'Spider-Man' Panjat Hotel di Cuba
"Memanjat adalah satu cara untuk mendalami sesebuah negara atau budaya," kata pelagak ngeri Perancis itu sebelum menamatkan aksi pertamanya di Cuba.
"Ini tanda sokongan padu saya kepada Castro," tambahnya.
Apabila ditanya sama ada dia akan menemui Castro ketika berkunjung ke sini, Robert berkata: "Saya tidak pasti sama ada beliau akan berjumpa dengan saya."
Castro yang berusia 86 tahun itu menyerahkan teraju pemerintahan Cuba kepada adiknya Raul pada tahun 2008.
Dibuka pada 1958, hotel tersebut pernah menjadi ibu pejabat sementara untuk Castro.
Robert mula memanjat bangunan tersebut dari tingkat empat dan sampai ke tingkat 26 hotel setinggi 70 meter itu dalam tempoh cuma 26 minit.
Polis menghentikan lalu lintas ketika Robert melakukan aksi ngeri tersebut yang disaksikan sekitar 2,000 penonton.
Sumber: Kosmo
10 comments:
tak habis-habis memanjat aje kerja dia nie
semua nak di panjatnya
Cikgu panjat tangga tinggi2 pun dah gayat...inikan nak panjat bangunan eeewwww
hu hu hu... hebat2 jugak...tapi safety xkan x hamik kisah langsung... at least pakailah safety harness ker... hu hu hu... eeee....gayatlah bila bayangkan..
semua bangunan tinggi di dunia ni dah habis dipanjatnya
aduyai gayatnya....
minngu ni masuk brita tv3 pasal spiderman tu hee
ermmm luar biasa kebolehan dia ni...
Dia tak nak panjat ker bangunan kat dubai. Yg teringgi tu.
umurnya dah 86 & masih bertenaga..
Post a Comment