Showing posts with label Resepi - Aneka Nasi. Show all posts
Showing posts with label Resepi - Aneka Nasi. Show all posts

Thursday, February 7, 2013

Nasi Kerabu Daging Bakar


Nasi Kerabu Daging Bakar

 Kalau ke Pasar malam, Nasi Kerabu Daging Bakar ni lah yang aku cari, dapat makan seminggu sekali pun kira ok lah. Aku tak pasti lah pokcik dan mokcik yang menjual ni orang kelate ke orang Terengganu dan yang pastinya nasi kerabu ni lah yang paling sedap di tempat aku ni. 

Ramai yang duk berebut beli, biasanya aku akan ambil lauk daging bakar bersama telur masin. Macam-macam lagi lauk yang ada termasuklah ayam goreng, ikan celup tepung, solok lada, dll. 

Ada sesetengah orang tak dok selera nak makan nasi yang warna biru ni, apatah lagi nasi kerabu ni campur dengan budu. Nasi kerabu pokcik ni tak terasa sangat budu nya, kira hubby aku pun boleh la telan dan kunyah dengan keranggupan taugeh dan kobis yang dicincang halus.


 

Saturday, February 2, 2013

Resepi Nasi Ayam Salai Lemak Cili Api, Air Tangan Datuk Dr Fazley

Nasi AYam Salai Lemak Cili Api Dr. Fazley yang berharga RM 8.70

Nasi Ayam Salai Lemak Cili Api, Air Tangan Datuk Dr Fazley

Peminat yang mengimpikan untuk merasai resipi daripada air tangan Juara Masterchef Selebriti Malaysia, Datuk Dr Fazley Yaakob boleh memenuhi impian berkenaan selepas beliau menghasilkan menu terbaharu iaitu Nasi Ayam Salai Lemak Cili Api.

Menurut Fazley, menu itu digabungkan dengan masakan Negeri Sembilan yang dihidangkan dalam bentuk ayam salai bersama masak lemak cili api, sambal merah dan sambal terung hijau, sup serta beberapa ketulan nasi yang di gumpal seperti bebola.

“Ia adalah masakan berbeza yang saya ilhamkan sendiri dalam usaha saya untuk mengangkat makanan Negeri Sembilan ke peringkat antarabangsa,” kata Fazley selepas majlis memperkenalkan menu itu di restoran My Mom's Chicken Rice (MMCR) milik pengacara Linda Onn cawangan Ampang di sini pada Khamis.

MMCR satu-satunya restoran yang menyediakan menu berkenaan hasil kerjasama Fazley dan Linda untuk tempoh tiga bulan. Ia dijual dengan harga RM8.70 sepinggan.

Menariknya, ayam untuk resipi tersebut dipanggang terlebih dahulu manakala kuah masak lemak yang dimasak berasingan akan dituang di atasnya ketika hendak dihidangkan.

Resepi Nasi Ayam Salai Lemak Cili Api ini sebagai memenuhi impian peminatnya yang sering meluahkan hasrat untuk menikmati makanan daripada air tangannya sendiri selepas beliau menjadi juara dalam pertandingan Masterchef Selebriti.

Buat masa ini beliau melakukan kolaborasi dengan menyediakan resipi berkenan di restoran milik Linda Onn cawangan Ampang dan akan meneruskan ke restoran-restoran terpilih tidak lama lagi dengan resipi berbeza.

Selain itu Fazley akan menghasilkan sebuah buku masakan iaitu Dari Rembau ke Padang pertengahan Jun depan yang turut menyediakan aplikasi video bagi pengguna telefon pintar. Pemilik telefon berkenaan boleh mengimbas menu-menu terpilih untuk melihat bagaimana beliau menyediakan resipi berkenaan dalam bentuk video suara.


mStar

Wednesday, August 17, 2011

Resepi Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah


Nasi Tomato
Resepi Nasi Tomato

Bahan-bahan (4 orang)

2 cawan beras basmati (beras biasa pun ok jer, sedap jugak)
2 biji tomato dipotong potong dadu
2 cawan air
1/2 cawan susu cair
3 sudu besar sos tomato

2 sb tomato puree(jika suka)

1 helai daun pandanl
sedikit garam

Bahan tumis: 
 
2 sudu mentega@minyak sapi
2cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
*2 biji bunga cengkih
2 ulas bawang putih, dihiris
1/2 bawang besar dihiris
 
Hiasan
Bawang goreng

Cara-cara


1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan.
2. Panaskan mentega@minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, buah tomato, tomato puree (jika letak), susu cair, air, daun pandan dan sedikit garam.
4. Masaklah nasi macam biasa. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng.




Ayam Masak Merah


Resepi Ayam Masak Merah
 
Bahan-bahan (4 orang)

1/2 ekor ayam 
sedikit garam
serbuk kunyit

Bahan-bahan kisar

4-5 biji cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato, potong dadu
1/2 cawan sos tomato
*2sb tomato puree

Bahan Hias
1/2 biji bawang besar, potong bulat
kacang hijau @ Mix vegetable (jika suka)

Cara-cara:
1. Bersih ayam.
2. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit.
3. Goreng sehingga 2/3 masak
4. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato, buah tomato dan tomato puree sehingga naik bau. 
5. Kemudian barulah dimasukkan sos, buah tomato dan tomato puree . Tumis sehingga naik minyak.
6. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan. Perasakan dengan garam atau sos tomato jika perlu.
7. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api dan sedia dihidang.




Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...