sedap sangat...

ANIM said...

pandai segala dr fazley ni kan?

mama aini said...

ehem..terliur mama tgk.. nanti nak try la.. ;)

Umialya said...

sedapnya..

OKje said...

Wah....resepi baru tuk restoran Linda on ni....

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...